Pernah tak korang terfikir usia perkahwinan yang lama melebihi 10 tahun malah 20 tahun belum tentu akan jadi tiket rumahtangga akan kekal sampai akhir hayat. Ini soal kekal berkahwin sahaja tau bukan kekal berkahwin dan bahagia. Aku tau dan sangat faham hidup berumahtangga ni tak mudah setiap hari ada sahaja kes perceraian yang direkodkan di semua mahkamah syariah di seluruh Malaysia. Kadar perceraian memang sangat tinggi di Malaysia tambahan pula sejak Perintah Kawalan Pergerakan –PKP yang dikuatkuasakan ekoran pendemik coviod-19. Pernah tak korang fikir kenapa perkara ni berlaku? Kalau bagi aku, jujur aku cakap aku memang tak pernah ambil kisah atau fikir secara serius pun. Sekadar baca dan dengar, masuk teliga kanan keluar teliga kiri. Sebab bagi aku terlalu banyak lagi perkara untuk aku fikir dan uruskan setiap hari dan aku anggap lebih penting. Sampailah satu waktu aku betul-betul menerima tamparan hebat akibat kecurangan suami. Bukan sekali tau tetapi dua kali dalam tempoh dua tahun. Masyaallah aku tak pernah tau kiamat sebenar tu macam mana, tapi bagi wanita kecurangan suami ni memang rasa macam kiamat kecil tau. Gelap dunia ni, macam dah tak tahu kemana lagi arah hendak di tuju, hati terlalu kecewa dan hancur sehingga aku rasa tiada keinginan untuk hidup dah.
Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved