DEPRESI INI MEMBUNUHKU…

Pernah tak korang terfikir usia perkahwinan yang lama melebihi 10 tahun malah 20 tahun belum tentu akan jadi tiket rumahtangga akan kekal sampai akhir hayat. Ini soal kekal berkahwin sahaja tau bukan kekal berkahwin dan bahagia. Aku tau dan sangat faham hidup berumahtangga ni tak mudah setiap hari ada sahaja kes perceraian yang direkodkan di semua mahkamah syariah di seluruh Malaysia. 

Kadar perceraian memang sangat tinggi di Malaysia tambahan pula sejak Perintah Kawalan Pergerakan –PKP yang dikuatkuasakan ekoran pendemik coviod-19. Pernah tak korang fikir kenapa perkara ni berlaku? Kalau bagi aku, jujur aku cakap aku memang tak pernah ambil kisah atau fikir secara serius pun. Sekadar baca dan dengar, masuk teliga kanan keluar teliga kiri. Sebab bagi aku terlalu banyak lagi perkara untuk aku fikir dan uruskan setiap hari dan aku anggap lebih penting. Sampailah satu waktu aku betul-betul menerima tamparan hebat akibat kecurangan suami. 

Bukan sekali tau tetapi dua kali dalam tempoh dua tahun. Masyaallah aku tak pernah tau kiamat sebenar tu macam mana, tapi bagi wanita kecurangan suami ni memang rasa macam kiamat kecil tau. Gelap dunia ni, macam dah tak tahu kemana lagi arah hendak di tuju, hati terlalu kecewa dan hancur sehingga aku rasa tiada keinginan untuk hidup dah. Inilah yang selalu orang panggil depresi tu, selama ni dengar orang cakap je tak tau pun keadaan depresi tu macam mana. 



Sumpah demi Allah sakitnya tak dapat nak digambarkan dan bukan mudah untuk disembuhkan macam demam.Hubungan perkahwinan aku dengan suami aku tahun ini sudahpun mencecah 18 tahun. Bayangkan sepanjang 18 tahun tu hidup susah senang bersama. Kentut busuk dia, berak tak flush dia atau apa sahajalah baik buruk aku terima apa adanya. Aku memang isteri dan ibu yang baik yang memang ‘memperhambakan’ diri aku untuk kebahagiaan keluarga semata-mata.

Kehidupan aku seharian adalah pergi kerja, balik kerja, masak, urus rumah, urus anak-anak.Itu sahaja, soal lain nak keluar melepak dengan kawan-kawan, nak keluar tengok wayang memang jauh sekali sampai aku sendiri pun lupa bila kali terakhir aku keluar tengok wayang. Dengan pengorbanan aku setiap hari untuk membahagiakan keluarga ni tergamak si Yusof ( bukan nama sebenar) minta nak kahwin lain. Memang rasa hati ini bagai direntap-rentap. 

Nak dikatakan kami ada masalah tiada pula dia merungut atau komplen selama ini. Semuanya ok sahaja seperti biasa. Macam aku cakap tadi kehidupan aku pagi-pagi uruskan anak sekolah, pergi kerja, balik kerja, masak dan menguruskan anak-anak dirumah. Di mana lagi yang aku buat salah?. Yusof cuma jelaskan dia tak tahu macam mana dia boleh suka dan jatuh cinta dengan wanita itu. 



Katanya dia sendiri pun tak perasan tetapi kini dia benar-benar serius mahu memperisterikan wanita itu. Yusof bertanyakan pendapat aku berkenaan hajat hatinya yang menggunung tu. Terus terang aku katakan aku memang aku memang tidak bersetuju dan tidak mahu bermadu. Kalau dia tetap dengan pendiriannya aku akan undur diri. Aku bagi dia masa untuk berfikir.

Keadaan aku masa tu jangan cakaplah memang aku sangat kecewa, sedih dan murung. Aku tak dapat nak fokus sebarang kerja pun, dengan anak-anak dah tentu aku sentiasa naik angin. Pantang ada silap dan tak kena dimata aku habis semuanya aku marah. Senyuman aku yang dah lama hilang disebabkan  kepenatan sepanjang hari kini diganti air mata.

Kesedihan aku memang rasa sangat tak tertanggung, rasa sangat tak dihargai dan langsung tidak berguna. Sungguh aku tertanya-tanya di mana kurangnya aku sampai Yusof sanggup nak menduakan aku, segala perhatian, tenaga dan kewangan semua aku laburkan untuk keluarga kami semata-mata. Sampai diri aku sendiri pun aku tak sempat nak fikir. Macam aku cakap tadi ini bukan kali pertama Yusof nak berkahwin lain. Tiga tahun lalu dia jatuh cinta juga dengan seorang wanita. Tapi wanita itu tinggalkan Yusof dan berkahwin dengan lelaki lain, jadi tak kesampaianlah hajat hati dia nak memperisterikan wanita itu. 



Waktu itu kononnya Yusof berjanji dengan aku takkan lagi curang dan akan tetap setia bersama aku hingga akhir hayat. Janji tinggal janji sahaja nampaknya. Untuk kali kedua menerima kecurangan suami ini aku memang mengalami depresi yang teruk. Tidur pun dah tak lena, makan pun dah tidak langsung berselera. Mental dan emosi aku benar-benar penat, sampai aku rasa nak bunuh diri. Tiada lagi maknanya hidup di dunia ini kalau hidup tak dihargai.

Penat memikirkan masalah dan menanggung sakit di jiwa ini. Aku tercari-cari juga kaunselor untuk aku kongsikan masalah aku ini dan mencari penyelesaian yang relavan tapi malangnya tak jumpa seorang pun. Aku pula jenis yang memang tak pernah meluahkan masalah rumahtangga dengan kawan-kawan mahupun ahli keluarga. Bayangkan betapa berat tekanan yang aku tanggung seorang diri waktu itu.

Nak dijadikan cerita aku terjumpa video perkongsian Puan Diyana Tahir, Pakar Perhubungan dan keintiman  di laman Youtube. Perkongsian Puan Diyana benar-benar menyentuh hatiku, membuat hati yang kecewa dan kosong ini rasa terisi dengan perkara positif yang bermanfaat. Aku cari lagi video-video perkongsian Puan Diyana sehingga aku akhirnya mendaftar ke Kelas kembali Bahagia.

 

 

Kelas tiga hari ni memang mempunyai pengisian yang sangat berguna dan berkesan buat aku. Banyak ilmu baru yang aku peroleh dan memberikan jawapan kepada persoalan-persoalan yang aku cari selama ini. Kesilapan utama aku adalah aku berhenti menjadi diri aku sendiri dan jadi tak ubah seperti robot yang hidupnya berjalan dengan rutin sama setiap hari dan setiap bulan sehingga akhirnya bertahun-tahun. 

Komunikasi dan perhatian terhadap suami ternyata aku abaikan. Lebih menyedihkan aku sebenarnya mengabaikan diri aku sendiri. Kehidupan aku hanya untuk kerja, anak-anak dan suami. Masa aku untuk diri sendiri tidak ada, setiap hari terkejar-kejar menguruskan semua perkara sampai aku jadi terlalu penat dan kerana itu aku jadi mudah marah. Berbekalkan  ilmu Self Love yang aku pelajari dalam kelas aku mula buat perubahan.

Aku bagi masa dan perhatian pada diri aku, aku luangkan masa untuk aku merehatkan badan di spa agar segala kepenatan aku dapat dihilangkan. Aku buat rawatan wajah dan potong rambut aku di saloon. Aku muncul dengan penampilan baru yang lebih segar dan bertenaga. Aku syukuri diri aku, syukuri setiap anggota tubuhku yang aku tidak endahkan selama ini.

 

 

Alhamdulillah dengan memberi kasih sayang dan cinta pada diri sendiri, hati dan jiwa aku semakin tenang. Aku tak lagi marah marah seperti selalu. Senyuman yang telah lama hilang kini menghiasi semula wajah bujur sirehku ini. Ya aku cantik kalau aku senyum. Perubahan aku disedari oleh suami, katanya “Dura dah selalu senyum sekarang, cantik abang tengok”. 

Bila hati dah tenang aku ambil peluang untuk berbicara hati ke hati dengan Yusof. Aku aplikasikan teknik Telling The Truth-TTT, dengan hati penuh kelembutan dan kasih sayang aku cuba mengenali semula suamiku yang aku cintai. Rupanya selama ini Yusof juga rasa terkesan dengan sikap aku yang selalu marah-marah, katanya sikap aku sudah jauh berubah sedangkan dahulu aku selalu senyum.Aku pula tidak pernah perasan dengan perubahan diri sendiri kerana terlalu sibuk memberi perhatian kepada segala perkara lain. 

Disebabkan masing-masing terlalu sibuk komunikasi antara kami pun tiada. Memanglah aku tak tahu apa yang Yusof nak dan Yusof tak tahu apa yang aku nak dalam hubungan kami. Waktu TTT aku tanyakan Yusof bagaimana dia hendak dilayan, rupanya suami aku ni bahasa cinta dia adalah kata-kata dan sentuhan. Kalau dah selama ini bercakap pun bila perlu dah tentulah bahasa cinta Yusof tidak dipenuhi. 

 

 

Kesimpulannya bukan aku seorang sahaja yang rasa tidak dihargai dan tidak disayangi, Yusof pun rasa perkara yang sama.  Itulah sebelum ni apabila tiada ilmu kita takkan tahu apakah masalah sebenar yang kita hadapi, menyebabkan kita saling salah menyalahkan.Jadi kita sebagai pasangan perlu cari ilmu yang betul dan hidup dengan berilmu barulah masalah dapat diselesaikan. 

Lebih baik masalah akan dapat dielakkan. Bagi aku sendiri selepas aku praktikkan beberapa teknik yang aku pilih untuk fokus amalkan masalah depresi aku yang teruk tu akhirnya dapat diselesaikan secara perlahan-lahan. Sebenarnya aku depresi sebab aku rasa tak disayangi dan dicintai. Aku ingatkan masalah itu bermula apabila suami aku tidak menyayangi aku dan curang, tapi sebenarnya aku silap kerana aku sendiri yang terlebih dahulu tidak mengahargai dan mencintai diriku sendiri.

Aku yang abaikan diri aku dan mebiarkan diri aku tidak terjaga dan disayangi. Betul dulu aku selalu dengar orang cakap kita takkan boleh ubah sesiapa pun melainkan orang itu sendiri yang nak berubah. Sama lah keadaan aku sekarang, tiada siapa boleh ubah aku dan selesaikan masalah aku melainkan aku mengubahnya sendiri.

 

Apabila aku bahagia aku mampu membahagiakan orang lain. Aku bahagiakan suami aku dan anak-anak aku. Sekarang suami aku dan pandai minta maaf apabila buat silap. Dia dah pandai jaga hati aku, katanya dia tak mahu buat aku sedih lagi. Anak-anak aku pula.

Alhamdulillah dah semakin rapat dan manja dengan aku. Maafkan ibu wahai anak-anakku, kamu semua terpaksa melalui waktu yang sukar kerana ibu tiada ilmu. Semoga perubahan ibu ini akan membawa bahagia untuk kita semua dan tiada trauma yang ibu tinggalkan buat anak-anak ibu.

 

Share on your social media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1