DEPRESI MEMBUNUH BAHAGIA, KETAHUI CARA SEMBUHKAN DIRI DAN KEMBALI BAHAGIA

Awas dengan depresi. Kenyataan aku ini mungkin kedengaran agak keras dan berbaur amaran tapi percayalah sentiasa berjaga-jaga dengan depresi. Jangan pernah ambil mudah atau merendah-rendahkan orang yang mengalami depresi. Pandangan umum yang menyifatkan orang yang mengalami depresi ini adalah orang yang lemah dan tidak mampu mengurus perasan sendiri adalah salah sama sekali. Ketahuilah sebenarnya depresi ini berlaku kepada individu-individu yang terlalu kuat bertahan dan tindakan melabel serta memberikan pandangan negatif terhadap individu-individu yang mengalami depresi akan lebih memburukkan keadaan dan membunuh jiwa mereka. Pandangan ini jujur dari hati dan melalui pengalaman peribadi aku sendiri. Aku perkenalkan nama aku sebagai Marsha (bukan nama sebenar) dan aku berusia 26 tahun. Aku sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata. 

Depresi aku bermula sesudah aku berkahwin dan sesudah aku mempunyai cahaya mata. Jangan sangka depresi aku ini bermula disebabkan suamiku. Tekaan anda itu salah sama sekali, sejujurnya aku sendiri tidak menyedari bila waktu sebenarnya aku mula menghidap depresi. Apa yang aku sedari adalah aku sentiasa moody, semua jadi serba tidak kena. Pantang ada kesilapan yang berlaku pasti saja aku marah marah. Malah adakalanya kemarahan aku itu melampaui batas sehingga menyebabkan aku menjerit-jerit dan menangis semahunya. Lebih mementingkan kepala suamiku adalah aku sering curiga dan menuduhnya punya hubungan sulit dengan wanita lain.

Share On Your Social Media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Related Post

Suami Curang, Kenapa Salahkan Isteri?

Jangan Serang Orang Ketiga Bila Suami Curang!

6 Perkara yang buat pasangan ‘KECIL HATI’

Kenapa Rumah Tangga Tak Bahagia?

Untukmu Yang Sedang Berusaha Mengikhlaskan Poligami”

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1