Awas dengan depresi. Kenyataan aku ini mungkin kedengaran agak keras dan berbaur amaran tapi percayalah sentiasa berjaga-jaga dengan depresi. Jangan pernah ambil mudah atau merendah-rendahkan orang yang mengalami depresi. Pandangan umum yang menyifatkan orang yang mengalami depresi ini adalah orang yang lemah dan tidak mampu mengurus perasan sendiri adalah salah sama sekali.
Ketahuilah sebenarnya depresi ini berlaku kepada individu-individu yang terlalu kuat bertahan dan tindakan melabel serta memberikan pandangan negatif terhadap individu-individu yang mengalami depresi akan lebih memburukkan keadaan dan membunuh jiwa mereka. Pandangan ini jujur dari hati dan melalui pengalaman peribadi aku sendiri.
Aku perkenalkan nama aku sebagai Marsha (bukan nama sebenar) dan aku berusia 26 tahun. Aku sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.Depresi aku bermula sesudah aku berkahwin dan sesudah aku mempunyai cahaya mata. Jangan sangka depresi aku ini bermula disebabkan suamiku.
Tekaan anda itu salah sama sekali, sejujurnya aku sendiri tidak menyedari bila waktu sebenarnya aku mula menghidap depresi. Apa yang aku sedari adalah aku sentiasa moody, semua jadi serba tidak kena. Pantang ada kesilapan yang berlaku pasti saja aku marah marah. Malah adakalanya kemarahan aku itu melampaui batas sehingga menyebabkan aku menjerit-jerit dan menangis semahunya.
Lebih mementingkan kepala suamiku adalah aku sering curiga dan menuduhnya punya hubungan sulit dengan wanita lain. Sedangkan hakikatkan suamiku adalah suami yang baik , setia dan amat bertanggungjawab dalam menjaga aku dan anak kami.
Meskipun sudah bertahun-tahun aku dengan perangaiku yang tidak habis-habis marah dan menuduh suamiku melakukan perkara bukan-bukan aku tetap tidak pernah berusaha untuk memperbaiki diri dan cuba mencari penyelesaian kepada masalah depresiku.
Bagi aku segala yang aku lakukan adalah betul dan suamiku yang salah kerana tidak jujur denganku. Aku bukan sahaja memberi tekanan kepada diriku sendiri bahkan turut memberi tekanan kepada suamiku. Tuduhan aku kononnya dia curang dan punya hubungan dengan wanita lain di belakangku membuatkan dia terluka dan egonya tercabar.
Hubungan kami semakin hari semakin berantakan sehingga suamiku membuat keputusan untuk bercerai denganku. Aku sangat terluka dengan keputusan itu namun aku tetap menurut arahan suamiku untuk kami tinggal berasingan seketika bagi memberi ruang kepada kami berdua untuk bertenang.
Aku dan anakku pulang ke rumah ibu bapaku di kampung manakala suami tetap tinggal di rumah kami. Keadaan kami yang tinggal berasingan sepatutnya memberikan sedikit ruang dan ketenangan untuk kami memikirkan hala tuju sebenar perhubungan kami. Bagaimanapun dalam waktu berjauhan dengan suami aku mendapat tahu suamiku benar-benar punya hubungan cinta dengan wanita lain.
Sungguh tidak dapat aku bayangkan kesakitan aku ketika itu, seolah-olah batu besar menghempap kepalaku. Aku tidak dapat berbuat apa-apa hanya membiarkan diri tenggelam dalam kedukaan dan kecewa. Keadaan kesihatan mental dan fizikalku semakin buruk, aku kerap menangis dan meraung-raung seperti orang gila.
Makan minum entah kemana sehingga aku tidak berupaya menjaga anakku sendiri. Mujurlah waktu itu aku berada di rumah orang tuaku. Ibukulah orang yang membantu menjaga anak tunggalku Raiqal (bukan nama sebenar) malah menjaga aku yang kelihatan tak ubah seperti orang gila.
Krisis rumahtangga yang berlarutan benar-benar memberi tekanan besar buatku sehingga berat badanku turun 10kg. Waktu itu aku hanya memikirkan mati sahaja, alangkah bagus kalau aku mati dan tidak perlu menanggung semua seksa dan kecewa begini.
Kasihan melihat keadaanku seorang teman mencadangkan aku untuk mengikuti kelas Kembali Bahagia anjuran Ehati. Aku mendengar dan mengangguk seolah-alah faham namun aku biarkan sahaja cadangan itu tanpa sebarang tindakan sehingga tiga bulan.
Syukurlah pada suatu hari Allah hadirkan kesedaran dalam hatiku untuk aku berhenti meratap dan melawan kekecewaan ini, aku akhirnya menguatkan semangat dan mendaftar kelas Kembali Bahagia demi menyelamatkan rumahtanggaku serta berharap keluarga kecil kami akan bahagia semula satu hari nanti.
Perkara pertama yang membuat aku lebih sedar adalah dalam kelas ini ramai lagi wanita yang diuji dengan pelbagai dugaan malah ada yang lebih hebat daripadaku. Kesemua mereka nekad memperbaiki diri dan menjadi lebih baik demi diri sendiri dan insan tersayang.
Kalau ada wanita-wanita di luar sana yang menderita depresi dan masalah rumahtangga seperti aku, jangan pernah putus asa. Pasti akan ada jalan keluar yang Allah berikan untuk kita , dengan syarat kita berusaha untuk berubah dan salah satu jalannya adalah dengan mencari ilmu yang tepat.
Aku kongsikan beberapa tips dan teknik yang aku pelajari di dalam kelas Kembali Bahagia yang benar-benar membuat kehidupanku berubah dan jauh meninggalkan derita masa lalu. Modul yang paling berkesan adalah sayangi diri atau self love.
Melalui modul ini aku sedari kesilapan-kesilapan masa lalu yang aku lakukan sehingga membuatkan aku terkandas di dalam masalah depresi yang turut menyebabkan rumahtangga aku berantakan. Aku terlalu hanyut dalam fikiran-fikiran negatif yang semakin lama menjadi racun yang membunuh jiwaku, keceriaanku dan kebahagiaanku sendiri.
Aku terlupa memberi perhatian pada diriku, sehingga aku tidak lagi memberi masa untuk aku kelihatan cantik, untuk aku melakukan perkara-perkara yang aku suka. Aku terlalu fokus pada sangkaan-sangkaan negatif. Demi memulihkan diriku setiap hari aku ucapkan “ semoga kau selamat, semoga kau bahagia, semoga kau disayangi”. Kata-kata positif ini menjadi doa yang aku amalkan setiap hari dan ajaibnya mampu menyembuhkan depresiku dan membuat diri aku ini merasai ketenangan semula.
Perkara kedua yang aku lakukan adalah break the pattern. Aku paksa diriku secara konsisten untuk melakukan pelbagai rutin baru dan meninggalkan kebiasaan-kebiasaan lamaku. Contohnya dahulu aku akan meluahkan rasa kecewaku dengan marah, marah dan marah.
Kini aku mengubah cara aku menzahirkan kemarahan, aku kawal pernafasanku dan bernafas dengan teratur. Ambil masa untuk bertenang sebelum memberi reaksi kepada sesuatu perkara yang membuatkan aku kecewa. Hasilnya amat hebat apabila aku mampu mentransformasikan diriku menjadi lebih tenang dan positif berbanding naga berapi dahulu.
Aku gandakan lagi usahaku untuk memperbaiki hubunganku dengan suamiku dengan mengamalkan 13 jampi untuk suamiku. Aku layan suamiku berbual dengan lemah lembut, aku berhenti membantah kata-katanya sebaliknya aku mendengar dengan penuh teliti. Aku sokong pandangan dan kegemarannya. Aku beri peluang untuk suamiku menjadi hero dan kelihatan hebat di mataku.
Selepas beberapa bulan aku amalkan teknik ini dengan konsisten dan penuh kelembutan komunikasi antara aku dan suamiku menjadi semakin baik. Kasih sayang dan cinta yang telah lama dingin dan terpisah kini terasa hangat kembali. Alhamdulillah suamiku akhirnya menjemput aku dan anak kami kembali pulang ke istana kecil kami.
Hanya pada Allah aku panjatkan kesyukuran dengan perubahan baik yang berlaku. Meskipun sudah kembali tinggal sebumbung namun masih ada rasa kekok antara kami selepas segala konflik yang berlaku. Ada rasa yang masih belum ‘setle’ dalam hatiku ini , almaklumlah berdepan kecurangan pasangan saat diri ini paling memerlukannya bukanlah semudah itu untuk dilupakan.
Aku lapangkan dadaku dan aku rawat hatiku dengan terapi maaf. Aku maafkan diriku sendiri untuk segala kesilapan yang telah aku lakukan selama ini. Kemudiannya aku juga memaafkan suamiku atas segala salah dan silapnya dalam hubungan ini. Pembaca semua perlu faham maaf yang ikhlas akan membuka pintu-pintu kebaikan yang lain.
Terakhir teknik yang paling ampuh dan ajaib yang aku amalkan adalah Diet Sentuhan Cinta-DSC. DSC adalah satu teknik yang boleh menghangatkan kembali hubungan intim antara suami isteri. Boleh menyemarakkan rasa cinta secara semulajadi, membuatkan diri aku dan suami jadi bahagia dan tenang.
Aku kongsikan sedikit sahaja berkaitan DSC ini kerana aku bimbang mewujudkan tafsiran salah pula dari pembaca, nanti ajaran sesat pula jadinya. Cuma aku ingin semua tahu hasil daripada mengamalkan teknik-teknik yang aku kongsikan tadi suamiku akhirnya meninggalkan teman wanitanya begitu sahaja.
Tanpa banyak drama dia berlalu dan meninggalkan wanita itu dan kembali kepangkuan aku dan anakku. Wanita itu juga memberitahu aku suamiku memutuskan hubungan dengannya secara tiba-tiba begitu sahaja tanpa sebarang penjelasan lanjut. Syukur kepada Allah rumahtangga kami kembali bahagia seperti dahulu.
Ingin aku tegaskan disini dengan ilmu rumahtangga yang tepat boleh menamatkan banyak penderitaan dan banyak salah faham yang dapat kita elakkan. Aku juga memahami punca suamiku mencari wanita lain untuk dicintai bukan kerana dia terlalu menginginkannya sebaliknya adalah kerana tindakan aku yang sering menuduh dia curang, marah-marah dan bersangka buruk kepadanya membuatkan dia mencari escapisme kepada dilema yang dihadapinya.
Jadikan kisah aku ini sebagai pengajaran. Sekiranya berdepan masalah rumahtangga selesaikan dengan cara yang berhemah dan berilmu. Setiap masalah ada penyelesaiannya dan setiap penyakit ada ubatnya. Bantu ambil tahu dan ambil berat mesalah kesihatan mental insan-insan tersayang. Jangan pernah biarkan mereka sendiri tanpa rawatan dan bantuan.
Ilmu rumahtangga yang tepat pasti akan membantu kita untuk bahagia dan berkasih sayang dalam rumahtangga. Cari ilmu demi masa depan yang bahagia. Menunding jari terhadap pasangan ataui orang ketiga bukan penyelesaiaanya, sebaliknya mulakan perubahan dengan memperbetulkan diri sendiri terlebih dahulu nescaya perkara lain akan perlahan-lahan berubah menjadi positif. Suami juga manusia biasa, sayangi dia dan kasihani dia agar bahtera perkahwinan ini dapat dilayari dengan bahagia hingga akhir hayat.
Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved