DERITA JIWA ISTERI BERDEPAN SUAMI KETAGIH PORNO

Sebelum aku mulakan perkongsian kisahku di sini, aku minta semua pembaca yang sudi membaca kisahku ini berlapang dada dan memahami mesej yang cuba aku sampaikan. Sejujurnya bukan mudah bagi aku membuat keputusan untuk berkongsi, memandangkan kisah ini terlalu sulit untuk dibicarakan secara umum. Mungkin ada yang berpendapat aku membuka aib rumahtangga sendiri. Ingin aku jelaskan disini perkongsian aku ini bertujuan membuka minda dan memberi sedikit bantuan kepada isteri-isteri di luar sana yang mungkin mengalami masalah sepertiku namun buntu mencari penyelesaiannya. Aku perkenalkan nama aku Dalisha (bukan nama sebenar). Aku seorang ibu muda berusia 34 tahun. Aku punya tiga cahaya mata daripada perkahwinan pertamaku bersama Sazali (bukan nama sebenar). Disebabkan pelbagai masalah, perkahwinan antara aku dengan Sazali akhirnya terkandas di tengah jalan. 

Perceraian di usia muda membuatkan aku amat tertekan sehingga aku tidak berdaya untuk bangkit, aku biarkan diriku hanyut dalam kesedihan dan kecewa sehingga semuanya aku abaikan. Sebagai tukang jahit secara kecil-kecilan perniagaanku memang terhenti sama sekali kerana aku hanya mampu meratap setiap hari. Hidupku penuh dengan kelukaan dan air mata. Bukan setakat aku tidak mampu fokus untuk bekerja , anak-anak aku yang masih kecil juga aku abaikan. Aku tidak ambil tahu makan minum mereka, dengan rumah yang sentiasa bersepah seperti tongkang pecah. Disebabkan emosi yang sangat tidak stabil aku kadang kala mengamuk dengan menyepahkan rumah mencampak barang-barang dan sebagainya, lebih buruk aku juga bertindak memukul anak-anak bagi melepaskan geram amarahku. Keadaanku yang tidak menentu membuat anak-anak tidak mendapat kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya malah menegur aku juga mereka jadi takut. Bimbang tersalah kata nanti diri mereka pula menjadi mangsa amarahku.

Share On Your Social Media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Related Post

Suami Curang, Kenapa Salahkan Isteri?

Jangan Serang Orang Ketiga Bila Suami Curang!

6 Perkara yang buat pasangan ‘KECIL HATI’

Kenapa Rumah Tangga Tak Bahagia?

Untukmu Yang Sedang Berusaha Mengikhlaskan Poligami”

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1