DERITA JIWA ISTERI BERDEPAN SUAMI KETAGIH PORNO

Sebelum aku mulakan perkongsian kisahku di sini, aku minta semua pembaca yang sudi membaca kisahku ini berlapang dada dan memahami mesej yang cuba aku sampaikan. Sejujurnya bukan mudah bagi aku membuat keputusan untuk berkongsi, memandangkan kisah ini terlalu sulit untuk dibicarakan secara umum. Mungkin ada yang berpendapat aku membuka aib rumahtangga sendiri. Ingin aku jelaskan disini perkongsian aku ini bertujuan membuka minda dan memberi sedikit bantuan kepada isteri-isteri di luar sana yang mungkin mengalami masalah sepertiku namun buntu mencari penyelesaiannya.

Aku perkenalkan nama aku Dalisha (bukan nama sebenar). Aku seorang ibu muda berusia 34 tahun. Aku punya tiga cahaya mata daripada perkahwinan pertamaku bersama Sazali (bukan nama sebenar). Disebabkan pelbagai masalah, perkahwinan antara aku dengan Sazali akhirnya terkandas di tengah jalan.Perceraian di usia muda membuatkan aku amat tertekan sehingga aku tidak berdaya untuk bangkit, aku biarkan diriku hanyut dalam kesedihan dan kecewa sehingga semuanya aku abaikan. 

Sebagai tukang jahit secara kecil-kecilan perniagaanku memang terhenti sama sekali kerana aku hanya mampu meratap setiap hari. Hidupku penuh dengan kelukaan dan air mata. Bukan setakat aku tidak mampu fokus untuk bekerja , anak-anak aku yang masih kecil juga aku abaikan. Aku tidak ambil tahu makan minum mereka, dengan rumah yang sentiasa bersepah seperti tongkang pecah.

 

Disebabkan emosi yang sangat tidak stabil aku kadang kala mengamuk dengan menyepahkan rumah mencampak barang-barang dan sebagainya, lebih buruk aku juga bertindak memukul anak-anak bagi melepaskan geram amarahku. Keadaanku yang tidak menentu membuat anak-anak tidak mendapat kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya malah menegur aku juga mereka jadi takut. Bimbang tersalah kata nanti diri mereka pula menjadi mangsa amarahku.

Konflik kekecewaan aku ini berlarutan sehingga kira-kira setahun dan dalam keadaan aku yang tidak stabil dan masih belum pulih sepenuhnya itu aku berkenalan dengan Azmir (bukan nama sebenar). Peribadi Azmir serta penampilannya membuatkan aku tertarik. Daripada hubungan biasa hubungan kami semakin mesra sehingga kami membuat keputusan untuk berkahwin. Aku dan Azmir berkahwin kira-kira setahun lebih selepas aku bercerai dengan Sazali.

Aku amat berharap perkahwinan kali kedua ini akan membawa bahagia buatku hingga akhir hayat. Tidak mampu lagi rasanya untuk aku berdepan dengan kekecewaan seperti dahulu. Harapan ini bukan sahaja untuk kebahagiaan aku tetapi juga untuk anak-anakku yang masih kecil. Aku mahu mereka membesar dengan sempurna dan tidak kekurangan kasih seorang ayah.

Bagaimanapun perjalanan rumahtangga bersama Azmir juga tidaklah seperti yang diharapkan. Trauma dan kekecewaan aku daripada perkahwinan pertamaku masih belum selesai. Keadaan itu mempengaruhi kehidupanku kini, aku sentiasa rasa tidak selamat dan risau, mudah terasa dan merajuk. Paling mengerikan apabila aku marah, aku mengamuk seperti orang gila dan langsung gagal mengawal emosi.

Konflik utama yang menduga perkahwinan kami adalah masalah kewangan. Azmir malas bekerja dan menghabiskan banyak masa dengan tidur dan bergayut dengan telefon bimbitnya. Dia juga sentiasa marah-marah dan ada kalanya kemarahan dia juga melibatkan anak-anakku. Dia seperti tidak boleh menerima tiga anakku dari perkahwinan terdahulu. 

Masalah rumahtangga kami jadi lebih buruk apabila selepas beberapa bulan berkahwin aku mengetahui satu lagi tabiat buruk Azmir yang begitu gemar menonton video dan membaca kisah-kisah porno. Lebih mengejutkan aku apabila tabiat buruknya itu bukan di tahap biasa-biasa bahkan sudah di peringkat ketagihan.


Aku mengetahui berkaitan perkara itu secara tidak sengaja. Sebagai pasangan yang baru berkahwin mestilah kami masih berada pada fasa honeymoon, dan hubungan intim kami masih lagi hangat membara. Pada suatu malam selepas kami melakukan hubungan intim Azmir keluar dari bilik untuk menghisap rokok.

Pada mulanya aku biarkan sahaja Azmir sendirian. Tidak lama kemudian aku mengintai-ngintai dia dari dalam bilik kononnya ingin memberikan kejutan kepadanya. Terkejutnya aku bukan kepalang melihat Azmir yang sedang berkelakuan tidak senonoh ketika itu dan dia sedang asyik menonton video porno di telefonnya. Terasa darah menyirap ke wajahku, sungguh aku tidak percaya dengan apa yang aku lihat.

Aku tidak berdiam diri begitu sahaja, aku terus berdepan dengan Azmir dan mengasak soalan brtubi-tubi untuk mengetahui mengapa dia berkelakuan seperti itu, sedangkan kami baru sahaja selesai bersama. Persoalanku hanya dibiarkan begitu sahaja tanpa jawapan,. 

Aku kecewa dan terpempan, adakah aku gagal memberikan kepuasan kepadanya sehingga dia masih memerlukan video porno untuk memuaskan dirinya?. Sebagai seorang isteri aku rasa seperti isteri yang gagal dan tidak berguna sehingga suamiku sanggup melampiaskan nafsunya menggunakan bahan-bahan porno. Ketika aku sedang nyenyak tidur juga aku perasan Azmir pasti akan curi-curi menonton video porno di telefon bimbitnya. 

Sejak kejadian itu aku tidak dapat menahan diriku daripada sentiasa bersangka-sangka terhadap suamiku, pelbagai anggapan negatif sentiasa berlegar-legar di benakku. Apatah lagi setiap kali tertangkap dan aku minta penjelasan, Azmir diam seribu bahasa dan tidak pernah memberikan penjelasan sama sekali. Aku benar-benar kecewa, masalah yang aku hadapi dengan Sazali dan kemudian Azmir seperti tiada penghujung. 

Adakah aku memang tidak layak bahagia?. Semakin hari aku makin curiga, sehingga aku selalu memeriksa telefon bimbit Azmir, tingkah laku ku sudah seperti polis yang sentiasa peka dengan setiap tindak tanduk dan kesilapan suamiku. Tekanan terasa semakin berat tambahan pula aku sedang mengandung empat bulan ketika itu, aku bimbang konflik jiwa aku ini akan memudaratkan kandunganku. 

 

Aku benar-benar mengharapkan masalah ini berakhir, aku berdoa saban waktu agar Allah menunjukkan aku jalan keluar kepada segala kemelut rumahtangga ini. Aku benar-benar ingin bahagia. Suatu hari ketika aku sedang meneliti laman facebook aku menonton satu video perkongsian Puan Diyana Tahir dalam Kelas kembali Bahagia.

Selepas aku teliti dan fikirkan, aku rasa tips yang dikongsikan Puan Diyana ini boleh digunakan dalam membantu aku menyelesaikan masalah hubunganku dengan Azmir. Aku membuat keputusan untuk mendaftar sebagai peserta kelas Kembali Bahagia. Aku perlu bantuan dan bimbingan agar aku mampu keluar dari kesakitan dan kekecewaan ini.

Aku benar-benar perlu mengembalikan semula keyakinan diriku yang semakin hilang kerana keresahan memikirkan pelbagai masalah dan aku seperti sudah putus asa untuk mengecapi bahagia seperti orang lain.Keputusan aku untuk join kelas Kembali Bahagia adalah amat tepat, pada fasa pertama kelas aku berjaya mengenalpasti emosi sebenar diriku yang membuatkan aku tidak bahagia.

 

Melalui latihan yang aku lakukan bersama rakan-rakan di dalam kelas selama tiga hari aku kembali merasai semula kekuatan diriku untuk berjuang membina bahagia aku sendiri. Perangai aku yang suka marah-marah kini semakin berubah, aku lebih gemar mengambil pendekatan berterus terang dengan teknik ‘Telling The Truth-TTT” setiap perkara yang menggusarkan aku dan membuat aku tidak selesa.

Kebiasaannya aku akan terus menyerang melulu dan bertanyakan soalan bertubi-tubi sehingga membuatkan Azmir juga rasa amat tertekan sehingga menimbulkan perbalahan. Sekarang aku lebih bijak berkomunikasi dengan tenang dan tutur kata aku susun dengan lebih berhemah. 

Rasa curiga dan tidak selesa aku apabila dia melayan telefon dan membelakangkanku atau rasa curiga ketika dia sering membawa telefon ke tandas aku zahirkan dengan tutur kata yang lembut dan lebih hormat. Contohnya “ sayang, maafkan saya ya, tapi bila sayang bawa telefon ke dalam toilet buat saya fikir bukan-bukan.

 

Bukan tak mahu percaya tapi kadangkala saya tak mampu nak kawal fikiran saya daripada fikir bukan-bukan”. Syukur ke hadrat Allah teguran yang diberikan buat dia berubah sedikit demi sedikit. Semakin lama dia jadi lebih baik dan berhenti lakukan perkara-perkata yang aku tidak suka. Aku belajar memahami bahawa kita boleh bermula dengan berlembut dan menghormati pasangan terlebih dahulu bagi mendapatkan hormat dari mereka. 

Aku belajar mensyukuri kehidupanku, menghargai segala yang aku miliki dengan rasa penuh keberlimpahan. Sebelum ini banyak masa aku habiskan dengan memikirkan soal suami dan anak-anak serta melayan segala fikiran negatif yang membuatkan aku setiasa tidak tenang. Selepas mengikuti kelas Kambali Bahagia aku membuat keputusan untuk meletakkan diriku ditempat pertama.

Aku fokus pada diri ku sendiri dan memastikan aku ada “me time” sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu. Dahulu seribu satu perkara aku fikirkan sebelum melakukan sesuatu untuk diriku namun kini tidak lagi. Jika aku merancang untuk membeli sesuatu di farmasi, tanpa berfikir panjang aku terus pergi. Beli barang yang aku inginkan.


 Aku beli losyen untuk diriku. Ambil masa untuk memanjakan diriku dengan mengurut diriku menggunakan losyen membuatkan aku merasa tenang dan tidak lagi bersangka-sangka.Paling ajaib adalah apabila aku berkongsi teknik Diet Sentuhan Cinta –DSC dengan suamiku. Pada awalnya Azmir membantah dan mempertikaikan teknik yang aku sampaikan yang dia anggap mengarut.

Tetapi dengan tenang aku jampi hatinya dengan kata-kata positif serta aku mulakan terlebih dahulu amalan DSC tanpa memaksa atau menunggu Azri bersetuju untuk melakukannya. Kesannya amat mengujakan apabila hubungan intim kami yang dulu hambar tanpa rasa puas itu akhirnya dapat diselesaikan.

DSC benar-benar membantu membuatkan kami merasai nikmat hubungan intim dengan penuh kasih sayang dan teruja. Aku juga jadi lebih terbuka untuk memahami konflik dan permasalahan sebenar suamiku. Perlahan-lahan aku selidiki punca sebenar Azri menjadi ketagih bahan porno supaya aku mampu membantu dia mengatasi masalah tersebut. 


Dari situ aku belajar memperbaiki diriku serta belajar untuk memenuhi keperluan Azri dengan cara yang dia harapkan. Kesabaran dan kesungguhan aku ini benar-benar menjadi titik noktah kepada ketagihan Azri. Kini aku menjadi “ Azri’s new addiction”. Memandangkan aku berpeluang berkongsi pengalaman dan penyelesaian masalahku di ruangan ini. 

Aku ingin semua wanita tahu bahawa kunci sebenar kepada kebahagiaan seorang wanita adalah memiliki ilmu yang perhubungan dan rumahtangga yang betul serta dapatkan bimbingan dari pakar. Di sinilah masalah rumahtangga aku bertemu jalan penyelesaian.

Jangan sekali-kali pernah berputus asa kerana setiap masalah itu Allah berikan jalan penyelesaiannya. Dahulu keadaan kami tidak ubah seperti anjing dan kucing sentiasa sahaja bertelagah, kini kami sangat jarang bergaduh. Latihan inner journey di dalam kelas amat membantu aku melepaskan segala trauma yang aku alami dahulu. 

Aku akhirnya menjadi seorang yang pemaaf dan berlemah lembut dengan diriku dan pasanganku. Semakin kita tenang dan bersyukur yakinlah Allah akan memberikan keberlimpahan rezeki yang tidak disangka-sangka.

Share on your social media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1