Kenapa Anda Nak BERUBAH? dan MACAM MANA?

Hai aku kenalkan nama aku Qisha (bukan nama sebenar) aku kini berusia 36 tahun dan sudah empat tahun berkahwin bersama lelaki idamanku Rizki ( bukan nama sebenar). Hidup kami Alhamdulillah cukup apa adanya dan kami bahagia dengan kehidupan yang serba sederhana, biasalah waktu awal pernikahan memang perlu ambil masa untuk membina kehidupan.

 Aku berniaga berniaga kecil-kecilan secara dalam talian, suamiku pula berniaga sendiri. Meskipun sudah empat tahun berkahwin namun kami masih belum diberi rezeki menimang cahaya mata sendiri. Bagaimanapun, bagi kami berdua itu bukan isu besar yang perlu dijadikan punca perbalahan dan sebagainya.

Hidup diteruskan dengan baik hari demi hari. Tetapi biasalah mulut saudara-mara dan rakan-rakan manakan mampu kita tutup ada sahaja pertanyaan berkaitan anak apabila bertemu. Semuanya aku jawab dengan baik “belum ada rezeki lagi”. Iya siapalah kita hendak melawan hukum Allah, kalau anak boleh dibeli di pasaraya pasti sudah lama aku beli. 

 

Persoalan-persoalan yang sering diajukan ini lama kelamaan mula meracun fikiranku. Bukan bahagian “bila nak ada anak?” atau “kenapa belum ada anak?” sebaliknya adalah amaran yang orang lain anggap biasa tapi memberi kesan mendalam pada aku “ Jaga-jaga kau takde anak nanti suami kau cari yang lain, anak tu pengikat kasih”. 

Semakin hari aku sering berfikir berkenaan kata-kata itu, jujur aku takut sekiranya perkara itu benar-benar terjadi. Aku tidak mahu bermadu dan aku juga tidak pernah terfikir sama sekali untuk berpisah dengan suamiku. Ketakutan itu semakin hari semakin hari membangkitkan sangkaan-sangkaan buruk aku kepada suamiku. 

Aku jadi curiga apabila dia tidak berada denganku, hatiku tidak senang melihat dia bergayut di telefon sehingga ada kalanya aku curi-curi membaca mesej-mesejnya. Rasa tidak selamat ini membuatkan hubungan aku dan Rizki sedikit bermasalah, adakalanya kami bertengkar hanya kerana perkara-perkara kecil. Aku benar-benar risau jika suatu hari Rizki curang dengan wanita lain kerana kami tiada anak.

 

Hari itu akhirnya tiba, perkara yang aku takuti benar-benar jadi nyata. Rizki kantoi punya hubungan cinta dengan seorang wanita muda dan berhasrat berkahwin dengannya. Hatiku hancur menerima perkhabaran itu, hatiku pedih bagai disiat-siat. Aku menangis semahunya melepaskan rasa kecewa yang terlalu berat untuk aku tanggung.

Bukan soal berkongsi kasih sahaja yang aku risaukan, faktor kewangan juga adalah salah satu perkara penting yang aku fikirkan. Pendapatan Rizki sebagai peniaga kecil-kecilan adakalanya tidak cukup untuk menampung kehidupan kami berdua. Kadangkala Rizki terpaksa meminjam wang dari saudara-mara atau rakan terdekat untuk menampung perbelanjaan kami.

Kerisauan ini aku suarakan kepada Rizki dengan harapan dia mungkin mengubah fikirannya. Malang sekali segalanya tidak ubah seperti mencurah air ke daun keladi, Rizki benar-benar mahu aku menerima kehadiran Fatimah (bukan nama sebenar) dalam hidup kami. 

 

Bukan itu sahaja Rizki kadangkala bersikap tidak munasabah apabila memaksa aku untuk menelefon dan menghantar mesej kepada Fatima semata-mata untuk membuatkan Fatima rasa diterima dalam kehidupan kami. Lebih memeningkan kepala aku adalah aku juga dipaksa keluar ‘dating’ bersama mereka. Sedangkan satu ketika dahulu Rizki begitu berkira untuk membawa aku keluar walau pada hujung minggu.

Dia sentiasa berkira-kira untuk membawa aku keluar makan tetapi kini dia sanggup berhabis duit untuk teman wanitanya. Kegusaran ini aku kongsikan bersama beberapa ahli keluarga dan teman rapat kami. Rata-rata keluarga Rizki dan teman-teman rapat kami juga tidak bersetuju dengan hasratnya untuk berkahwin lagi, malah cuba menasihatinya. Bagaimanapun tiada apa yang boleh kami lakukan kerana Rizki sudah benar-benar nekad untuk mengahwini Fatima.

Semakin hari diriku menjadi semakin tidak terurus, aku memendam rasa sedih dan kecewa dengan tingkah laku Rizki yang semakin banyak berubah. Syukur masih ada yang sayang dan masih ada yang prihatin dengan nasibku. Salah seorang sahabatku memperkenalkan aku dengan Kelas Kembali Bahagia kendalian Ehati.

 

Kelas Kembali Bahagia benar-benar membuat harapan aku untuk kembali bersemangat dan berjuang untuk mengembalikan semula kebahagiaan perkahwinan kami. Aku tidak mahu terus tersekat dalam kekecewaan ini dan tewas sebelum berjuang. Kelas yang berlangsung selama tiga hari secara dalam talian ini membuka dimensi pemikiran baru buatku.

Perkara pertama yang perlu aku beri fokus saat ini adalah diriku sendiri dan bukannya perkara lain. Selama ini aku terlalu memberi perhatian kepada rumahtanggaku kononnya aku ingin menjadi isteri solehah dambaan suami. Namun saban hari aku sentiasa memikirkan berkenaan kebahagiaan dan keselesaan suamiku sahaja sedang diri sendiri aku abaikan.

Penat dengan berniaga dan mengurus kerja rumah, sanggup buat apa sahaja untuk membahagiakan suami sedang hakikatnya aku lupa membahagiakan diri sendiri.Disini jugalah bermulanya rasa penat dengan usaha yang tidak berbaloi dalam rumahtangga kami. Aku sentiasa mengharapkan Rizki membahagiakanku dan menghargai aku dengan cara yang aku mahukan. 

 

Disebabkan kesibukan berniaga serta tekanan kewangan aku rasa Rizki sering mengabaikan aku. Kekecewaan aku pendam sendiri sedang aku rasa amat tidak dihargai. Dalam kelas Kembali Bahagia aku diajar cara untuk fokus kepada diri sendiri dan meletakkan diri sendiri sebagai keutamaan.

Bahagiakan, sayangi, hargai dan hormati diri sendiri terlebih dahulu sebelum memberi perhatian kepada orang lain, kerana tiada siapa yang akan lebih sayang, hargai, hormati dan membahagiakan diri kita jika kita tidak melakukannya. Bermula dengan memberi perhatian kepada diri sendiri aku kini lebih tenang dan rasional. 

Aku mula menerima keputusan Rizki untuk berkahwin lagi dan aku akui bahawa diri aku telah dimadukan. Saat aku mengakui dan menerima dan hakikat kehidupanku ketika ini hatiku tidak lagi sakit seperti dahulu. Masalah kemurungan dan panic attack yang sering menyerangku dahulu beransur pulih. 

Teknik kedua yang aku amalkan dengan konsisten sehingga kini adalah teknik jampi hati suami. Benar dahulu aku sering merasa aku sudah memberikan yang terbaik buat suamiku. Kononnya walaupun aku telah berkorban susah senang dengannya namun dia tetap juga berpaling tadah pada wanita lain.

Inilah kesilapan aku yang mungkin aku tidak akan tahu sampai bila-bila sekiranya aku tidak menyertai kelas Kembali Bahagia ini. Kebanyakkan pasangan ambil mudah dengan cara komunikasi serta menghargai pasangan sehingga menyebabkan pasangan rasa tak dihargai atau tidak diperlukan. 

Kini aku pastikan untuk sentiasa mengucapkan terima kasih kepada Rizki, terutamanyan selepas kami bersama. Menurut mentorku psikologi lelaki adalah sentiasa ingin menjadi hero pada isterinya. Jadi dengan mengucapkan terima kasih kepada suami selepas dia melakukan sesuatu perkara membuatkan si suami rasa dihargai dan rasa dirinya hero dimata isterinya. 


Tindakan mudah ini nampak seperti tidak bermakna namun sebenarnya membuatkan rasa yakin diri suami meningkat dan seterusnya membuatkan suami rasa bahagia.Pelbagai perubahan positif dalam hubungan rumahtangga kami menyebabkan Rizki mula mengambil tahu punca sebenar perubahanku.

 Aku jelaskan kepadanya berkenaan kelas Kembali Bahagia yang aku sertai, dia ternyata gembira dengan perubahanku. Kini aku sentiasa berkongsi teknik-teknik serta soalan-soalan yang aku pelajari di dalam kelas. Dari situ kefahaman kami terhadap pasangan jadi lebih baik dan jelas. 

Jika sebelum ini kami masing-masing sentiasa bersangka-sangka terhadap diri masing-masing kini kami jelas dengan layanan yang kami inginkan antara satu sama lain. Perkongsian perubahan aku ini bukanlah seperti perkara ajaib yang terjadi secara serta merta. Aku mengambil masa untuk membuat latihan dan melakukan perubahan setiap hari. 


Jangan ada yang salah faham pula, memahami dan menerima pasangan bukanlah bermaksud aku tiba-tiba terus jadi baik hati dan terus hilang rasa marah dan negatif. Semuanya memerlukan latihan yang konsisten dan pemahaman yang jelas. Aku kini sudah tahu cara untuk mengawal diriku daripada meluahkan kemarahan dengan cara yang biasa. 

Semudah mengawal pernafasan mengikut teknik yang aku belajar di dalam kelas aku sudah mampu mentransformasikan emosi marahku kepada emosi yang tenang. Syukur Alhamdulillah ilmu yang aku pelajari dalam kelas Kembali Bahagia ini akhirnya berjaya menambahbaik hubungan aku dengan suamiku Rizki. Aku juga lebih menerima maduku Fatima dalam hidup kami. 

Dahulu pantang aku dengar namanya dan bertemunya pasti aku rasa sakit hati dan marah setiap waktu. Kini tidak lagi, aku belajar menerima takdir yang Allah berikan dalam kehidupan kami dan mensyukuri pemberianNya dengan rasa keberlimpahan. Suamiku kini lebih banyak bersamaku dan kami bahagia dengan masa yang kami ada bersama. 


Terinspirasi dengan perubahan positifku suamiku Rizki juga berubah menjadi lebih baik, kebanyakkan waktu kami akan solat berjemaah bersama dan dia juga lebih terbuka menzahirkan kasih sayangnya padaku kini. Lebih menarik Rizki juga menyatakan padaku bahawa dia dengan maduku juga ingin berubah menjadi lebih baik. 

Pesanku mudah sahaja “tidak perlu janji atau ikrar untuk berubah, buat sahaja dan hasilnya akan dapat dilihat dengan sendiri”. Kepada para pembaca ingat pesanku ini, jangan amalkan bersangka-sangka dalam hubungan kerana pemikiran kita akan menarik perkara yang kita fikirkan menjadi benar. Fikir baik-baik dan cakap baik-baik your life will be wonderfull.

Share on your social media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1