BENARKAH CURANG 100 % SALAH SUAMI?, TEPUK DADA TANYA DIRI

Tak pernah dalam sejarah perkahwinan kami selama ini dia meminta maaf.Tiba-tiba dia berlembut dengan saya dan mengatakan “Papa minta maaf”.Saya Jah (nama samaran) seorang Juru Terapi Pergigian. Saya dapat tahu suami saya curang dan dia pun mengaku akan perbuatanya itu.Lalu saya memaksa dia untuk memilih salah seorang sahaja kerana saya tidak mahu bermadu. Dia peluk dan cium saya dan berkata, “Papa sayang mama. Papa takkan lepaskan mama. Papa janji akan settlekan dengan dia(kekasih gelap dia). Papa pun tak tahu kenapa boleh rapat dengan dia”.

Saya ni memang dingin dengan suami. Puncanya adalah disebabkan hubungan intim kami. Kemudian, lepas tahu dia curang saya, rasa “down” sangat. Saya pun bersungguh-sungguh berdoa pada Allah SWT dan  saya serahkan segala ketentuan padaNya. Selepas itu, hati saya terdetik, “Kenapa aku nak bagi suami aku pada dia. Dia suami aku!”Satu hari, saya ternampak maklumat berkaitan program Kembali Bahagia dan saya buat keputusan untuk sertai. Alhamdulillah bersyukur sangat dapat ilmu dari sini.

Selepas amalkan 13 teknik “jampi hati suami”, suami saya dah boleh berlembut dengan saya. Suami makin nak dengar pendapat saya.Ada sekali, saya ada tegur perangai dia tetapi dia marah saya. Saya guna teknik “jampi” yang saya pelajari itu dan saya pun meminta maaf atas semuanya. Selepas itu, ada suatu ketika, saya sedang menjemur kain, secara tiba-tiba suami saya datang pada saya, dan meminta maaf.  Tidak pernah selama kami berkahwin ini dia memohon maaf. Dia sedar memang salah dia dan dah tinggalkan kekasih gelap dia.

 

 

 

Sebenarnya suami saya ini bila berhubungan intim, tak sampai 5 minit dia dah game over. Namun, selepas saya mengamalkan Diet Sentuhan Cinta tu, saya rasa bersemangat dan selalu nak peluk dan cium suami saya. Dia pun suka, kalau dulu jarang.Kami jarang bergaduh sebabnya saya suka simpan perasaan untuk elakkan kami bergaduh. Dia pun sama sebenarnya. Selepas masuk program Kembali Bahagia, barulah saya berkongsi perasaan dengan suami saya.

Sekarang saya nak jadi lebih feminin. Dulu saya tak suka pakai skirt,  tapi sekarang saya dah mulapakai. Sebenarnya suami saya suka jika saya pakai skirt. Orang lelaki ni suka dianggap hero. Jadi saya yang bagi dia pilih.Terapi kesyukuran pula memang berkesan sangat. Banyak sebenarnya yang Allah SWT bagi pada kami.  Selama ini saya tidak bersyukur, dan tidak pernah memandang pun kebaikan suami.

Sekarang bila sudah ada ilmu rumah tangga, saya sedar kenapa banyak masalah sebelum ini terjadi. Kesedaran yang saya perolehi adalah tentang kelemahan diri saya sendiri dan saya sedar saya kena perbaiki kelemahan diri saya.Banyak ilmu untuk kita belajar tenangkan hati kita. Paling bagus adalah ilmu Diet Sentuhan Cinta. Jangan percaya, terus buat saja apa yang diajar.Alhamdulillah bersyukur sangat saya jumpa ilmu ini. Sampaikan saya sendiri cadangkan kepada adik beradik supaya mereka masuk ke program ini. 

 

Share on your social media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1