DIET SENTUHAN CINTA GERBANG RAHSIA BAHAGIA SEJATI

Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan perkongsian aku di ruangan ini. Ruangan yang paling sesuai untuk aku coretkann kisahku untuk tatapan semua kerana aku percaya di ruangan ini ramai yang masih mencari-cari penyelesaian kepada konflik dan krisis hidup rumahtangga masing-masing yang seolah-olah tiada penghujung. Aku perkenalkan namaku terlebih dahulu, anda semua boleh panggil Puan Akmal (bukan nama sebenar) seorang ibu mithali kepada enam anak yang sihat dan pintar. Syukur atas kurniaan Allah yang penuh keberlimpahan. Ya aku masih bersuami, suamiku bernama Ridzwan dan usia perkahwinan kami sudah mencecah 12 tahun, kini. Apa yang menarik untuk aku kongsikan hari ini bukanlah kisah rumahtangga kami yang biasa.

 Ya biasa hubungan perkahwinan yang dibina atas dasar cinta dan telah melalui pelbagai ranjau dan duri sejak mula bersama. Aku yakin kisah aku ini adalah sama dengan kisah kebanyakkan orang diluar sana. Sedikit intro kisah kami adalah pasangan yang sentiasa dihimpit masalah kewangan sejak awal perkahwinan dan kini Ridzwan pula sakit, menyebabkan tekanan kami menjadi berganda. Lumrah orang sakit biasanya akan sentiasa marah-marah, hyper sensitive dan sentiasa serba tidak kena. Begitu juga kisahnya dengan Ridzwan dan sudah tentulah aku menjadi mangsa yang perlu menadah segala kemarahannya. 

Pada ketika itu pemahaman aku tentang perkahwinan begitu cetek dan dangkal. Sejak sebelum bernikah sudah tentu aku berazam untuk menjadi isteri yang serba sempurna dan terpaling solehah kepada suamiku. Solehah itu pula aku interpretasikan kepada diam tanpa membantah walau sepatah perkataan dan kupendam segala kesedihan, kekecewaan dan rasa tidak puas hatiku di lubuk hati paling dalam. 

Share On Your Social Media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Related Post

Suami Curang, Kenapa Salahkan Isteri?

Jangan Serang Orang Ketiga Bila Suami Curang!

6 Perkara yang buat pasangan ‘KECIL HATI’

Kenapa Rumah Tangga Tak Bahagia?

Untukmu Yang Sedang Berusaha Mengikhlaskan Poligami”

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1