DIET SENTUHAN CINTA GERBANG RAHSIA BAHAGIA SEJATI

Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan perkongsian aku di ruangan ini. Ruangan yang paling sesuai untuk aku coretkann kisahku untuk tatapan semua kerana aku percaya di ruangan ini ramai yang masih mencari-cari penyelesaian kepada konflik dan krisis hidup rumahtangga masing-masing yang seolah-olah tiada penghujung.

Aku perkenalkan namaku terlebih dahulu, anda semua boleh panggil Puan Akmal (bukan nama sebenar) seorang ibu mithali kepada enam anak yang sihat dan pintar. Syukur atas kurniaan Allah yang penuh keberlimpahan. Ya aku masih bersuami, suamiku bernama Ridzwan dan usia perkahwinan kami sudah mencecah 12 tahun, kini.

Apa yang menarik untuk aku kongsikan hari ini bukanlah kisah rumahtangga kami yang biasa. Ya biasa hubungan perkahwinan yang dibina atas dasar cinta dan telah melalui pelbagai ranjau dan duri sejak mula bersama. Aku yakin kisah aku ini adalah sama dengan kisah kebanyakkan orang diluar sana.

Sedikit intro kisah kami adalah pasangan yang sentiasa dihimpit masalah kewangan sejak awal perkahwinan dan kini Ridzwan pula sakit, menyebabkan tekanan kami menjadi berganda. Lumrah orang sakit biasanya akan sentiasa marah-marah, hyper sensitive dan sentiasa serba tidak kena. Begitu juga kisahnya dengan Ridzwan dan sudah tentulah aku menjadi mangsa yang perlu menadah segala kemarahannya. 

Pada ketika itu pemahaman aku tentang perkahwinan begitu cetek dan dangkal. Sejak sebelum bernikah sudah tentu aku berazam untuk menjadi isteri yang serba sempurna dan terpaling solehah kepada suamiku. Solehah itu pula aku interpretasikan kepada diam tanpa membantah walau sepatah perkataan dan kupendam segala kesedihan, kekecewaan dan rasa tidak puas hatiku di lubuk hati paling dalam.

Sungguh pada waktu itu itu aku anggap diri aku sebagai seorang wanita yang kuat dan tabah, aku yakin aku mampu bertahan dan bahagia dengan cara ini. Sudah pastilah keyakinan aku itu sekadar membuta tuli tanpa pemahaman ilmu rumahtangga yang betul. Akibatnya selepas aku melahirkan anak yang keenam aku pula yang jatuh sakit.

Aku menderita sakit belakang yang teruk, sering diserang sakit kepala dan gastrik. Tapi itu masih boleh dikawal, perkara yang paling mengganggu hidupku adalah aku mengalami istihadhah ( keluar darah berpanjangan) sehingga mencecah enam bulan. Bayangkan betapa seksa aku saat itu, emosiku jadi tidak stabil menyebabkan aku juga cepat marah dan sudah pastilah anak-anak yang sering menjadi mangsa tempat aku melampiaskan kemarahan.

 

Bahagian yang paling penting dalam rumahtangga iaitu hubungan intim antara aku dengan suami juga amat terjejas. Bukan kami tidak bersama tetapi kesukaran untuk bersama dalam keadaan istihadhah itu membuatkan aku langsung tidak menikmati hubungan intim kami dan apa yang aku lakukan adalah sekadar melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri.

Sekali lagi aku jelaskan perkongsian aku ini bukan tentang masalah rumahtangga yang aku alami kerana mungkin ramai lagi yang berdepan masalah sama atau lebih teruk. Aku lebih berminat untuk berkongsi penyelesaian kepada masalahku yang luar biasa dan hasilnnya juga amat luar biasa. Kita semua sedia maklum menyelesaikan konflik rumahtangga bukanlah semudah yang disangka. 

Bukan seperti demam hanya perlu makan Panadol beberapa kali dan kemudian sembuh. Masalah rumahtangga jauh lebih sukar apatah lagi jika penyelesaian ke akar umbi sesuatu permasalahan itu akan melibatkan isu hubungan intim suami isteri. Lebih merumitkan keadaan adalah isu hubungan seksual yang dianggap amat tabu dalam kehidupan masyarakat Malaysia.

 

Meskipun begitu demi untuk sama-sama belajar dan semoga perkongsian ini dapat menjadi ikhtibar semua yang membaca aku akan cuba kongsikan penyelesaian dengan penuh berhemah. Mohon hadam dengan baik ya semua. Aku amat bersyukur ketika aku menderita kemurungan disebabkan masalah rumahtanggaku Allah lorongkan aku untuk menemui ilmu ini. 

Aku terjumpa video-video pendek perkongsian Puan Diyana Tahir, seorang Pakar Perhubungan dan Keintiman di laman facebook. Perkongsian yang disiarkan membuatkan aku begitu tertarik untuk menyertai kelas Kembali Bahagia yang dianjurkan oleh Ehati, syarikat kendalian Puan Diyana.

Kelas Kembali Bahagia pertama sekali memberikan aku kesedaran berkenaan pentingnya aku untuk memberi fokus kepada diriku sendiri. Perkara yang amat jarang aku lakukan kerana keutamaanku selama 12 tahun ini adalah keselesaan dan kebahagiaan suami dan anak-anakku. Sebagai isteri dan ibu yang baik sudah pastilah aku sanggup berkorban apa sahaja demi mereka.

Aku sedari disinilah bermulanya aku merasa tidak bahagia kerana aku sendiri mengabaikan diriku dan sering mengharap orang lain membahagiakanku. Orang itu sudah pastilah suami dan anak-anakku. Aku menjadi si peminta-minta,mahu dilayani dengan penuh kasih sayang dan dengan cara yang aku mahukan. 

Apabila aku tidak mendapat layanan yang aku inginkan aku mula rasa kecewa dan lama kelamaan kekecewaan yang terpendam itu menjadi barah dalam perhubungan. Pelbagai latihan inner journey yang kami lakukan dalam kelas bagi membantu peserta sepertiku untuk membina Self Love dan agar kami berupaya menjadi pencipta bahagia dan cinta kami sendiri.

Agar kami tidak lagi kecewa apabila keinginan kami tidak dipenuhi pasangan atau orang sekeliling. Menyemai semula Self Love dalam diriku benar-benar memberikan aku ketenangan yang aku impikan selama ini, malah keyakinan diri yang merudum akibat mengalami istihadhah dahulu dapat aku bina semula hari demi hari. 

 

Kini diriku kelihatan jauh lebih cantik dan berkeyakinan hanya dengan tindakan aku memberi keutamaan pada diri sendiri dahulu sebelum orang lain.Aku benar-bernar teruja apabila aku berjaya membadani ‘new me”atau diriku yang baru dengan kaedah break the pattern . Aku membina semula diriku dengan meninggalkan kebiasaan-kebiasaan lamaku contohnya perangai sering marah-marah apabila berdepan masalah.

Aku mula membina sikap baru dengan menerima sesuatu input dengan tenang dan aku ambil masa untuk memberi reaksi yang sesuai agar masalah dapat diselesaikan dengan baik dengan pertimbangan yang wajar serta tanpa dipengaruhi emosi-emosi negatif. 

Perubahan aku sedikit-demi sedikit setiap hari berjaya mentransformasikan aku kepada wanita yang lebih tenang dan gembira. Kini aku menjadi magnet kepada pelbagai perkara positif termasuk rakan-rakanku. Begitu ramai yang datang kepadaku dan mengadu berkenaan masalah perhubungan mereka bersama suami kerana mereka dapat melihat perubahan positif yang berlaku padaku. 

 

Selain menyuburkan Self Love dalam diri aku terlebih dahulu bermuhasabah diri, mengakui segala kesilapanku dalam perkahwinan kami. Aku sedari bahawa aku juga punya salah dalam hubungan ini dan adalah amat tidak adil untuk meletakkan semua kesalahan dibahu Ridzwan. 

Menyelesaikan isu itu aku praktikkan terapi maaf, aku ,maafkan diriku terlebih dahulu dan aku juga maafkan Ridzwan atas semua kesalahan dan kesilapan kami sepanjang melayari bahtera perkahwinan bersama. Jujur dahulu aku sering mencari kesempurnaan dalam perkahwinan sedangkan aku langsung tidak memahami dengan betul maksud kehidupan dan perkahwinan.

Kelas Kembali Bahagia memberikan pencerahan kepada maksud sebenar perhubungan dan perkahwinan yang sebenarnya adalah perjalanan penyembuhan dua jiwa supaya kita dapat menyempurnakan jiwa kita sebelum kita kembali semula kepada Allah.

Dalam kelas ini juga pertama kali aku dengar berkenaan Diet Sentuhan Cinta – DSC dan aku gali serta dalami dalam kelas-kelas berikutnya. Diet Sentuhan Cinta ini merupakan satu teknik diet hubungan intim pasangan. Perkongsian ini lebih deep dan memerlukan keterbukaan untuk anda hadam dan memahaminya.

Ya aku tahu soal hubungan intim adalah topik tabu untuk dibincangkan secara terbuka di Malaysia. Namun demi ilmu yang memberikan penyelesaian yang luar biasa kepada masalah perhubungan suami isteri mohon anda berlapang dada dan hadam ilmu ini dengan berhemah okay.

Secara ringkasnya DSC adalah cara hubungan intim tanpa peak orgasme-PO selama 21 hari. Amalan diet ini menyebabkan hormon bahagia dan gembira berada pada tahap optimum dan selepas 21 hari aku dan suami boleh melakukan hubungan intim berserta PO dan ia memberikan pengalaman hubungan intim yang aku sifatkan amat menakjubkan. 

 

Apa yang berlaku pada hubungan aku dan Ridzwan sepanjang kami mengamalkan DSC?. Pertamanya kami menjadi lebih terbuka untuk menyatakan keinginan masing-masing, macam yang aku katakan kepada Ridzwan dia boleh berterus-terang dengan aku berkenaan keinginnya dan aku sama sekali tidak akan menghakimi dia. Hubungan dua hala yang lebih terbuka ini memberikan kefahaman yang lebih mendalam antara kami berdua dan kami boleh berusaha untuk memenuhi keperluan dan kehendak masing-masing.

Paling menarik selain saling memahami antara satu sama lain, DSC memberikan kami rasa cinta dan kebersamaan yang lebih mendalam, aku juga mula memahami bahawa lelaki menyatakan dan menunjukkan kasih sayang sepenuh hat dengan cara berhubungan intim. Ketika itulah aku rasa amat dihargai dan disayangi suamiku. Sebelum ini aku sebenarnya punya masalah kurang menikmati hubungan intim.

Kebanyakkan waktu aku sekadar melaksanakan tangggungjawab sebagai isteri semata-mata. Kini keikhlasan dan kepuasan sebenar aku membuatkan Ridzwan benar-benar rasa bahagia. Kerana menurut Puan Diyana kunci kebahagiaan lelaki adalah tubuhnya dan secara psikologinya lelaki ingin menjadi hero di hadapan isterinya. 

Kebersamaan yang kami tunjukkan menyebabkan Ridzwan berjaya menjadi hero dimataku, isterinya yang tercinta. Apa yang DSC bantu selesaikan ? ok ini adalah masalah paling common semua pasangan yang telah lama berkahwin. Kebanyakan pasangan akan rasa hubungan semakin hambar, tiada lagi spark dan sebagainya apatahn lagi selepas punya anak-anak yang ramai.

Kami juga berdepan masalah sama dahulu.Cukup aku kongsikan perubahan hubungan rumahtangga kami, ketahuilah usaha dan tawakal aku dalam menuntut ilmu dan berani berkongsi pengalamanku hari ini kerana aku mahu bahagia. Aku paling takut mendengar perkataan trauma. Trauma adalah luka emosi yang berlaku pada kita dan pasangan atau sesiapa sahaja yang memberikan kesan buruk pada kehidupan.

Paling aku takuti apabila trauma ini sebenarnya boleh diturunkan kepada anak-anak. Sungguh aku tidak mahu anak-anakku berdepan masalah yang sama kami alami. Aku berusaha untuk jadi tenang dan postif, berusaha untuk break the pattern dan mencipta pattern baru yang penuh bahagia dan kasih sayang supaya anak-anakku boleh hidup dengan baik tanpa trauma.

Jangan takut dengan segala tanggapan negatif orang luar untuk kita belajar mengenal diri dan mengubah diri kita kerana soal bahagia dan cinta kita, hanya kita yang tentukan dan kita yang ubah dengan izin Allah swt.

Share on your social media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1