Menjadi wanita ini kadangkala aku rasakan sukar, macam timun dengan durian menggolek luka digolek pun luka. Bukan mudah kan terlalu banyak perkara yang perlu dijaga seperti adab, tatasusila dan macam-macam lagi. Silap langkah nanti di cop perempuan murahan, gatal, besar kepala, ego dan sebagainya. Mungkin ada juga antara wanita yang bertindak melawan arus dan hidup dengan cara sendiri dengan yakin tapi bukan bagi aku. Pandangan dan persepsi masyarakat yang skeptikal sebenarnya amat menakutkan aku. Apatah lagi apabila aku bergelar isteri kedua. Bukan tak tahu status isteri kedua ini sentiasa diberi pelbagai jolokan seperti pemusnah rumahtangga orang, pencaras, penyondol dan macam-macam lagi perkataan yang punya konotasi negatif dan menyakitkan untuk didengar. Aku gagal dalam perkahwinan pertamaku menyebabkan kami terpaksa bercerai sebagai jalan penyelesaian terakhir. Perkahwinan pertamaku musnah berpunca dengan kewujudan orang ketiga. Selepas bercerai aku hidup selesa hidup membujang. Punya kehidupan lebih tenang dan tidak perlu aku fikirkan untuk menjaga hati atau menjaga kehidupan orang lain. Aku sebenarnya tidak pernah pun merancang untuk berumahtangga semula sekadar hidup go with the flow.
Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved