Menjadi wanita ini kadangkala aku rasakan sukar, macam timun dengan durian menggolek luka digolek pun luka. Bukan mudah kan terlalu banyak perkara yang perlu dijaga seperti adab, tatasusila dan macam-macam lagi. Silap langkah nanti di cop perempuan murahan, gatal, besar kepala, ego dan sebagainya. Mungkin ada juga antara wanita yang bertindak melawan arus dan hidup dengan cara sendiri dengan yakin tapi bukan bagi aku. Pandangan dan persepsi masyarakat yang skeptikal sebenarnya amat menakutkan aku.
Apatah lagi apabila aku bergelar isteri kedua. Bukan tak tahu status isteri kedua ini sentiasa diberi pelbagai jolokan seperti pemusnah rumahtangga orang, pencaras, penyondol dan macam-macam lagi perkataan yang punya konotasi negatif dan menyakitkan untuk didengar. Aku gagal dalam perkahwinan pertamaku menyebabkan kami terpaksa bercerai sebagai jalan penyelesaian terakhir.
Perkahwinan pertamaku musnah berpunca dengan kewujudan orang ketiga. Selepas bercerai aku hidup selesa hidup membujang. Punya kehidupan lebih tenang dan tidak perlu aku fikirkan untuk menjaga hati atau menjaga kehidupan orang lain. Aku sebenarnya tidak pernah pun merancang untuk berumahtangga semula sekadar hidup go with the flow.
Namun kekuasaan Allah itu Maha Besar ditakdirkan aku bertemu juga dengan jodoh baruku. Aku namakan di sini sebagai Rahizan (bukan nama sebenar). Rahizan merupakan seorang lelaki yang baik dan begitu mengambil berat pasal aku. Membuatkan hatiku tersentuh dan rasa dihargai. Hubungan yang pada awalnya hanya sebagai kawan, lama- kelamaan bertukar serius sehingga Rahizan akhirnya melamar aku menjadi isterinya.
Hubungan persahabatan yang membuahkan cinta antara kami ini pastinya sukar untuk aku tolak kerana hati sudah terpikat. Ditambah pula dengan sikapnya yang bertanggungjawab membuatkan hatiku terbuka untuk menerima kehadiran semula lelaki dalam hidupku. Bagaimanapun keputusan ini tidak mudah bagi aku memandangkan Rahizan sudah punya isteri.
Jadi perkahwinan aku dengannya menjadikan aku isteri keduanya. Ketika kami berkahwin pada tahun 2019 yang lalu isteri pertama Rahizan langsung tidak tahu menahu tetang kewujudan aku sebagai madunya. Sepanjang tempoh itu perkahwinan kami baik-baik sahaja dan kami juga dikurniakan seorang cahaya mata pada tahun 2020. Selepas punya anak hatiku terdetik juga bimbang perkara yang buruk berlaku sekiranya isteri pertama Rahizan tahu kewujudan aku dan anakku. Adakah dia akan menerima kami dengan hati terbuka atau sebaliknya. Aku juga sebenarnya rasa takut berdepan reaksi Rahizan sendiri sekiranya isteri pertamanya tahu berkaitan kami.
Kerisauan dan ketakutan ini membuatkan aku tidak tenang dan sentiasa bimbang, apatah lagi dalam pekerjaan aku sebagai seorang kaunselor membuat aku berdepan begitu banyak aduan dari isteri pertama berkaitan orang ketiga. Perkara ini benar-benar mengganggu aku. Tekanan berkaitan dengan isu poligami ini bukan sahaja dialami oleh aku malah Rahizan juga begitu. Kalau diikutkan Rahizan jauh lebih terkesan dengan pandangan masyarakat sekeliling.
Peka dengan perubahan aku yang dilihat semakin negatif dan terlalu banyak memikirkan keburukan berkaitan dengan perkara yang bakal berlaku sekiranya berita perkahwinan kami terbongkar, ibu aku menyuruh aku join group Kembali Bahagia di laman facebook. Daripada situ aku lihat banyak ilmu-ilmu yang boleh membantu aku menjadi lebih baik dan berubah menjadi seorang wanita yang positif.
Tidak lama kemudian aku membuat keputusan untuk lebih mendalami ilmu perhubungan dan rumahtangga ini. Aku mendaftar kelas Kembali Bahagia yang dijalankan selama tiga hari berturut-turut. Matlamat aku hanya satu iaitu untuk merawat diri dan jiwa daripada masalah kebimbangan yang menyebabkan aku sentiasa bersangka-sangka dalam hubungan kami.
Syukur Alhamdulillah dalam kelas Kembali Bahagia aku bertemu dengan ilmu untuk mengenal diri dan menncintai diri. Di sinilah titik permulaan aku memperbetulkan pandangan aku terhadap hubungan poligami dan hubungan perkahwinan. Kerisauan aku sebelum ini mungkin disebabkan oleh kehendak aku untuk memiliki Rahizan serta keegoan aku untuk rasa selamat.
Aku jadi begitu takut kehilangan suamiku, sudah pasti bukan mudah bagi aku untuk menerima kehilangan kali kedua dalam hidupku. Trauma perpisahan kali pertama dahulu pun masih belum sembuh, kalau terjadi lagi sudah pasti aku boleh jadi gila. Selepas aku memahami dan mendalami ilmu Self Love ini aku belajar untuk berhenti bersangka negatif dan menjaga fikiranku agar tidak terlalu memikirkan perkara yang bakal berlaku, sebaliknya fokus kepada hubungan dan keadaan yang sedang aku jalani ketika ini.
Being present membuatkan hidup aku kembali tenang. Apa yang lebih penting Self Love mengajar aku untuk mengutamakan diriku sendiri, tidak berharap kebahagiaan yang datang kerana suami dan anak-anak. Semuanya aku lenturkan dari hatiku dan dalam diriku sendiri. Aku belajar untuk redha menerima takdir dan kasih sayang Allah melalui cara yang Allah tentukan walau bukan dengan cara yang aku inginkan. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang.
Perkara yang aku takuti selama ini akhirnya terjadi jua, isteri pertama Rahizan akhirnya tahu berkaitan perkahwinan kami. Keadaan agak tegang ketika itu kerana sudah pastilah aku di cop perempuan perampas yang bersalah menjadi orang ketiga antara mereka berdua. Maduku Kak Misya(bukan nama sebenar) meletakkan sepenuh kesalahan pada aku. Ketegangan yang berlaku menyebabkan aku dan Rahizan hampir bercerai.
Keputusan yang kami buat atas persetujuan bersama kononnya demi kebaikkan semua pihak. Syukurlah ketika perkara ini berlaku aku sudah punya ilmu yang membantu aku menguruskan konflik dengan baik. Aku tahu perceraian bukanlah penyelesaian kepada masalah kami. Aku kekal tenang dan being present. Aku tidak marah-marah atau cemburu sekiranya Rahizan lewat pulang ke rumahku atau mungkin juga ada waktu dia langsung tidak pulang kerana ada hal yang perlu diuruskan.
Aku hanya fokus kepada kehidupan aku pada waktu itu, aku jalankan tanggungjawab dengan sesempurna mungkin tanpa mengharapkan apa-apa balasan dari suamiku. Aku masih ingat perkongsian Puan Diyana Tahir, Pakar Perhubungan Dan Keintiman berkaitan dengan Cleopatra. Bagaimana Cleopatra menjadi seorang wanita luar biasa yang berjaya menakluki dua pemerintah Rome suatu masa dahulu. Kuncinya adalah dengan menjadi pencipta bahagianya sendiri dan bukan menjadi peminta-minta yang mengharapkan orang membahagiakannya. Aku kini Cleopatra dalam versi aku sendiri.
Hikmah paling besar aku join Kelas Kembali Bahagia adalah kejayaan aku untuk upgrade cara aku berfikir. Aku tidak membiarkan kehidupan aku dihantui pelbagai perkara negatif yang masih belum terjadi. Aku buka hatiku agar menjadi hati dan jiwa yang penuh penerimaan. Menerima ketentuan Allah dengan redha dan andaikata suatu hari nanti jodoh antara aku dan Rahizan berakhir aku terima insyaallah. Aku yakin setiap dugaan yang Allah berikan adalah untuk memantapkan iman dan ketakwaan kita kepadaNya.
Allah tidak akan menguji hambaNya di luar kemampuan mereka. Selain ilmu yang mendalam dan amat bermanfaat kelas kembali Bahagia juga mempertemukan aku dengan ramai wanita-wanita hebat yang juga diuji dengan pelbagai ujian. Aura kebersamaan kami untuk menjadi lebih baik sentiasa memberikan suasana yang positif untuk kami semua.
Sekiranya ada waktu aku trigger dengan sesuatu, aku akan ingat semula perkongsian sahabat-sahabat dalam kelas yang diuji dengan hebat namun berjaya mengatasinya dan kembali bahagia semula dengan ilmu yang kami pelajari. Aku pegang kata-kata Puan Diyana TENANG KUNCI MENANG. Ya aku ingin memang dan bahagia dalam hidup ini.
Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved