Selamat Datang dan TAHNIAH kerana anda antara yang terpilih menyertai kami di Program eHati Love Renewal sesi Jun 2021.
Dalam Group ini peserta akan berinteraksi bersama Pn Diyana Tahir, En Rahim Shukor dan team di Program Online eHati Love Renewal sesi Jun 2021.
Program ini berlangsung selama 2 bulan bermula 29 Jun – 19 Ogos 2021 jam 11 pagi sehingga 12:30 tengahari mengikut jadual yang telah diberikan.
Group coaching ini khas untuk anda yang serius mengambil bahagian, komited, ingin mengubati hati dan menjemput kedamaian hati dan juga bersedia menjalani latihan harian untuk menambah baik hubungan perkahwinan anda.
Demi menjaga semangat dan energi sahabat-sahabat lain yang komited dan serius untuk mempraktis kedamaian dan kesyukuran di hati, anda diwajibkan memenuhi semua syarat-syarat berikut;
SYARAT #1
Niat yang jelas dan khusus untuk memperbaiki diri dan kualiti diri menjadi lebih baik dari sebelum ini. Puan Diyana dan Encik Rahim di sini sebagai sahabat yang bersama-sama berkongsi latihan mendidik hati dan latihan fizikal yang Puan Diyana dan Encik Rahim amalkan sebelum ini. Jadi bersama-sama kita luruskan niat untuk sama-sama belajar antara satu sama lain.
SYARAT #2
Sekiranya anda terlepas sesi live, video rakaman anda boleh tonton dalam eHati education platform dan anda akan dapat akses selama 2 bulan. Selepas 2 bulan program dan 1 bulan ulangkaji, akses group FB dan teachable ditamatkan. Walaubagaimanapun keseluruhan Latihan harian adalah WAJIB di selesaikan dan di post di dalam group dalam masa 48 jam selepas setiap sesi video live. Apa akan jadi jika tempoh 48 jam telah tamat? Pihak admin yang bertugas akan memastikan penglibatan anda di group ini. Namun jika GAGAL anda akan dikeluarkan dari group ini tanpa notis dan anda boleh sertai group semula dengan bayaran RM150. Walaubagaimanapun jika anda ada hal kecemasan antara hidup dan mati yang menyebabkan anda tak boleh respon, sila kemukakan permohonan secara email di management@ehati.com cc kepada umi.ehati@gmail.com untuk masuk semula kepada Admin yang bertugas dengan mengemukakan bukti kukuh dan kelulusan masuk semula serta bayarannya adalah tertakluk sepenuhnya kepada penganjur.
SYARAT #3
Di dalam group anda hanya dibenarkan berkongsi perkara berkaitan modul yang diberikan sahaja, selain dari topik yang tidak berkenaan adalah tidak dibenarkan. Jika anda ada masalah atau persoalan sila PM admin
SYARAT #4
Sekiranya anda mempunyai soalan yang berkaitan modul Program Ehati Love Renewal ini anda boleh utarakan pertanyaan anda di link ini
SYARAT #5
Apabila memasuki group ini anda adalah secara automatik bersetuju dan tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Selamat merasakan kasih sayang dan keintiman bersama pasangan. Terima Kasih Sahabat hati anda, Diyana Tahir & Rahim Shukor
Dengan menerima dan memasuki Group ‘Program Online eHati Love Renewal sesi Jun 2021 ini anda adalah bersetuju bahawa segala modul, bahan, gambar, video, audio, syarat dan segala perkongsian didalamnya dilindungi di bawah Akta Hakcipta 1987 dan Akta Cap Dagangan 1976 Undang-undang Kerajaan Malaysia. Anda tidak dibenarkan sama sekali menyalin semula, mengambil sebahagian atau sepenuhnya segala isi kandungan yang terdapat di dalam Group ini malah mengedarkannya, menyampaikannya secara percuma atau berbayar kepada sesiapa sahaja dan melalui apa jua kaedah sekalipun. Anda juga bersetuju diambil tindaka undang-undang atau diminta membayar ganti rugi jika melanggar peraturan berkaitan hakcipta tersebut. Segala perkongsian modul di dalam apa jua bentuk sama ada sebahagian atau sepenuhnya kepada pihak ketiga tanpa kebenaran juga adalah tidak dihalalkan sama sekali oleh penganjur.
*Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Customer Support Ms Wawa di link berikut >>>