DOA BAHAGIA MAKBUL DI USIA 50 TAHUN

Assalamualaikum dan salam bahagia semua. Salam perkenalan daripada saya Fazira dari Johor Bharu, Johor. Saya kini Alhamdulillah dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik pada usia 50 tahun. Rasanya lebih selesa kalau saya bahasakan diri saya kak Faz ya dengan anda semua, memandangkan Kak Faz pun sudah agak berumur.

Kak Faz dan berkahwin dengan Abang Majid (bukan nama sebenar) selama 22 tahun dan dikurniakan empat orang anak, masing-masing dah besar panjang sekarang. Rumahtangga Kak Faz dengan Abang Majid kini Alhamdulillah bahagia, sudah penuh dengan kasih sayang dan penerimaan.

Kak Faz membuat keputusan untuk berkongsi di sini hari ini supaya sesiapa sahaja yang membaca kisah hidup Kak Faz ini akan pulih semangatnya untuk berjuang menggapai bahagia. Jangan pernah putus asa walau pelbagai cabaran yang mendatang kerana untuk menikmati hadiah manis dari Allah itu pasti kita diuji terlebih dahulu. Ujian Allah hadir agar kita lebih bersyukur dengan setiap perkara yang kita ada. 

 

Pokok pangkalnya jangan pernah putus asa kerana Kak Faz juga masih sempat menikmati bahagia walau sudah berusia 50 tahun . Ingat tu sentiasa bersangka baik dengan Allah, sentiasa positif.Sesiapa sahaja yang mengenali Kak Faz pasti tahu apakah cabaran yang Kak Faz lalui sepanjang berkahwin dengan Abang Majid. 

Percaya atau tidak senyuman di wajah Kak Faz dan ketenangan di hati ini hadir selepas 22 tahun Kak Faz diuji dengan masalah rumahtangga yang maha hebat. Ditakdirkan Allah sejak Kak Faz berkahwin dengan Abang Majid ada sahaja orang ketiga yang hadir. Bukan satu bukan dua tetapi bersilih ganti untuk tempoh 22 tahun. Dapat banyangkan tak apa perasaan kak faz waktu itu?. Sebagai seorang isteri sudah pasti hati Kak Faz ini hancur berkecai mengenangkan diri yang sentiasa dikhianati. 

Kalau sekali dua mungkin kita boleh bersabar dan menerima tapi cuba bayangkan berpuluh kali. Tak terdaya hati ini nak menanggung pedihnya, air mata jangan cakaplah memang menjadi peneman siang dan malam. Waktu itu wajah Kak Faz ni memang sentiasa kelihatan sugul, mata yang sembab dan air muka yang penuh penderitaan. Senyum pun Kak Faz dah lupa macammana. Apatah lagi dengan anak-anak yang sedang membesar.

 

Bila suami buat hal dan tentulah kita akan sentiasa marah , pantang bertentang mata kami pasti sentiasa bertengkar. Kasihan anak-anak suka tidak suka terpaksa juga mereka hadap setiap hari.Kemuncak keretakkan rumahtangga kami adalah apabila Kak Faz akhirnya tahu Abang Majid telah berkahwin dengan seorang wanita muda di sempadan Siam.

Luluhnya hati Kak Faz tak dapat nak digambarkan. Kak Faz betul-betul down waktu itu, dalam kepala ini hanya berfikir tentang cerai sahaja. Semoga perceraian tu akan memberikan ketenangan kepada Kak Faz dan anak-anak. Tapi tak semudah itu Abang Majid nak lepaskan Kak Faz malah dia paksa Kak Faz untuk menerima isteri barunya dalam hidup kami.

Kehidupan Kak Faz ketika itu memang macam telur dihujung tanduk, benar-benar hidup sekadar hidup, anak-anak pun tidak diberi perhatian langsung. Sehinggalah pada suatu hari  anak bongsu Kak Faz si Achad mengadu dengan Kak Faz. “ibu Chad rasa nak matilah ibu, Chad rasa nak bunuh diri je” Allahukahbar bayangkanlah perasaan Kak Faz waktu ini. 

 

Achad baru sahaja berusia 10 tahun masih memerlukan kasih sayang dan perhatian tak berbelah bahagi dari ibu ayahnya sama seperti kanak-kanak lain yang sedang membesar. Kak Faz betul-betul rasa jadi ibu yang looser, tak mampu menjaga anak sendiri dengan baik. Achad sebenarnya jadi sangat tertekan sebab Achad pernah melihat ayahnya tidur dengan wanita lain.

Walaupun waktu itu mereka telah sah bernikah namun anak sekecil Achad masih belum mampu mengerti perkara yang berlaku. Abang Majid pula sentiasa membawa Achad mengikutnya kesana kemari apatah lagi apabila dia kerumah isteri barunya.

Selain soal hati dan perasaan Kak Faz sangat risaukan soal kewangan keluarga. Abang Majid kerja biasa-biasa sahaja dan Kak Faz pula kerani di sebuah syarikat swasta di JB. Kewangan kami memang sekadar cukup makan kadangkala ada juga waktu terdesak sehingga perlu meminjam wang dari adik-beradik yang lain. Tapi Abang Majid berani berkahwin juga kerana isteri keduanya bergaji besar dan mampu membantu Abang Majid dari segi kewangan

Pelbagai perkara yang berlaku dalam satu-satu masa membuatkan Kak Faz buntu, dalam hati meronta-ronta untuk bercerai sahaja dengan Abang Majid. Kak Faz hanya boleh mengadu dengan Allah dalam doa-doa kak Faz. Kak Faz sentiasa meminta Allah SWT tunjukkan cara untuk supaya Kak Faz boleh selamatkan rumahtangga kami ni demi anak-anak. Sehinggalah pada waktu Perintah Kawalan pergerakan satu –PKP 1 , Mac 2020 yang lalu Kak Faz terjumpa video Puan Diyana Tahir di laman Facebook.

Ada satu ayat yang Puan Diyana kata “ Betul ke dah nak bercerai? , Dah tak ada ke kebaikkan suami tu?” membuat Kak Pah seakan-akan tersedar dari lena. Kak pah ikut saranan Puan Diyana untuk senaraikan lima kebaikan suami. Allahuakhbar banyak betul Aha yang Kak Faz dapat.Sayu hati Kak Faz ni mengenang kembali saat susah senang kami sebagai suami isteri, bukan  sebulan dua tapi 22 tahun bersama. 

Takkan Kak Faz nak berputus asa begitu sahaja. Kak Faz hubungi team Ehati melalui Facebook masengger, Kak Faz dibantu Puan Zaama untuk mencari penyelesaian yang sesuai dan mendaftar terus ke Kelas kembali BahagiaKelas kembali Bahagia ni sesuai dengan keperluan Kak Faz yang ingin mencari jalan keluar setelah sekian lama stuck dalam masalah rumahtangga yang tak berkesudahan. 

 

Kak Faz betul-betul berazam untuk kembali membahagiakan keluarga kami. Hari pertama kelas dalam talian yang kak Faz sertai telah membuat kak Faz betul-betul sebak. Sebak kerana selama ini Kak Faz sentiasa menyalahkan Abang Majid terhadap semua masalah yang berlaku antara kami. Kak Faz rasa begitu teranaiya dengan sikap Abang Majid yang kaki perempuan dan langsung tidak pernah melihat diri kak Faz sendiri.

Adakah kak Faz juga sebenarnya punya salah atau kak faz memang maksum sepenuhnya dalam rumahtangga ini. Terasa seperti segala kenangan kami, pergaduhan kami, kebahagiaan kami bertamu semula di ruang fikiran. Air mata kak Faz menitis lagi untuk kesekian kalinya atas kesedaran yang kak Faz perolehi.

Tidak pernah kak faz terfikir rupanya selama ini Kak Faz juga sebenarnya menyumbang kepada masalah rumahtangga kami. Kesilapan paling besar yang kak Faz lakukan adalah Kak Faz mengabaikan diri Kak faz sendiri, kak Faz mengizinkan hati kak Faz terluka dan terus tenggelam dalam kecewa. 

 

Kak Faz biarkan wajah kak Faz sugul dan sembab kerana menangis sepanjang malam. Sejujurnya Kak faz dah hilang diri kak Faz sendiri. FAZIRA yang dahulunya sentiasa cantik dan bersiap rapi ketika hendak keluar rumah, sentiasa kemas dan wangi ketika di rumah, Fazira yang ambil masa untuk melayan dirinya makan makanan sedap di restoran, yang membeli keperluan yang diinginkan tanpa bertangguh-tangguh berkira-kira, Fazira yang meluangkan masa bersama teman-teman berkongsi cerita. 

Fazira itu seolah-olah tidak lagi wujud dan yang ada sekarang adalah seorang wanita yang diselubungi kekecewaan dan putus asa terhadap kebahagiaan hidupnya. Barulah Kak Faz sedar Kak Faz sebenarnya perlukan perlukan Self Love dalam diri kak Faz sendiri. Kak Faz sebenarnya bukan hanya kehilangan abang Majid malah kak Faz hilang diri Kak Faz sendiri. Kesedaran ini Kak faz jadikan pembakar semangat untuk Kak Faz mulakan perubahan membina Self Love.

Kak Faz amalkan terapi syukur setiap kali selepas solat subuh dan kak faz senaraikan kesyukuran Kak Faz dalam hidup satu per satu. Kak Faz mula sedari dan menerima setiap perkara yang berlaku ujian dari Allah SWT supaya Kak Faz belajar menjadi insan yang lebih baik dan menerima kasih sayang Allah dengan cara yang Allah berikan . Kak Faz maafkan diri kak Faz atas segala kejahilan dan pengabaian pada diri kak Faz selama ini.

 

Kak faz juga maafkan semua kesalahan Abang Majid dan semua orang yang pernah menyakiti kak Faz selama ini. Kak Faz buka diri untuk perubahan kearah gembira dan bahagia. Selepas kak faz berjaya menenangkan hati  dan menerima kekecewaan Kak Faz transformasikan perasaan negatif tersebut kepada rasa syukur dan bahagia bersama keluarga. Paling memberikan kesan kepada Kak Faz dan Abang Majid adalah teknik Telling The Truth-TTT.

Kak Faz kongsikan dengan Abang Majid bahasa cinta kak Faz adalah masa berkualiti bersama. Abang Majid pula kongsikan bahasa cintanya adalah perhatian dan kasih sayang.Sejak daripada itu perubahan sangat besar berlaku pada Abang Majid, setiap waktu dia ingin keluar ke mana-mana pasti Abang Majid akan ajak Kak Faz bersama. Sentiasa berkepit dengan Kak Faz, tak tergambar betapa kak Faz rasa disayangi apabila bahasa cinta dipenuhi.

Kak Faz juga memberikan lebih perhatian kepada Abang Majid sentiasa membelainya dan memanjakannya dengan penuh kasih sayang. Dari seorang yang dingin dan jarang menunjukkan sayang abang Majid dan berubah menjadi manja seperti anak kucing. Luka kaki ketika bermain takraw bersama kawan-kawan pun Abang majid mengadu dengan Kak Faz. 

 

Bahagianya hati kak Faz rasa penting dan diperlukan. Macam kak faz bagitahu awal tadi Abang majid bukanlah orang berada yang memewahkan kak faz dengan hadiah dan sebagainya namun bagi kak Faz perkara yang paling berharga dan bermakna adalah apabila Abang majid kata “ Ibu jangan tinggalkan ayah”, “ibu maafkan Ayah”. 

Inilah hadiah terbesar lebih dari segalanya selama ini dia tidak pernah sedar dia buat salah. Sekarang dia sanggup merendahkan ego seorang lelaki dan memohon maaf,memang amat bermakna pada Kak Faz. Inilah Hadiah paling besar dari Allah buat Kak faz, menikmati bahagia dan rasa tenang pada usia kak Faz 50 tahun selepas 22 tahun Kak Faz berendam air mata. Syukur ya Allah atas rahmatmu.

 

Share on your social media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1