Ehati Love Intensive

Siapa Yang Perlu Hadir

Siapa Yang Perlu Hadir

# Anda mempunyai impian, namun setiap kali anda cuba menggapai impian anda, seringkali anda dihantui dengan ketakutan-ketakutan yang akan membuatkan anda menguburkan impian anda.

# Anda kerap dirundungi rasa takut. Takut gagal, takut kejayaan, takut perubahan, takut pada dosa silam dan trauma dengan kematian. Dialog kegemaran anda ialah “ Takutlaa..” Anda risau dan panik sehingga ‘paralysed’ dan tak berbuat apa-apa.

# Seringkali hambatan dan halangan berpunca dari masalah yang hampir sama membelenggu anda. Anda sering bertukar pasangan, bercerai, atau bertukar kerja dan bisnes. Kebiasaannya berakhir dengan rasa buntu tidak tahu mana silapnya. Semua usaha samaada daripada segi hubungan, kewangan dan spiritual tersangkut.

# Anda rasa telah memberi yang terbaik, namun segala usaha anda tidak dihargai samaada oleh pasangan atau majikan. Ini membuatkan diri anda rasa ‘kecil’ dan anda tidak lagi bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Bagi anda, tiada lagi keindahan dan kebaikan di dunia ini.

# Anda sering berasa marah dan melepaskannya pada orang yang tersayang, kemudian anda rasa sangat menyesal dan tidak berdaya mengawal kemarahan anda.

# Diri anda merana, tertekan, benci, bimbang, kecewa kerana dilitupi rasa bersalah yang menggunung.

# Anda tidak khusyuk dalam menunaikan amal ibadah, merasakan diri sangat jauh dengan Allah SWT. Anda rasa anda tidak layak bahagia atas dosa-dosa silam anda.

# Anda ingin berubah kearah kebaikan, tetapi seringkali persekitaran membuatkan perubahan anda tidak bertahan lama. Anda putus harapan dan akhirnya merasakan hidup kosong tidak bermakna.

Jika anda rasa andalah yang dimaksudkan di atas, maka anda WAJIB mengizinkan diri anda untuk bersama Puan Diyana Tahir selama 3 hari di Ehati Love Intensive.

Apa Kata Peserta

Saya rasa inilah yang saya cari selama ini, di sinilah saya dapat jawapannya dan sesi yang saya paling suka adalah terapi syukur kerana di situlah sebenarnya saya menemui diri saya sebenarnya. Dan saya dapat rasakan apa yang puan diyana cakap sebenarnya kebahagiaan itu ataupun apa yang kita nak sebenarnya dah ada. Kita tak perasan. Anda nak tahu macam mana kita tahu apa yang kita nak tu dah ada anda datang terapi Ehati.

NURZEHAN ANITA AZIZA

(PENSYARAH)

UA-139074358-1