HASRAT BINA SEMULA RUMAHTANGGA JADI ASBAB BINA KEHIDUPAN PENUH CINTA YANG LEBIH BESAR

Assalamualaikum dan salam sayang semua. Terima kasih untuk kesempatan berkongsi kisah suka duka kehidupanku disini. Jika kisah ini aku kongsikan tiga tahun lalu pasti aku akan kongsikan kisah penuh kecewa dan air mata. Panggil sahaja aku Juwita (bukan nama sebenar) wahhh macam nama bintang filem kan. Ambil mood sikit untuk perkongsian kisah transformasi hidup luar biasa yang Allah hadiahkan untukku, asbab mencari ilmu untuk mengejar cinta. Aku sudah berkahwin dengan Fuad (bukan nama sebenar) kira-kira 5 tahun yang lalu. Telahpun dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kami namakan Affan (bukan nama sebenar). Kehidupan kami bahagia Alhamdulillah, segalanya berjalan seperti sepatutnya sehingga satu hari aku tahu kisah kecurangan Fuad bersama rakan sepejabatnya. Suasana tenang dan bahagia rumahtangga kami berubah sekelip mata. Rumah yang dahulunya penuh gelak tawa dan kasih sayang diganti pergaduhan dan tangisan tak kira masa. Sehinggalah kemuncaknya Fuad menceraikan aku dengan talak satu. Lebih melukakan adalah waktu itu aku sedang berpantang anak kedua kami Orked (bukan nama sebenar).

 

Perceraian itu benar-benar memberikan tekanan hebat kepada aku, apatah lagi dalam keadaan berpantang. Hidup aku saban hari dirundung kesedihan yang tidak bertepi, namun aku terpaksa kuatkan diri demi Affan dan Orked. Aku kawal emosi aku agar tidak tenggelam dalam kemurungan yang dahsyat, ditambah pula aku perlu bekerja selepas tamat cuti bersalin. Hidup mesti diteruskan walau apa yang berlaku, kerana aku ada anak yang perlu dijaga. 

Share On Your Social Media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Related Post

Suami Curang, Kenapa Salahkan Isteri?

Jangan Serang Orang Ketiga Bila Suami Curang!

6 Perkara yang buat pasangan ‘KECIL HATI’

Kenapa Rumah Tangga Tak Bahagia?

Untukmu Yang Sedang Berusaha Mengikhlaskan Poligami”

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1