Assalamualaikum dan salam sayang semua. Terima kasih untuk kesempatan berkongsi kisah suka duka kehidupanku disini. Jika kisah ini aku kongsikan tiga tahun lalu pasti aku akan kongsikan kisah penuh kecewa dan air mata. Panggil sahaja aku Juwita (bukan nama sebenar) wahhh macam nama bintang filem kan.
Ambil mood sikit untuk perkongsian kisah transformasi hidup luar biasa yang Allah hadiahkan untukku, asbab mencari ilmu untuk mengejar cinta. Aku sudah berkahwin dengan Fuad (bukan nama sebenar) kira-kira 5 tahun yang lalu. Telahpun dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kami namakan Affan (bukan nama sebenar). Kehidupan kami bahagia Alhamdulillah, segalanya berjalan seperti sepatutnya sehingga satu hari aku tahu kisah kecurangan Fuad bersama rakan sepejabatnya.
Suasana tenang dan bahagia rumahtangga kami berubah sekelip mata. Rumah yang dahulunya penuh gelak tawa dan kasih sayang diganti pergaduhan dan tangisan tak kira masa. Sehinggalah kemuncaknya Fuad menceraikan aku dengan talak satu. Lebih melukakan adalah waktu itu aku sedang berpantang anak kedua kami Orked (bukan nama sebenar).
Perceraian itu benar-benar memberikan tekanan hebat kepada aku, apatah lagi dalam keadaan berpantang. Hidup aku saban hari dirundung kesedihan yang tidak bertepi, namun aku terpaksa kuatkan diri demi Affan dan Orked. Aku kawal emosi aku agar tidak tenggelam dalam kemurungan yang dahsyat, ditambah pula aku perlu bekerja selepas tamat cuti bersalin.
Hidup mesti diteruskan walau apa yang berlaku, kerana aku ada anak yang perlu dijaga. Jika aku berterusan menangis dan merayu Fuad kembali kepadaku keadaan tidak akan jadi lebih baik pun. Fuad memang sudah kemaruk cinta dengan orang ketiga itu dan perhatiannya hanya untuk wanita itu sahaja.
Buang masa dan tenaga aku merayu. Syukurlah dengan bantuan keluargaku aku mampu berdiri semula dan meneruskan hidup. Hidupku jadi serba tidak kena hati jadi tidak tenang setiap hari ada sahaja masalah yang berlaku. Aku kini tinggal bersama ibuku di rumah keluarga kami, ibuku tinggal seorang diri selepas ayah meninggal setahun lalu.
Apa yang memeningkan kepala aku adalah hubungan aku dengan ibuku dingin sejak dahulu dan aku lebih rapat dengan arwah ayahku. Ibuku bersikap terlalu judgemental terhadapku dan tidak pernah mahu mendengar rintihanku. Dia seboleh-bolehnya akan mengelak untuk kami bersembang hati ke hati. Di pejabat pula bosku sentiasa cari pasal, ada sahaja perkara yang aku buat tidak kena dimatanya. Sehingga kadangkala aku rasakan seolah-olah dia sengaja mengenakan aku.
Aku sedar, aku tidak boleh terus bersedih dan hidup dengan suasana yang negatif begini. Aku perlu lakukan sesuatu untuk mengubah hidup aku. Penat berdepan ujian demi ujian aku ingin hidup tenang dan bahagia semula. Jauh di sudut hati aku masih berharap hubungan antara aku dan Fuad dapat dibina kembali, setidak-tidaknya demi anak-anak kami yang masih kecil. Masalah dan bebanan jiwa aku ini sering aku kongsikan dengan sahabatku Mastura.
Kami bekerja di satu jabatan dan Mastura sangat mengambil berat tentang aku dan sangat banyak membantuku sepanjang aku berdepan dugaan hidup. Suatu hari Mastura menyarankan aku untuk mengikuti kelas Kembali Bahagia di laman Facebook. Disebabkan kelas tersebut percuma aku sering meluangkan masa untuk menonton video-video pendek perkongsian daripada Puan Diyana Tahir, Pakar Perhubungan dan Keintiman.
Dari situ aku belajar pelbagai ilmu perhubungan dan rumahtangga yang aku tidak pernah tahu sebelum ini. Paling aku fokus adalah kepada teknik jampi hati suami dan 7 triggering point. Melalui ilmu yang aku pelajari ini aku amat berharap agar aku dapat memenangi semula hati Fuad satu hari nanti.
Bagaimanapun saranan Puan Diyana untuk kongsikan latihan dan soalan dalam kelas bersama pasangan agak sukar untuk aku laksanakan kerana Fuad langsung tidak memberi respond pada awalnya. Namun aku teruskan juga segala proses yang perlu tanpa aku hiraukan penolakkan dari Fuad, sehingga lama kelamaan dia akhirnya memberi respond kepada soalan-soalan aku. Aku amat bersyukur dengan perubahan itu walau ada kalanya dia cuma membalas dengan sepatah perkataan sahaja.
Itu sudah cukup membakar semangat aku untuk terus berusaha.Selepas melihat respond positif Fuad aku membuat keputusan untuk lebih mendalami ilmu Ehati yang diajar Puan Diyana. Tanpa membuang masa aku mendaftar ke Kelas Kembali Bahagia yang diadakan selama tiga hari berturut-turut. Fasa pertama kelas aku belajar mengenali emosi diri dan mengenali sendiri apakah beza sebenar antara bahagia dan derita. Disebabkan tekanan dan kekecewaan yang mendalam manusia khususnya wanita boleh jadi sangat keliru dengan perasaan mereka sendiri.
Fasa kedua pula kami diberikan latihan dan ilmu untuk mendapatkan semula kekuatan dalam diri yang telah hilang. Apabila diri yang rapuh dan kecewa itu dipulihkan semula kami diajar untuk memahami perjalannan menuju kebahagiaan. Fasa terakhir iaitu fasa ketiga pula kami diajar cara untuk mencapai bahagia sekaligus mula mengorak langkah untuk keluar daripada derita dan terbang lebih tinggi. Dalam kesemua fasa ini kami diajar pelbagai teknik baru dan juga teknik jampi yang aku pelajari sebelum ini dengan lebih mendalam dan lebih berkesan jika diamalkan secara konsisten.
Usaha aku dan niat baik aku ternyata tidak sia-sia. Selepas kelas aku semakin mengenali diriku sendiri. Kesilapan aku dahulu kerana mengabaikan diriku sendiri kerana terlalu mengejar cinta dan perhatian suami. Terlalu meminta-minta untuk disayangi dan dicintai menyebabkan aku mula kecewa dan tunjuk perasaan apabila kehendak aku tidak dipenuhi. Aku kini fokus kepada Self Love dan menyayangi diri aku sebaik mungkin. Memandangkan aku sekarang sudah single jadi lebih mudah untuk aku urus diriku sendiri.
Aku sentiasa amalkan terapi syukur dan terapi maaf bagi memdidik diri dan hatiku untuk mensyukuri kurniaan Allah walau sekecik-kecil perkara. Aku juga belajar memaafkan diriku, Fuad dan sesiapa sahaja yang menyakitiku selama ini. Proses yang berterusan ini akhirnya benar-benar mengubah diri aku menjadi insan yang lebih baik. Aku berjaya memperoleh ketenangan semula selepas segala cabaran yang aku lalui. Hidup aku berubah positif dan jauh lebih baik dari sebelumnya.
Hubungan aku dengan Fuad semakin baik walaupun hanya sekadar kawan. Ketika ini Orked telahpun aku serahkan dibawah jagaan Fuad di Singapura manakala Affan tinggal bersamaku di Kuala Lumpur. Kami sering berhubung untuk berkongsi perkembangan anak-anak kami. Kadangkala selepas aku menghantar mesej berkaitan Affan Fuad rajin untuk video call dan bersembang bersama kami.
Perubahan Fuad ini amat bermakna buat aku, kerana sebelum ini apa sahaja yang aku kongsikan akan dia abaikan sahaja atau dibalas dengan acuh tidak acuh. Kini Fuad jadi lebih bertanggungjawab dan aku perhatikan dia tidak lagi begitu melekat dengan orang ketiga seperti dahulu. Aku gembira dengan perubahan ini dan matlamat aku dahulu ingin mencari ilmu dan berubah demi memenangi semula cintanya tidak lagi jadi keutamaan aku.
Selepas aku menemui cinta sejati dalam diriku aku tidak lagi mengharapkan Fuad atau sesiapa sahaja untuk memenuhi rasa cinta dan kasih sayang dalam diriku.Kesyukuran berganda pada Allah apabila anakku Affan yang berusia 4 tahun kini menjadi anak yang sangat baik dan manis.
Meskipun dahulu sewaktu aku bersedih dan kecewa aku sedikit mengabaikannya apatah lagi dengan wajah Affan yang mirip ayahnya membuatkan aku kadangkala mengelak dari mendekatinya kerana mengingatkan aku kepada Fuad.Namun anakku ini seakan memahami segalanya. Dia jadi lebih matang dari usianya dan menyayangi aku sepenuh hati. Ada waktu aku menangis ketika selesai solat Affan pasti datang menciumku dan mengesat air mataku.
Dia juga menepuk-nepuk belakangku memujuk aku berhenti menangis. Affan memang anak yang baik walau masih sangat kecik dia rajin membantu aku membuang sampah dan mengemas katil. Syukur Ya Allah atas kasih sayang anak kecil ini, terlalu indah untuk aku gambarkan.
Selepas mengamalkan Self Love hubungan aku dengan mak juga semakin baik. Dahulu aku sering berkecil, hati dengannya apabila aku ingin bercerita atau TTT dengannya ada sahaja alasan dia untuk mengelak. Selepas aku belajar Self Love aku create boundries dengan mak dan aku fokus kepada diriku semula sehingga akhirnya mak aku juga sudah banyak berubah.
Sekarang mak aku sudah boleh diajak berbual dan dia sudah mula menjadi pendengar yang baik dan paling penting tidak judgemental lagi.Aku gembira dengan perubahan ini ,apabila mak sudi mendengar cerita aku, aku benar-benar rasa disayangi. Isu antara aku dengan mak ini juga sebenarnya memberikan sedikit sebanyak jawapan kepada konflik kehidupan yang aku lalui selama ini.
Dengan ilmu Ehati aku fahami sebenarnya konflik yang berlaku juga berpunca dari trauma aku sendiri yang telah terjadi sejak aku kecik lagi akibat penolakkan-penolakan dan rasa diabaikan oleh mak. Tapi tak mengapa aku maafkan mak kerana aku pasti dia tidak pernah berniat untuk menyakitiku , dia juga tidak tahu kerana tiada ilmu untuk memahami segala yang terjadi. Aku sayang mak dan ingin membahagiakan mak selagi termampu kerana mak adalah syurgaku dunia akhirat.
Sebelum ini aku biasa mendengar testimony-testimoni Ehati berkenaan dengan the power of self love. Siapa sangka berkat usaha aku yang berterusan dengan ikhlas untuk mengubah diri dan hidup jadi lebih baik mengizinkan aku merasai kemanisan Self Love itu sendiri. Ok belum habis lagi cerita aku. Ingat tak bos yang aku cakap selalu cari pasal dengan aku di pejabat tu. Selepas perubahan major yang aku buat ni bos tu pun dah jadi kemain rapat dengan aku sekarang.
Aku dah jadi macam assistant tetap dia pula yang sering diajak menemani ke mesyuarat dan sebagainya. Paling aku tak sangka bos aku bagi kenaikkan gaji yang agak besar pada aku tahun lepas, satu pemberian yang amat besar bagi aku. Al maklumlah selepas bercerai keadaan ekonomi aku juga jadi tidak begitu stabil. Kenaikkan gaji itu amat membantu aku untuk menaikkan semula taraf hidup aku.
Dan ada lagi satu kejutan, baru sahaja bulan lepas aku dinaikkan pangkat daripada seorang eksekutif biasa kepada Pengurus Cawangan di syarikat aku bekerja. Perubahan dan kebaikkan demi kebaikan yang berlaku dalam hidup aku ini amat aku syukuri dan semuanya bermula dengan aku menyayangi diri aku sendiri. Carilah ilmu untuk kita ubah diri jadi lebih baik kerana pelbagai rahmat dan kebaikan akan datang bersamanya insyaallah.
Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved