Kehambaran hubungan intim merupakan antara masalah rumahtangga yang sering kedengaran dari pasangan suami isteri yg mahu mengecapi bahagia. Saat rumah tangga diuji dengan tiadanya lagi spark untuk bersama, suami mahu pun isteri, kedua-duanya pasti akan merasa kerenggangan akibat tiadanya lagi keghairahan yg diidamkan saat bersama itu. Ada kalanya, walau tubuh menyatu, realitinya hati mereka masih kosong, minda mereka masih bercelaru dan akhirnya hanya penat sahaja yang hadir, bukan kepuasan.
Tidak dinafikan, kadar perceraian di Malaysia, terutama sekali di Selangor, menunjukkan trend peningkatan pada setiap tahun, berbanding negeri lain. Apabila diselidiki dan dikaji, antara punca utama berlakunya peningkatan kes perceraian selain daripada pengabaian tanggungjawab ialah masalah tiadanya lagi keghairahan seksual yg dirasai ketika bersama.
Ketahui cara untuk kenalpasti punca hilangnya spark itu.
Dalam tak sedar, terdapat beberapa perkara yang sebenarnya telah menyumbang kepada berlakunya kehilangan ‘spark’ ketika bersama dengan pasangan. Dalam keadaan yang begini, pasangan yang mengalami situasi ini boleh mengenalpasti terlebih dahulu beberapa perkara ini terlebih dahulu.
Tanya pada diri dan pasangan, apakah yang masih ada dalam hati? Adakah masih berbaki rasa sayang atau cinta? Adakah rasa sayang dan cinta itu masih mekar berbunga seperti waktu dahulu ataupun sudah layu, bagaikan sedang menunggu masa untuk gugur?
Seterusnya, sekiranya ada rasa kehilangan, cari semula apa yang telah hilang itu. Boleh jadi, rasa ghairah yang selama ini dianggap telah hilang sebenarnya masih ada. Cuma tidak dibelai dengan cara yang betul untuk ditimbulkan rasa itu semula.
Antara cara lain yang boleh dipraktikkan ialah, bertanya pada diri dan juga pasangan, apakah kekecewaan yang dirasai saat tidak mencapai kepuasan dalam hubungan intim yang hambar. Kekecewaan yang semestinya membawa kepada rasa yang tidak senang, hati yang kosong dan ada kalanya rasa marah yang tidak tahu dari mana datangnya.
Pertanyaan demi pertanyaan seperti ini sebenarnya dapat membantu pasangan suami isteri untuk lebih mengenali dan juga memahami apa yang mereka mahukan dari pasangan masing-masing. Mereka akan mula mencari semula apa yang dianggap telah lama hilang dan pastinya akan timbul kesedaran dalam diri masing-masing terhadap kekurangan yang dirasai.
Melalui cara ini, secara tak langsung, setiap pasangan yang merasai kehambaran ketika bersama akan menyedari bahawa sebenarnya mereka juga ada kekurangan dan kelebihan.
Setelah ketahui cara yang betul untuk mengenalpasti punca hilangnya spark itu, dah tiba masanya untuk setiap pasangan suami isteri ambil tahu tentang punca-punca yang menyebabkan hilangnya ghairah ketika bersama. Teruskan bacaan anda untuk ketahui apakah antara punca utama hilangnya spark dan keghairahan ketika bersama.
1.Ketenangan hati yang kian hilang
Soal hati memang sukar untuk dibicarakan. Semuanya tersimpan rapi diruang sudut yang sangat sukar untuk difahami. Untuk mencapai ketenangan hati yang abadi, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira terlebih dahulu. Setiap pasangan harus memastikan bahawa, saat ketika ingin mendekati pasangan mereka itu, hati perlulah berada dalam keadaan yang tenang dan damai, tiada sengketa atau perasaan yang mampu membuatkan hati rasa terganggu.
Ramai wanita diluar sana, berhadapan dengan masalah hati yang bukan sahaja tidak tenang malah terluka. Terluka kerana masa silam yang masih menghantui setiap sudut dalam hati tersebut. Luka yang masih terkesan dihati, membuat hati masih merasakan trauma yang sukar untuk dilupakan, apatah lagi dibuang jauh. Sakitnya hati yang tidak mampu bertenang ni bukan sahaja boleh membuatkan hubungan intim tidak seindah dulu, malah juga akan membuatkan pasangan menjauh hati. Jaga-jaga !
Untuk mencapai rasa hati yang tenang, memang tidak semudah yang diungkapkan. Ada yang makan masa bertahun, ada juga yang membawa kesakitan ini sehingga ke hujung nyawa kerana hati masih sukar nak melepaskan segala kesakitan tersebut. Namun, semuanya tidak mustahil untuk dilakukan kerana hati mana yang tak rindukan ketenangan.
2.Ketidaksediaan tubuh yang inginkan sentuhan
Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pastinya mahu merasakan sentuhan mesra, belaian manja dari pasangan yang dicintai. Namun, tak semua tahu bahawa setiap sentuhan itu ada maknanya yang tersendiri. Setiap sudut tubuh pasangan itu tersendiri, ada keunikan yang tersendiri yang membawa kepada rasa ghairah yang teramat indah dan juga mengkhayalkan.
Apabila tubuh tidak bersedia untuk menerima sentuhan, sebenarnya itulah yang menyebabkan rasa ghairah itu makin lama makin hilang. Apabila tersentuhnya tempat yang boleh buat pasangan rasa ‘turn-off”, keghairahan yang pada awalnya dah mula mendekat, kian menjauh kerana tiada ransangan yang dirasai saat disentuh.
Perlu diingat bahawa, lelaki dan perempuan mempunyai perbezaan yang sangat ketara dari segi anatomi tubuh itu tersendiri.Tidak semua bahagian tubuh wanita akan menerima rangsangan seperti mana dibahagian tubuh lelaki. Ada wanita yang suka disentuh dibahagian tertentu sahaja untuk rasa ghairah itu dibangkitkan. Ada pula bahagian yang perlu dielakkan dari disentuh agar rasa ghairah kekal sehingga ke penghujungnya. Begitu juga lelaki, ada bahagian yang sekiranya disentuh tanpa sengaja boleh membuatkan keghairahan yang dirasa boleh hilang dan pastinya kepuasan untuk bersama juga akan sukar dicapai. Namun, semua ini berbeza untuk setiap individu.
Pemikiran yang hanya tertumpu pada satu perkara sahaja mampu membuatkan rasa fokus itu hadir. Pasangan yang ingin menjalinkan hubungan intim bukannya harus bersedia dari segi tubuh dan emosi sahaja. Malah fikiran yang fokus juga sangat penting untuk memastikan hubungan intim yang ingin dilakukan tidak berakhir dengan kekecewaan, sebaliknya dengan kebahagiaan dan kepuasan.
Ada pasangan yang gemar melakukan hubungan intim tanpa menghiraukan keadaan pasangan masing-masing. Ada pasangan yang berada dalam keadaan terlalu tertekan akibat bebanan kerja melakukan hubungan intim secara terpaksa semata-mata ingin memenuhi kehendak pasangannya. Sebenarnya situasi ini boleh digelarkan sebagai hubungan intim yang tidak sihat, kerana ia dilakukan dalam keadaan terpaksa dan juga segera. Akhirnya, pasangan yang dipaksa itu bukan sahaja tidak fokus malah besar kemungkinan mengalami “fake orgasm” yang tidak sihat untuk tubuh badan mereka.
Jadi bagaimana caranya untuk mengelak dari ini daripada berlaku? Setiap pasangan yang ingin bersama, haruslah ada sifat memahami antara satu sama lain. Ambil tahu bila dan apa yang membuatkan pasangan stress untuk elakkan daripada berlaku hilangnya fokus dari fikiran ketika menjalinkan hubungan intim tu nanti.
Ambil tahu impak dan signifikasi kehambaran hubungan intim
Kehambaran dalam hubungan intim pastinya akan menimbulkan beberapa kesan terhadap pasangan suami isteri. Dari segi emosi, pasangan yang tidak merasai nikmat ketika bersama akan mengalami gangguan emosi kerana merasakan diri mereka tidak cukup bagus dan tidak sempurna buat pasangan mereka. Emosi mereka akan terganggu kerana mereka tahu pasangan mereka sebenarnya tidak mencapai kenikmatan yang maksima ketika bersama.
Selain emosi, prestasi dan kualiti kehidupan juga pastinya akan terjejas. Ini kerana, apabila emosi sudah terganggu, hormon endorfin tidak dapat dirembeskan secara semulajadi, dan menyebabkan semakin banyak tekanan yang akan dirasakan. Hormon endorfin merupakan hormon yang dikeluarkan oleh tubuh manusia yang bertujuan untuk menghilangkan stress dan juga merasa bahagia. Sekiranya hormon ini tidak dapat dilepaskan dengan sempurna, sudah pastinya pasangan tersebut akan merasa tidak gembira dan bahagia, yang akhirnya menyebabkan kualiti kehidupan mereka terjejas, begitu jugak kesihatan mereka.
Disinilah yang dimaksudkan dgn hilangnya ‘spark’ bersama. Apabila tiadanya lagi ‘spark’ dalam sentuhan mesra dan belaian manja daripada pasangan, bukan sahaja tubuh yang menjauh malahan, hati juga akan menjauh. Di saat inilah akan adanya ruang dan juga peluang untuk
orang ketiga yang tidak diundang untuk hadir dalam kehidupan pasangan, sekaligus mencuba untuk mengisi ruang dan menggunakan ini sebagai peluang untuk masuk menjadi watak sampingan. Kehadiran orang ketiga ini semestinya antara perkara yang mahu dielakkan oleh setiap pasangan suami isteri daripada berlaku.
Kelas Kembali Bahagia menjadi solusi dan mekanisme terbaik
Hadirkan semula ‘spark’ ketika bersama itu dengan mencari solusi yang sesuai dan juga mekanisme yang terampuh demi mengecapi kebahagiaan yang nyata. Jangan biarkan keghairahan bersama yang diingini bersama pasangan itu terus menjadi angan-angan dan fantasi sahaja. Sebaliknya, realisasikan mimpi dan fantasi itu menjadi realiti kerana setiap manusia berhak untuk merasakan kenikmatan hubungan intim.
Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved