Masalah sebenar yang ramai tak perasan adalah bila anda tak boleh menerima kenyataan yang hal tersebut telah terjadi. Anda tak boleh terima yang pasangan berubah hati, pasangan curang, pasangan terlanjur, pasangan poligami. Bila anda indenial, itu yang menyebabkan anda merasa teraniaya, tersakiti dan terseksa.
Tapi kenapa manusia tak boleh menerima? Apa yang menyebabkan seseorang tu boleh menjadi positif atau negatif saat diuji?
Pengakhiran sesebuah hubungan memang tidak mudah malah akan menjadi lebih sukar lagi jika masih ada cinta yang tersisa atau ada yang masih berpegang kuat dan berharap untuk tidak berakhir.
Ada yang menganggap sakit patah hatini seperti dunia dah berakhir, masa depan gelap dan kehilangan sesuatu. Namun ramai tidak sedar yang rasa sakit ni tidak akan kekal selamanya sama juga seperti hilangnya hujan sebab Allah nak hadiahkan kita pelangi. Kerana terlalu mencintai manusia hingga Allah cemburu lalu memberikan hambanya luka.
Kerana sakitnya patah hati telah membuatkan ramai yang membuat keputusan untuk lebih berhati-hati dalam memilih atau tidak jatuh cinta lagi. Sedangkan cinta itu sendiri sebenarnya indah jika kita memilih pasangan yang betul.
Patah hati adalah proses yang menyakitkan dan menyedihkan dan sama sekali berbeza bagi setiap orang. Oleh sebab cinta adalah emosi yang sukar digambarkan dan setiap hubungan itu dilengkapi dengan kenangan dan perasaannya yang tersendiri maka bila berakhirnya sesuatu hubungan tu wajarlah ianya akan menjadi pengalaman yang unik dan indah.
Baik lelaki mahupun perempuan akan mengalami patah hati yang dahsyat bila orang yang dicintai dan di kasihi memilih untuk curang atau berubah hati. Kita selalu dengar yang lelaki lebih cepat untuk move on berbanding wanita. Tetapi sebenarnya lelaki adalah lebih lambat move on berbanding wanita terutama jika wanita tersebut adalah cinta pertamanya.
Hebatnya kaum adam ni mereka boleh berselindung disebalik kesedihan yang dialami dengan melakukan hal-hal yang boleh membuatkan mereka tak teringat langsung pada kesakitan tu. Tapi sampai bila mereka boleh terus lari dan mengelak dari perasaan yang menyakitkan ni..
Berbanding wanita pula yang lebih cenderung untuk membadani perasaan sakit akibat hubungan yang terputus dan mencuba sehabis baik untuk merawat hati yang terluka sebelum benar-benar pulih. Saat wanita dah mampu bangkit dan tersenyum, saat itu mereka dah tak lagi melihat belakang dan menangisi hubungan yang terkandas tu.
Setiap orang mempunyai masa dan cara tersendiri untuk move on dan memulakan hidup baru. Sama ada lambat atau cepat bergantung pada individu itu sendiri dan sejauh mana cinta yang pernah mereka perjuangkan. Namun jangan pernah jadikan patah hati atau kesakitan yang dialami sebagai alasan untuk anda tak buka hati untuk orang lain.
Persoalannya sekarang.
Apa nak buat jika diuji dengan masalah hubungan?
Mana-mana hubungan pun jika diuji pasti akan melatah tak kira lah yang dah halal mahupun yang belum halal. Cuma kesakitan dan impak untuk hubungan suami isteri lebih dalam kerana bukan hanya membabitkan pasangan suami isteri itu sendiri tapi juga anak-anak dan keluarga dari kedua belah pihak.
Sebenarnya anda boleh berdamai dengan perasaan sakit dan menyeksakan tu tapi dengan cara yang betul. Bila anda berada dalam keadaan yang tenang dan positif saat diuji sebenarnya itu adalah magnet yang sangat powerful untuk pasangan masih setia memilih anda. Tapi jika anda hadapi ujian dalam keadaan yang emosi, marah dan kalut anda sebenarnya sedang mencipta ruang untuk orang ketiga masuk dan lebih parah lagi mendorong pasangan untuk lebih menjauhkan diri dari anda.
Yang membuatkan seseorang tu susah, struggle dan buntu nak handle masalah adalah sebab tak ada ilmu. Bila tak ada ilmu anda cenderung untuk melihat masalah sebagai masalah. Anda tak lihat masalah sebagai peluang. Terima hal yang berlaku bukan sebagai musibah.
Bila wanita gagal mengawal emosi ianya akan membuatkan keadaan menjadi semakin buruk. Bila anda gagal mengurus energi dan emosi, menyebabkan energi anda tu menolak suami lebih jauh dari anda.
Persoalannya sekarang,
Kenapa anda susah nak move on? Dan apa nak buat supaya anda boleh kembali bahagia semula?
Masalah sebenar yang ramai tak perasan adalah bila anda tak boleh menerima kenyataan yang hal tersebut telah terjadi. Anda tak boleh terima yang pasangan berubah hati, pasangan curang, pasangan terlanjur, pasangan poligami. Bila anda indenial, itu yang menyebabkan anda merasa teraniaya, tersakiti dan terseksa.
Tapi kenapa manusia tak boleh menerima? Apa yang menyebabkan seseorang tu boleh menjadi positif atau negatif saat diuji?
Bila anda berada dalam energi negatif yang terlalu lama seperti anda membadani perasaan sedih, kecewa dan sakit tu ia akan menjadi energi sihir. Tapi bila anda berada dalam energi positif iaitu emosi positif yang tinggi dan sangat lama secara automatik boleh menyembuhkan bukan hanya kelukaan anda tetapi energi negatif orang sekeliling anda.
Tapi masalah ramai orang adalah macam mana untuk menerima hakikat tu?
Ramai tak boleh menerima sebab dalam diri ada persoalan yang belum terjawab. Persoalan yang sentiasa bermain di fikiran Why me? Apa salah aku? Apa silap aku?. Tak dinafikan kita semua tak terlepas dari mempersoal kan takdir terutama bila dihimpit cabaran hidup yang berat.
Manusia mempunyai kekuatan tanpa batas. Bila anda tahu makna di sebalik ujian yang hadir anda sendiri ada kuasa untuk menukar keadaan atau takdir anda tu. Tapi semua tu bergantung pada soalan yang anda tanya pada diri anda.
Mungkin sebelum ni anda selalu persoalkan kenapa anda? Sebab tu anda hanya menyalurkan energi dan emosi negatif dalam diri tapi cuba anda tukar kan soalan dari kenapa anda? kepada kenapa bukan anda?
Bila anda dah tukar soalan percayalah anda akan mula nampak kenapa Allah pilih anda untuk diuji. Sebenarnya anda sedang dipilih dan cinta anda sedang diuji. Sesungguhnya Allah tahu kekuatan anda dan besarnya cinta anda. Betapa besarnya kehormatan cinta, kesabaran dan sifat pemaaf anda.
Allah pilih anda untuk melalui proses ini. Melalui proses untuk transform diri anda jadi yang lebih baik yang lebih hebat. Jadi berhenti sabotaj diri dari terus berada dalam energi negatif sebab rasa cinta anda sebenarnya lebih besar dari penderitaan dan segala-galanya.
Sebab tu kalau nak bahagia anda kena menjadi pencipta dan bukan mangsa. Anda bukan mangsa tapi anda pencipta, Allah sedang memberi peluang kepada anda untuk menjadi pencipta untuk cinta anda. Allah sedang beri peluang untuk anda sedar betapa hebatnya diri anda. Betapa dalamnya kasih sayang anda. Betapa kuatnya anda bertahan.
Kalau anda NAK DIBANTU..
Izinkan kami bantu anda secara PERCUMA sahaja melalui kelas online.
Klik link di bawah kalau nak tahu next step apa patut anda buat
Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved