INDAHNYA SINAR PELANGI SELEPAS TAUFAN

Kehidupan ini penuh dengan pelbagai cabaran kan. Ada kalanya kita bernasib baik dan berada di atas namun adakalanya kita berada di bawah. Semuanya sudah ditentukan Allah. Kehidupan aku juga begitu. Enam tahun aku memilih untuk hidup sebagai ibu tunggal dan enggan berkahwin lagi. Ketakutan dan trauma akibat perkahwinan pertamaku memberi kesan yang amat mendalam.

Sebelum aku teruskan aku ceritakan dahulu serba sedikit kisah suka duka aku sebagai isteri kepada Amri (bukan nama sebenar). Aku berkahwin dengan Amri atas dasar suka sama suka dan memang kami berjanji untuk setia bersama hingga akhir hayat. Namun semua janji itu tinggal janji semata-mata kerana sejak awal perkahwinan Amri memang tidak setia.

Setiap waktu ada sahaja wanita berbeza bertukar ganti. Lima tahun usia perkahwinan kami, aku lalui dengan penuh kedukaan dan air mata. Tetapi aku bukanlah jenis wanita yang pandai mengekspresikan perasaan aku, walau marah atau terlalu sedih aku tetap pendamkan perasaan sendiri. Memang niat dihatiku ini ingin berusaha berubah dan memperjuangkan rumahtangga kami. Aku tidak mahu mengalah begitu sahaja dan membiarkan  suami yang aku cintai dikebas wanita lain.

 

 

Tapi apalah yang mampu aku lakukan, ketika itu aku hanya terfikir untuk mengubah penampilan diriku kerana tubuhku sedikit berisi dan kurang menarik. Aku jadi rendah diri tambahan pula suamiku yang berasal dari Sabah sering menjalinkan hubungan dengan teman wanita daripada Sabah. Sudahlah mereka semua cantik-cantik berkulit putih cerah berbanding aku. Lagi lah aku rasa diri tak berguna dan tak disayangi sama sekali. Selepas lima tahun akhirnya aku redha untuk melepaskan dan kami bercerai talak satu.

 

Selepas bercerai dengan Amri aku membuat keputusan untuk hidup sendiri bersama satu-satunya permata hati kami yang ketika itu baru berusia tiga tahun. Aku membesarkan anakku seorang diri dengan gaji aku bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat membuat perabot. Aku bina semula kehidupanku secara perlahan-lahan dan aku hanya inginkan ketenangan dan rasa bahagia sahaja. Soal mencari pengganti baru memang langsung tidak aku fikirkan. 

Sejujurnya aku berasa takut untuk melalui semua kesakitan akibat kecurangan itu sekali lagi. Biar aku sendiri bersama anakku dan kami bahagia dengan kehidupan yang serba sederhana ini. Namun siapalah kita hendak menidakkan jodoh dan takdir Allah. Aku berkenalan dengan Radzi ( bukan nama sebenar) seorang pegawai eksekutif di sebuah syarikat swasta. Radzi begitu baik denganku sering membantu aku apabila diperlukan dan sentiasa mengambil berat. 

 

 

Hatiku tersentuh dengan keikhlasannya. Selepas berkenalan dan berkawan kira-kira dua tahun Radzi menyatakan hasratnya untuk memperistrikan aku. Hasratnya itu aku hargai namun aku minta sedikit masa untuk berfikir memandangkan trauma aku dalam perkahwinan lalu masih belum sembuh. Kegusaran hati aku ini aku kongsikan dengan sahabat baikku Amalina (bukan nama sebenar). Amalina juga seorang ibu tunggal seperti aku.

Dia menyarankan aku untuk menyertai kelas anjuran Ehati International Sdn Bhd. Katanya banyak ilmu yang boleh diperlajari dan insyaallah hubungan selepas ini akan kekal hingga akhir hayat.Berbekalkan nasihat yang diberikan Amlina aku mencari maklumat berkaitan Ehati di laman facebook. Aku sertai Group kembali bahagia dan aku tonton video-video pendek perkongsian dari Puan Diyana Tahir, Pakar Perhubungan dan Keintiman yang juga pengasas Ehati. 

Perkongsian yang amat bermanfaat itu membuatkan aku sedikit yakin untuk menikmati bahagia kembali. Akhirnya aku terima lamaran Radzi untuk menjadi isteri keduanya. Perkahwinan kami dijalankan secara sederhana dan lancar. Syukur Alhamdulillah atas rahmat rumahtangga kali kedua ini. Aku sendiri tidak sangka aku akan bertemu jodoh sekali lagi. Kehidupan berumahtangga aku dan Radzi berjalan baik cuma masalahnya adalah diri aku yang sering bersangka-sangka dan overthink terhadap Radzi.

 

 

Sebagai seorang pegawai eksekutif Radzi sering sibuk dengan urusan kerjanya, walau di rumah masih banyak panggilan dan mesej diterima. Inilah perkara yang paling  trigger trauma lalu aku. Aku jadi tertanya-tanya siapa yang menghubungi Radzi, adakah panggilan berkaitan urusan kerja, atau sebenarnya Radzi juga punya kekasih gelap dibelakangku. Subhanallah rasa ini sungguh menyiksa jiwa. Pernah juga terdetik di hatiku untuk curi-curi cek handphone Radzi, tapi aku hentikan kerana tak sanggup terluka sendiri kalau apa yang aku temui nanti tidak seperti diharapkan.

Rasa curiga yang membuak-buak ini membuatkan aku takut dengan bayang-bayang sendiri. Sehinggalah akhirnya aku membuat keputusan mendaftar ke Kelas Kembali Bahagia.Sewaktu pendaftaran aku lihat serba sedikit penjelasan berkaitan kelas Kembali Bahagia. Aku lihat kelas ini sesuai untuk wanita yang stuck dalam masalah, sentiasa resah dan ingin mengembalikan bahagia yang telah lama hilang.

Aku rasa keadaan aku amat bersesuaian dengan kelas ini, kerana aku ingin bahagia semula tidak mahu lagi berterusan hidup dalam kecurigaan dan ketakutan selamanya. Memandangkan penderitaan dan trauma aku yang dahulu menyebabkan aku terlalu takut untuk gagal sekali lagi. Syukur Alhamdulillah kelas kembali bahagia ini benar-benar membantu aku. 

 

 

Langkah pertama yang aku ambil adalah untuk memberi ketenangan kepada diri aku dahulu. Aku sedari bahawa kekecewaan dan ketakutan yang selama ini bersarang di hati aku adalah kerana aku tidak pernah fokus untuk membahagiakan diriku sebaliknya aku sentiasa fokus untuk membahagiakan orang lain. Selepas kelas, aku tak ambil masa lama untuk bertindak. Aku lakukan perubahan segera supaya hasilnya juga aku peroleh dengan pantas.

Kebetulan esok adalah hari cuti, jadi aku terus bagi tahu Radzi aku ingin ke spa. Radzi sedikit terkejut pada awalnya , “biasa ke pergi spa? “ soalnya. Aku jawab mudah “tak biasa tetapi terasa nak pergi”. Tanpa banyak soal Radzi berikan  aku duit untuk ke spa. Apabila tiba di spa esoknya aku  manjakan diriku dengan rawatan facial wajah, rawatan medicure dan pedicure juga. Wah tak sangka lepas ke spa aku rasa seperti orang baru!. 

Iqa yang dahulu bukan yang sekarang ya. Rasa cantik dan segar ini membuatkan emosi rasa begitu positif dan bersemangat. Puan Diyana sentiasa pesan aura yang positif akan menarik perkara-perkara positif yang lain. Sampai di rumah aku senyum meleret dengan mood yang ceria membuatkan Radzi juga kelihatan ceria melihatku. Dia bertanyaku “ ok ke spa?” Aku kata “ok je” dia terus mengajak aku minum petang dan meluangkan masa bersembang bersamanya, wah bahagianya aku rasa.

 

Suami aku ni baik tetapi dia bukanlah seorang yang romantik dan pandai menzahirkan perasaannya. Tetapi aku tahu dan faham dia lakukan yang terbaik untuk membahagiakan aku. Memandangkan aku dah belajar dalam kelas Kembali Bahagia, aku praktikkan ilmu yang aku pelajari supaya kami lebih memahami antara satu sama lain.

Aku gunakan kaedah Telling The Truth – TTT untuk memahami bahasa cinta suamiku agar aku dapat melayaninya dan membahagiakan dia mengikut cara yang dia mahukan. Rupanya suami aku ni bahasa cinta dia adalah kata-kata. Aku pun apa lagi jampilah dia sentiasa bagi hati dia kembang setaman. Dia memang suka kalau aku kata “abang nampak handsomelah hari ni” amboi senyum sampi ke telinga lah dia.

Aku pun sentiasa ringankan mulut untuk sentiasa ucap terima kasih dan minta maaf kalau aku ada silap. Mudah rupanya bercinta dengan ilmu ni, ruginya selama ini aku tak pernah tahu sehingga terpaksa menderita menjalani perkahwinan tanpa ilmu. Apabila bahasa cinta Radzi dipenuhi dan hatinya sentiasa dijampi-jampi mood Radzi juga sentiasa ceria. 



Paling best apabila sekarang Radzi memang dah tak macam dulu. Dahulu kerjanya dibawa ke rumah dan seperti takkan habis. Sentiasa menghadap handphone dan laptop. Kini Radzi akan pastikan ada waktu terluang untuk kami santai bersama. Bukan itu sahaja kalau aku memasak di dapur dia dah siap tolong aku kemas rumah, buang sampah dan masukkan pakaian kotor ke dalam mesin basuh. Bahagianya aku rasa macam melayang-layang.

Ok paling penting ni teknik killer yang paling aku suka. Aku amalkan Diet Sentuhan Cinta-DSC nak tahu apa diet sentuhan cinta tu kena masuk kelas lah, bukan apa takut aku explain nanti lain pula mazhab ilmunya. Paling menakjubkan DSC ini adalah kebahagiaan hidup dan kenikmatan hubungan suami isteri akan berada pada tahap yang menakjubkan. Kita perlu faham hubungan intim suami isteri ini adalah amat penting namun sering diambil mudah oleh kebanyakkan orang. 

Ada segelintir yang beranggapan hubungan intim suami isteri sekadar tanggungjawab semata-mata. Inilah yang menjadi antara faktor kegagalan rumahtangga tanpa kita ketahui. Mula-mula suami aku pun tak yakin nak amalkan DSC ni tetapi aku pujuk dia untuk cuba. Hasilnya memang terbaik. Kalau bagi aku sendiri amalan DSC ni buat aku rasa muda dan bertenaga sentiasa dalam mood yang gembira.



Suami pula jangan tanya lah dia siap cakap “wow amazing” lagi hahaha. Tolong jangan percaya ya buat sahaja dahulu nescaya anda akan terpaksa bahagia nanti. Dulu suami kalau dah lewat nak balik rumah aku dia akan balik keesokan harinya sahaja. Sekarang ni jangan risau lewat macam mana pun tengah malam tetap sampai. Kami selalu juga PJJ memandangkan suami sentiasa outstation. Waktu berjauhan tu membuatkan hati rasa membuak-buak rindu dan sayangnya, terasa begitu indah perkahwinan ini.

Aku kongsikan pengalaman aku ni bukan untuk menunjuk-nunjuk tau. Aku sekadar nak berkongsi supaya wanita-wanita diluar sana yang diuji dengan pelbagai cabaran perkahwinan agar jangan sekali-kali berputus asa untuk bahagia. Usaha untuk cari ilmu dan ubah diri untuk capai bahagia yang kita idamkan. Apabila rumahtangga kita bahagia pelbagai keberlimpahan rezeki juga akan hadir bersama. Hadiah paling besar aku berikan buat suami adalah baby DSC yang lahir pada bulan May 2020 lalu.

Radzi sangat gembira apatah lagi Radzi dan maduku belum lagi dikurniakan rezeki anak. Memang Radzi lebih banyak menghabiskan masa di rumah aku kerana ada baby. Tapi aku tak ambil kesempatan, aku akan ingatkan dia untuk pulang ke rumah maduku. Biarlah Radzi adil dan saksama semoga barakah rumahtangga kami.


 

Selepas lahirkan baby radzi hadiahkan aku sebuah handphone baru Samsung A3, sebelum ini kebiasaannya Radzi akan berikan aku handphone lama dia kalau dia beli handphone baru. Seronoknya aku rasa dapat handphone baru. Bukan tu sahaja dengan membahagiakan diri dan membahagiakan suami, Radzi hadiahkan aku sebuah kereta, jam, minyak wangi sempena valentine day dan macam-macam lagi.

 Sungguh aku tak sangka bahagia itu mudah rupanya dengan ilmu. Paling penting fokus dan upgrade diri sendiri dahulu insyaallah kebahagian lain akan menyusul kemudian. Sentiasa doa pada Allah pemilik hati kita dan hati pasangan kita supaya hati kita akan kekal mencintai sampai syurga. Cuba tau jangan buang masa menangis di bucu katil bertahun-tahun. Kalau boleh bahagia kenapa nak nangis kan.

Share on your social media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1