Ini sebab kenapa PASANGAN Tertutup Hati Dalam Hubungan!

“kenapa suami dah lain sekarang“

“suami ada orang lain ke”

“suami dah tak sayang ke”

Ramai pasangan bila diuji dengan masalah rumah tangga terus label suami tak bertanggungjawab, suami dah tak sayang, suami ada orang ketiga… tapi anda benar-benar yakin ke punca masalah adalah dari suami?

Anda benar-benar yakin ke yang anda dah jaga perkahwinan tu? Anda benar-benar bertanggungjawab ke dengan hubungan tu?

Ramai isteri tak sedar bila ada sesuatu masalah dalam hubungan sebenarnya bukan salah suami je tapi kedua-dua pihak yang sebenarnya takda ilmu. Anda dan suami tak sedar yang masing-masing ambil kesempatan sahaja atas apa yang berlaku.

Persoalannya sekarang,

Kenapa suami atau anda boleh tertutup hati dalam hubungan?

Baik suami atau isteri kedua-duanya cenderung untuk hilang rasa, tawar hati dan tertutup hati dalam hubungan. Tapi kenapa? padahal kalau pasangan tak sayang anda takkan dia kahwin dengan anda. Betul tak?

Suami mesti pernah menyayangi anda dan anda mesti juga pernah menyayangi suami. Tapi kenapa kasih sayang tu boleh sampai hilang? Kenapa hati tertutup? Kenapa hubungan rasa kosong? Kenapa kemesraan tu dah takda? Sebab apa..

Sebab bila anda atau suami asyik mencari kesalahan masing-masing. Ada je tak kena, ini salah itu salah. Serba salah dibuatnya. Manusia secara psikologinya nak rasa DITERIMA jadi secara logiknya takda seorang pun manusia yang nak buat salah.

Setiap orang berdasarkan kesedaran dan apa yang dia tahu, apa yang dia nampak dan apa yang dia faham semua orang nak buat baik. Tetapi kerana keterbatasan ilmu dan pengalaman menyebabkan seseorang terbuat salah atau dia tak tahu nak buat apa, seolah-lah dia tak boleh kawal situasi tu.

Semua orang ada salah, semua orang buat salah. Kita bukan maksum. Kita cuba lah elak macam mana pun kita tetap akan terbuat salah juga. Jadi baik anda atau suami memang takkan terlepas dari buat kesalahan tu. Mungkin dalam sedar atau tak sedar. Apa yang penting adalah mengakui kesalahan dan tak mengulanginya lagi.

Cuba anda bayangkan bila orang lain fokus pada kesalahan anda. Apa anda rasa? Mesti anda akan rasa sedih, down dan tak berguna. Sama juga bila anda asyik mencari kesalahan suami. Apa yang anda rasa tu sama jugalah seperti apa yang suami akan rasa. 

Bila anda tak beri peluang pada suami untuk berubah atau tebus kesalahan mereka, mereka akan rasa loser, down dan gagal. Tanpa sedar sebenarnya anda dah buatkan suami tertutup hati dengan anda dan hubungan tu. Sebab mereka merasa tak DITERIMA dan tak DIPERCAYAI. 

Kadang-kadang anda tengok suami diam dan anda ingat suami okay je tetapi suami sebenarnya menyimpan kesedihan dan kemarahan tu dalam diri dia. Sebab apa? Sebab ada isteri yang selalu mencari kesalahan mereka dan anda jangan ingat anda dah menang sebab lelaki ni ada limit dia. 

Bila anda bebel, marah-marah, mengungkit kesalahannya memang suami nampak diam membatu dari luaran tapi dalaman dia.. Hati dia? Entah-entah dah terbuka untuk wanita lain. Haa.. anda nak ke macam tu?

Masa tu anda nak menyesal pun dah terlambat sebab hati suami dah tertutup untuk anda tapi terbuka untuk orang ketiga. So kalau anda rasa anda macam tu masih belum terlambat lagi kalau anda nak ubah keadaan..

Kalau anda NAK DIBANTU..

Izinkan kami bantu anda melalui kelas online.

Share On Your Social Media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Related Post

Suami Curang, Kenapa Salahkan Isteri?

Jangan Serang Orang Ketiga Bila Suami Curang!

6 Perkara yang buat pasangan ‘KECIL HATI’

Kenapa Rumah Tangga Tak Bahagia?

Untukmu Yang Sedang Berusaha Mengikhlaskan Poligami”

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1