JOM JAMPI SUAMI DENGAN JAMPI PATUH SYARIAH !

Assalamualaikum dan salam kedamaian hati. Selamat berkenalan semua, boleh panggil saya kak Suria (bukan nama sebenar) saya kini Alhamdulillah dah berusia 60 tahun. Syukur atas rezeki dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik. Hati ini terpanggil untuk berkongsi sedikit kisah penghijrahan hati bersama wanita-wanita hebat di sini. Sudah jadi lumrah hidup berpasangan sudah pastilah punya impian untuk hidup bahagia hingga ke akhir hayat. Bagaimanapun, tiada siapa pernah menduga takdir Allah untuk kita. Segan juga kak Suria nak bercerita apabila pada usia ini terpaksa melalui dugaan orang ketiga. Saya pun tak sangka kami masing-masing dah berusia 60-an tetapi ada pula kisah kehadiran orang ketiga.Jujur saya katakan sewaktu saya mengetahui kecurangan suami saya memang sesak nafas juga rasanya. Memang tak pernah terfikir pada usia ini saya akan berdepan dengan kehadiran orang ketiga. Perasaan saya ketika itu jangan cakaplah, hancur sehancur hancurnya. Bayangkan kekecewaan yang saya rasakan selepas lebih 30 tahun kami bersama tergamak suami saya menduakan saya. Kekecewaan itu satu hal dan satu hal lagi pula pandangan saya terhadap suami saya sama sekali berubah, saya terus rasa hilang hormat. Bagi saya tindakan dia tu macam dia menjatuhkan maruah dia sendiri.

Share On Your Social Media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Related Post

Suami Curang, Kenapa Salahkan Isteri?

Jangan Serang Orang Ketiga Bila Suami Curang!

6 Perkara yang buat pasangan ‘KECIL HATI’

Kenapa Rumah Tangga Tak Bahagia?

Untukmu Yang Sedang Berusaha Mengikhlaskan Poligami”

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1