JOM JAMPI SUAMI DENGAN JAMPI PATUH SYARIAH !

Assalamualaikum dan salam kedamaian hati. Selamat berkenalan semua, boleh panggil saya kak Suria (bukan nama sebenar) saya kini Alhamdulillah dah berusia 60 tahun. Syukur atas rezeki dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik. Hati ini terpanggil untuk berkongsi sedikit kisah penghijrahan hati bersama wanita-wanita hebat di sini. Sudah jadi lumrah hidup berpasangan sudah pastilah punya impian untuk hidup bahagia hingga ke akhir hayat.

Bagaimanapun, tiada siapa pernah menduga takdir Allah untuk kita. Segan juga kak Suria nak bercerita apabila pada usia ini terpaksa melalui dugaan orang ketiga. Saya pun tak sangka kami masing-masing dah berusia 60-an tetapi ada pula kisah kehadiran orang ketiga.Jujur saya katakan sewaktu saya mengetahui kecurangan suami saya memang sesak nafas juga rasanya. Memang tak pernah terfikir pada usia ini saya akan berdepan dengan kehadiran orang ketiga.

Perasaan saya ketika itu jangan cakaplah, hancur sehancur hancurnya. Bayangkan kekecewaan yang saya rasakan selepas lebih 30 tahun kami bersama tergamak suami saya menduakan saya. Kekecewaan itu satu hal dan satu hal lagi pula pandangan saya terhadap suami saya sama sekali berubah, saya terus rasa hilang hormat. Bagi saya tindakan dia tu macam dia menjatuhkan maruah dia sendiri.

 

Fikiran saya waktu tu memang sangatlah serabut. Menangis dan memendam rasa sampai murung dah. Mula-mula saya tak sedar kecurangan suami cuma ada nampak sedikit perubahan pada dia. Entah macam mana satu hari tu saya terniat nak cek handphone suami. Waktu tu lah segalanya terbongkar. Meremang bulu roma baca mesej-mesej cinta mereka. Kesedihan saya tak dapat disembunyikan daripada anak-anak. 

Disebabkan simpati pada nasib umi mereka anak sulung saya Sabrina ( bukan nama sebenar) mencadangkan saya untuk follow page Diyana Tahir, Pakar Perhubungan dan keintiman di laman facebook. Melalui perkongsian Puan Diyana saya mula belajar bermacam-macam ilmu baru. Malah ada antaranya saya tidak pernah tahu sama sekali. Ketika itu barulah kesedaran itu hadir dalam diri, minda seolah-olah sudah tau membezakan mana yang benar dan mana yang tidak. 

Serius untuk berubah dan menjadi individu yang lebih baik aku mendaftar ke kelas Kembali Bahagia anjuran Ehati. Dengan harga Cuma RM30 kelas yang diadakan secara dalam talian selama tiga hari itu benar-benar memberikan anjakan paradigma kepada pemikiran dan tindakan saya. Siapa sangka pada usia emas ini Allah berikan rezeki untuk saya menimba ilmu yang memberikan ketenangan dan kebahagiaan kepada saya dengan asbab kehadiran orang ketiga.

 

Selepas kelas Kembali Bahagia saya fokus melakukan beberapa teknik yang diajar oleh puan Diyana. Teknik pertama yang amat berkesan adalah 13 Jampi. Sekali dengar memang macam risau kan, bomoh ke Puan Diyana ni sampai buat kelas menjampi pula. Tapi jangan risau macam yang puan Diyana jelaskan jampi ini adalah jampi yang patuh syariah. Sedikit pun tidak pernah menyalahi ajaran agama malah memberikan kesan yang amat baik jika diamalkan.

Menurut Puan Diyana terdapat perbezaan antara hati wanita dan hati lelaki. Jika wanita ingin selamat dan disayangi lelaki pula ingin dihormati dan berjaya. Berdasarkan fakta ini saya memang secara tidak sedar memang sama sekali telah mencalarkan ego suami saya. Selama ini saya tidak pernah tahu bahawa personaliti saya yang begitu dominan dan terlalu berdikari menyebabkan suami saya rasa dirinya tidak dihormati. 

Karaktor saya jadi begitu kerana saya ,merupakan anak sulung dalam keluarga, ditambah pula hidup kami agak sukar apabila ibu saya meninggal dunia ketika kami adik-beradik masih kecil. Hidup yang sukar dan penuh pancaroba menyebabkan saya terbiasa menjadi kuat dan berdikari. Tanpa saya sedari ia juga menjadi punca keretakan rumahtangga saya saat ini.Bagaimanapun Puan Diyana berkata “ kekurangan atau kesilapan yang dilakukan bukan salah sesiapa, sebaliknya ia berlaku disebabkan kita semua tiada ilmu perhubungan yang betul”.Kesedaran ini amat berharga dan menjadi titik tolak kepada perubahan diri saya. 

 

Menurut Puan Diyana perkara ini bukanlah bertujuan mencari silap sesiapa pun, tetapi hanyalah perjalanan untuk sama-sama menjadi lebih baik.Selepas belajar 13 jampi, saya rendahkan diri saya dan saya pastikan saya berlembut dengan diri saya dan orang-orang di sekeliling saya. Saya terima dahulu kekurangan saya sebelum ini dengan hati terbuka dan kemudiannya saya transformasikan energy itu kepada suatu energy yang positif.

Saya akui kehebatan dan kelelakian suami saya, saya katakana padanya “ terima kasih selama ini abang banyak bersabar dengan saya, sentiasa menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa dengan sempurna.” Jampi seterusnya adalah saya akan pastikan saya sentiasa mengucapkan maaf dan juga terima kasih kepadanya. Meskipun perkara yang dilakukan cuma perkara yang kecil namun saya pilih untuk highlights dan menghargai setiap tindakannya.

Contohnya “terima kasih abang makan sama dengan Sue hari ni, berselera Sue rasa makan dengan abang”. Lebih penting adalah permohonan maaf. Sebelum ini saya tak sedar saya sering membangkang kata-kata dia, bagi saya waktu itu adalah penting untuk dia sedar baik buruk sesuatu perkara. Bagaimanapun cara yang saya gunakan itu salah menyebabkan dirinya rasa tercabar dan tidak dihormati oleh saya sebagai isterinya.Jadi setiap hari sebelum tidur saya akan memohon maaf dari suami dan memaafkan diri saya sendiri. Saya kongsikan sebahagian sahaja ya, yang lain nanti terlalu panjang pula nak ditul

 

 

 

Selain memberi fokus kepada 13 jampi saya juga mengamalkan terapi syukur secara konsisten. Saya memang ikut cakap puan Diyana untuk merasai syukur dengan penuh keberlimpahan. Sejak saya amalkan terapi syukur dengan mensyukuri diri dan mensyukuri sekecil-kecil perkara menjadi sebesar-besar nikmat hati saya jadi semakin tenang.

Rasa serabut dan tekanan yang dahulu saya rasakan perlahan-lahan menghilang. Alhamdulillah sangat bagus sebenarnya untuk kita fokus kepada perkara-perkara positif berbanding asyik bersangka-sangka dengan perkara negatif. Saya juga rajin ulangi latihan inner journey. Pada awalnya saya macam masih tak boleh nak akses inner self saya tu. Bagaimanapun dengan latihan yang konsisten inner journey berkenaan mula memberikan  kesan dan membolehkan saya merasai perasaan-perasaan yang hadir dalam keadaan sedar.

Amat penting untuk sedari setiap perubahan yang berlaku, kerana kesedaran itu yang akan menjadi asas perubahan. Latihan-latihan dalam Kelas Kembali Bahagia yang saya amalkan ni memang memberikan banyak perubahan kepada diri saya. Saya jadi semakin positif dan tenang. Saya fokus kepada menjaga diri sendiri, saya jaga pemakanan dengan memilih makanan yang baik-baik dan berkhasiat sehingga tubuh akhirnya saya mampu menurunkan berat badan dengan banyak. Hasilnya tubuh jadi lebih kecil dan selesa berbanding dahulu. Perubahan baik pada saya nampak jelas sehingga  anak-anak pun perasan, kata mereka “umi dah lain dah sekarang dah positive dah.” Terima kasih Puan Diyanan atas ilmu dan tunjuk ajar.

 

 

 

 

 

Saya benar-benar menghargai ilmu ini yang menjadi asbab tenang dan bahagia kepada saya kini.Selepas beberapa bulan keadaan kehidupan saya bertambah baik, saya lalui hidup dengan tenang dan gembira. Suami saya yang dahulunya buat perangai dan mula mengalah dan berlembut dengan saya.

Dia kembali memberikan perhatian kepada saya. Walaupun saya tidak pernah bertanya secara berdepan dengan dia berkaitan skandalnya itu, saya dapat lihat perbezaan suami. Dia semakin kerap ada di rumah dan spend time bersama saya. Apatah lagi kami masing-masing dah pencen. Kebanyakkan waktu kami habiskan dengan bercucuk- tanam dan menghabiskan masa bersama-sama. Iyalah apa lagi yang kami nak buat selain mengisi masa lapang dengan hobi baru seperti ini. Alhamdulillah.

Share on your social media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1