KEHEBATAN KUASA HORMAT DAN PENERIMAAN

Aku percaya rata-rata wanita dalam dunia ni kalau disebut tentang kewujudan wanita lain atau senang cerita orang ketiga pasti semuanya akan melenting marah dan tidak boleh diterima sama sekali. Aku berani jamin berapa kerat sahaja yang boleh menerima dengan hati yang terbuka dan benar-benar redha.

Kebiasaannya kita sebagai manusia ni ada angan-angan dan impian bahagia kita sendiri dan syarat pertamanya adalah menjadi satu-satunya insan yang bertakhta dihati suami seumur hidup. Aku pun sama juga begitu. 

Dalam kes kewujudan orang ketiga ni memang ada sesetengahnya suami memang bermasalah, tiada nafkah zahir batin , hidup langsung tidak terjaga sekadar makan hati berulam jantung setiap hari selama berpuluh tahun. Mengharapkan suami berubah dan macam tunggu kucing bertanduk, nak bercerai berai pula risaukan nasib anak-anak. 




Tetapi ada juga sebenarnya pasangan yang di duga kewujudan orang ketiga namun suami tetap tidak pernah berubah, sentiasa bertanggungjawab dan cukup segala keperluan nafkah zahir batin. Layanan pada isteri dan anak-anak juga penuh kasih sayang. Sama macam kisah aku sendiri. Suami aku Abang Razak (bukan nama sebenar) tiba-tiba berkahwin lain secara senyap-senyap.

Kahwin sembunyi-sembunyi ni memang amat pedih dan perit untuk diterima sebab rasa diri tertipu dan macam dipermainkan pun ada. Sebagai isteri 1001 konflkik muncul dalam diri apatah lagi untuk menerima suami yang paling kita sayang itu boleh mencintai wanita lain selain kita. Adakah kerana kita tidak cukup baik buat dia? Adakah kerana kita sudah tidak cantik lagi dimata dia? Atau kurangkah kita dalam layanan dan sebagainya. Persoalan-persoalan yang muncul ini benar-benar membuat hati dan perasaan jadi terseksa.

Inilah konflik yang aku lalui. Tetapi masalah paling besar aku adalah aku memang tiada point untuk marah atau mengamuk pun kerana sepanjang 20 tahun kami berkahwin Abang Razak memang suami yang baik, lemah lembut dan penyayang. Soal tanggungjawab dan nafkah lagsung tidak pernah culas. Pada dasarnya aku dan anak-anak memang bahagia dikurniakan suami dan ayah yang sangat baik. 



Lebih hebat walaupun sudah berkahwin lain Abang Razak langsung tidak menunjukkan perubahan semuanya sama seperti biasa, seolah-olah tiada perkara luar biasa yang berlaku dalam hidup kami. Aku yang mengenali Abang Razak sejak darjah enam ni memang cukup masak dengan segala kerenah dia. Namun macam aku cakap memang tiada apa yang berubah sehingga aku curiga. Aku megetahui berkaitan kewujudan isteri kedua Abang Razak apabila aku terjumpa mesej perempuan di handphone abang Razak.

Sebelum ini ada juga kawan-kawan perempuan di tempat kerja yang menghubungi abang Razak namun aku tak kisah, biasalah kawan-kawan. Tetapi yang ini sedikit berbeza kerana mesej perempuan itu buat hatiku rasa gundah gulana pula. Bagaimanapun setiap kali aku bertanya pada Abang Razak dia hanya mendiamkan diri.Sehinggalah pada suatu hari aku terjumpa dengan video perempuan berkenaan dalam handphone Abang Razak. Di situlah terbongkar semuanya. Aku kecewa yang teramat sangat tergamak Abang Razak menduakan aku. 

Daripada seorang isteri yang baik dan lemah lembut aku dah mula jadi pemarah. Setiap hari aku marah marah sahaja sehingga anak-anak pun kena tempias. Ada waktunya aku menangis tanpa henti. Sakit hati ini tak tertanggung rasa. Tapi Abang Razak memang suami yang baik dia sentiasa pujuk aku dan layankan sahaja kerenah aku yang tidak keruan tu. Sedikit  pun dia tidak marah atau merungut. Syukurlah seorang daripada anak kami dihantar ke tahfiz, jadi pendedahan terhadap ilmu agamanya lebih baik. Anak aku selelu memujuk aku mengingatkan aku “ibu mampu, ibu kuat, Allah bagi ujian pada ibu bersebab”. Kata-kata anak syurgaku ini sedikit sebanyak memberikan sedikit kekuatan untuk aku menerima hakikat yang pahit ini. 


Ketika aku masih belum mampu menerima kenyataan ini aku temui perkongsian Puan Diyana Tahir, Pakar Perhubungan dan Keintiman di laman facebook. Membuat aku terbuka hati untuk belajar dan mencari ubat menyembuhkan kelukaan hatiku saat ini. Aku mendaftar Kelas Kembali Bahagia dengan harapan aku dapat menemui semula ketenangan hatiku dan membahagiakan semula hatiku yang terluka ini. 

Alhamdulillah berkat ilmu yang aku pelajari berkaitan menyayangi diri dan juga kesyukuran dengan penuh keberlimpahan hatiku yang gundah gulana ini kembali dapat merasai ketenangan. Aku amat tertarik dengan kata-kata Puan Diyana Tahir berkenaan penerimaan dan keredhaan kita terhadap perkara yang Allah takdirkan untuk kita. Berhenti untuk meminta Allah memberikan kita apa yang kita inginkan sebaliknya belajar menerima pemberian Allah dengan cara yang Allah inginkan dengan penuh rasa keberklimpahan.

Kata-kata ini benar-benar memberi kesan kepada diriku, mengetuk kesedaranku untuk lebih bersyukur. Walaupun Abang Razak beristeri dua namun kasih sayangnya langsung tidak pernah kurang untuk aku. Aku sepatutnya lebih bersyukur kerana ramai lagi isteri di luar sana yang tidak dipoligami namun suaminya tidak mampu memberikan kehidupan yang bahagia kepada isterinya.

 

 

 

Kesedaran ini adalah kesedaran yang hebat untuk aku syukuri dan rasai, aku juga diajar tentang penerimaan dan hormat dalam kelas. Berbekalkan ilmu yang dipelajari selama 3 hari itu aku praktiskan latihan-latihan yang diberikan. Aku dah mula meletakkan nota-nota cinta buat Abang Razak. Aku ingin zahirkan cinta aku supaya dia merasakan apa yang aku rasa. Alhamdulillah dia sangat gembira. 

Aku amalkan urutan sensual kepadanya, aku buat kejutan dengan dekorasi romantik untuk dia supaya dia merasa dihargai. Tanpa aku duga mengalir air mata jantan Abang Razak dek kerana terharu dengan perkara yang aku lakukan. Selepas aku berjaya menerima dengan penuh rasa keberlimpahan pelbagai perkara positif juga mula membanjiri hidupku. Setiap hari sewaktu ingin keluar bekerja pasti Abang razak akan memelukku dengan penuh kehangatan kasih sayang. 

Dulu dia peluk juga namun tidak sehebat sekarang, syukur Alhamdulillah. Aku terima ketentuanMu ya Allah kalau memang sudah ketetapanMu suamiku beristeri lebih dari satu. Aku redha, semoga kasih sayangnya kepadaku dan anak-anakku tidak pernah kurang. Lebih mengujakan aku apabila berada di rumah madu pun dia akan telefon aku dan bagitahu dia rindukan aku. Tak sabar nak balik peluk cium katanya.

Aku kadang-akang berseloroh juga “ iye ke rindu dah ada kat sana tentulah peluk cium orang sana kan”. Tapi serius pula dia menjawab siap bersumpah lagi , katanya saya yang paling istemewa dihatinya, yang paling dirindu setiap hari. Syukur ya Allah dugaan yang Engkau hadirkan supaya aku belajar menjadi lebih redha dengan ketentuanMu asbab aku lebih bahagia bersama suami dan anak-anakku.

Share on your social media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1