Kenapa Anda Nak BERUBAH? dan MACAM MANA?

Bila NIAT nak melawa, nak cantik untuk pikat balik suami..

Ada orang bila ada masalah hadirnya orang ketiga, terus niat nak melawa sebab nak pikat balik hati suami, supaya suami kembali mengejar cinta dia.

Gigih pasang badan balik supaya suami rasa insecure tak nak mana-mana lelaki pandang isteri dia atau nak suami beri perhatian atau nak buat suami rasa jealous.

Persoalannya sekarang, 

Anda nak cantikkan diri untuk siapa? Anda self-love dan jaga diri untuk SIAPA?

Ramai wanita bila dah hadirnya orang ketiga dalam perkahwinan baru nak sedar, baru nak ambil tindakan jaga penampilan diri.

Bila anda berubah dan cantikkan diri untuk suami dengan NIAT apa? Selalunya mesti sebab nak kembali bercinta, nak raih semula perhatian, nak menangkan balik hati suami. Semua tu adalah EXPECTation. Bila dah niatkan sesuatu mesti seiring dengan pengharapan. Betul tak?

Di sebalik anda dah buat macam-macam tu tapi anda tak dapat apa yang anda EXPECT tu anda akan KECEWA.. Setuju? Bukan hanya kecewa, anda akan marah, tak puas hati, bengang. Anda akan mula mempersoalkan segala usaha dan pengorbanan anda.

Samada anda akan bengang pada diri sendiri atau anda akan bengang pada suami anda. Sebab niat anda tak betul. Anda niat nak berubah sebab NAK DAPAT sesuatu dari orang lain.

Ramai orang ada kepercayaan bahawa boleh mengubah seseorang. Ya betul. Sebagai seorang isteri anda ada kekuatan untuk pengaruh suami untuk berubah. Dengan cara mulakan dengan ‘SELF-LOVE’ dan ‘SELF-CARE’. TAPI bukan untuk suami tetapi untuk diri anda sendiri. 

Bina dan betulkan keyakinan diri dulu. Anda yang kena jaga diri anda dulu. Sedarilah yang anda sebenarnya dah lama tak menghargai diri anda. Anda sebenarnya dah terlalu lama membiarkan diri anda jadi macam kain buruk. Anda tak jaga diri anda betul-betul.

Untuk orang lain semua anda nak pastikan THE BEST, nak beri lebih TAPI untuk diri sendiri anda biarkan yang paling sikit dan menyedihkan. Sampaikan takda self-care, takda self-reward langsung. 

Hakikatnya anda bukan ikhlas memberi, bukan ikhlas berhias untuk suami tapi sebenarnya anda sedang BERJUAL BELI. Anda nak buat sesuatu kebaikan dan perubahan demi untuk mendapatkan sesuatu. Bukan ke tu namanya TAK IKHLAS?

Sebab tu ramai orang kecewa, sebab anda memberi dengan AGENDA. Anda ada agenda dan expectation dan agenda tu sebenarnya dipanggil SELFISH. Bukannya SELF-LOVE. Tapi macam mana pula kalau agendanya adalah self-love?

Self-love punya agenda adalah bila anda fokus diri, sayangi diri, hargai diri dan syukuri diri. Sebab bila anda jaga diri, jaga tubuh badan, jaga kesihatan, tukar lifestyle dan ubah cara berfikir. Mula fikir yang baik-baik tentang diri. Berhenti kritik dan sabotaj diri. Cari dan fokus pada kekuatan dan kelebihan diri. Apa yang akan jadi?

Tiba-tiba, anda akan rasa lebih bahagia, lebih yakin, lebih semangat dan lebih seronok. Bila anda happy dan gembira, suami akan mula beri perhatian pada perubahan anda. Percayalah bila anda berubah menjadi seseorang yang ceria, yang ada impian dan ada tujuan hidup, suami akan berubah sama tanpa perlu anda paksa. Sebab apa?

Sebab suami ialah manusia biasa yang boleh berubah. Hatinya boleh berbolak balik. Jadi kalau anda sayangkan perkahwinan anda TRUST THE PROCESS kerana perubahan itu tidak mudah dan perlu masa.

Jika anda betul-betul nak pasangan menjadi seperti apa yang anda harapkan..anda perlu tau cara yang betul dan bukannya dengan mendesak mereka suruh berubah.. Tak.. Itu bukan caranya.

Kalau anda NAK DIBANTU..

Izinkan kami bantu anda secara PERCUMA sahaja melalui kelas online.

Klik link di bawah kalau nak tahu next step apa patut anda buat

Share on your social media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1