Stress takda kerja.
Stress takda jodoh.
Stress takda duit.
Semua orang akan sebut perkataan ‘stress’ bila terasa suatu ancaman, tekanan atau suatu perubahan. Betul tak?
Stress yang kalau dibiarkan boleh menyebabkan depresi dan depresi ni adalah pembunuh senyap yang ramai tak sedar.
Macam-macam cara orang buat untuk hilangkan stress. Ada yang makan, shopping, melepak dan tidur. Tapi kenapa takda orang yang cuba nak hapuskan stress ni je?
Nak tau sebab apa?
Sebab selagi ada KEMAHUAN selagi tu adanya stress ni. Ramai orang tak sedar sebenarnya bila anda ada kemahuan di situ lah titik awal hadirnya tekanan dalam diri.
Kemahuan untuk mengubah sesuatu keadaan atau pun seseorang.
So bila kita ada kemahuan untuk mengubah sesuatu atau kemahuan untuk mengubah seseorang. Kita tak suka keadaan itu atau kita tak suka seseorang itu jadi kita nak ubah.
Dan bila kita tak dapat ubah atau pun benda tu tak berubah-ubah maksudnya keadaan tak berubah atau orang tak berubah, kita akan rasa tertekan dan jadi STRESS.
Inilah punca utama kenapa kita stress. Sebenarnya kemahuan untuk merubah ni adalah sihat dan kemarahan adalah utusan. Kenapa tiba-tiba timbul kemarahan? Anda stress sebab tak puas hati, betul? Dan tak puas hati ni adalah satu bentuk kemarahan..
Dan kemarahan adalah messenger atau pun utusan untuk anda melakukan perubahan. Tapi perubahan yang pertama yang mesti kita buat adalah ubah diri kita dulu. Contohnya, bila kita nak merubah sesuatu kita ada kemarahan dalam diri kita. Ada rasa tak suka dalam diri kita. Betul?
So dalam diri kita tu adalah umpama rumah yang sedang terbakar. Bila rumah kita terbakar, apa yang kita buat? Mesti kita cari punca kebakaran, betul tak? Rumah kita dibakar oleh orang, mestilah kita tak suka kan? Kita marah orang yang bakar rumah kita tu. So apa yang kita buat?
Adakah kita patut mengejar orang yang membakar rumah kita atau pun kita selamatkan rumah kita dulu? Supaya rumah kita tak hangus..Tentulah kita nak padamkan api stress, api kemarahan dalam diri kita dulu. Sebab orang yang membakar mungkin baru membakar bahagian dapur atau bahagian bilik kita je dulu. Belum terbakar sebuah rumah lagi.
Jadi penting untuk kita selamatkan rumah kita dulu. Dah selamatkan rumah kita, dah cool down, boleh berfikir dengan lebih tenang, barulah kita mencari orang yang membakar rumah kita.
Begitu juga dalam kehidupan bila ada sesuatu yang menyebabkan kita stress kerana ada sesuatu yang kita tak suka, ada kesalahan orang pada kita atau pun ada keadaan yang kita tak suka, sebelum kita nak ubah sesuatu, UBAH diri kita dulu..
FIRST sekali selamatkan diri kita dulu.
Kesilapan ramai orang terlalu fokus pada orang. Orang yang salah, keadaan yang salah. Anda hanya merasa anda yang betul. Anda je mangsa, kan? Dan akhirnya tak selesai masalah pun. Tapi ketika anda mengizinkan diri anda untuk penuh sedar anda kena padam dulu api kemarahan dalam diri anda. Anda kena cool down dulu.
Anda yang kena tenang dulu, anda yang kena mulakan perubahan dulu. Sebab kemarahan sebenarnya adalah UTUSAN untuk suatu perubahan. Dan perubahan yang paling utama adalah ubah diri anda dulu.
Penting sangat untuk kita semua ingat yang bila kita marah, bila kita stress, kita cenderung terfokus pada kesalahan orang, kita fokus pada apa yang tak kena di luar sana.
Sebenarnya STRESS hadir untuk menyedarkan kita untuk ubah diri kita dulu.
Kalau anda NAK DIBANTU..
Izinkan kami bantu anda melalui kelas online.
Klik link di bawah kalau nak tahu next step apa patut anda buat
Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved