Kenapa CERAI bukanlah solusi yang terbaik?

Bayangkan anda berpisah dengan suami dan suami berjumpa atau berkahwin dengan wanita lain dan suami anda bahagia.

Suami melayani wanita lain seperti apa yang anda harapkan suami lakukan pada anda sebelum ni. Suami yang dulunya anda rasa sangat loser dan sangat tak berguna terlihat bahagia disisi wanita lain. Anak-anak bahagia dan seronok dengan ibu baru…

Apa yang anda rasa? Adakah anda dah bersedia nak hadapi realiti tu?

Kalau masih ada suami dan ada orang ketiga, itu hanya SATU kesakitan…Tapi bila berpisah atau bercerai akan ada DUA tambahan kesakitan. Kesakitan sebab masih belum boleh melupakan suami dan kesakitan melihat suami bahagia tanpa anda disisi.

 

Kesedaran masih belum melupakan suami sebab masih sayangkan suami. Akhirnya jadi gila talak. Luaran memang nampak macam dah tak sayang suami tapi asyik hubungi, marah, cari salah suami, gunakan anak untuk ugut suami. Maknanya apa? Anda masih tak move on lagi..

Kepada anda yang mungkin dah rasa memang takda hati pada suami, hanya fikir nak berpisah je. SEBENTAR.. Beri diri anda SATU peluang untuk buat yang terbaik. Setidaknya anda dah cuba yang terbaik! 

Kalau anda nak berpisah pun, setidaknya anda tahu yang anda dah buat yang terbaik dan anda tahu yang anda memang dah takda jodoh dan paling penting anda takkan MENYESAL.

Sebab ramai orang bila berpisah, mereka menyesal dengan keputusan tu. Jadi, samada anda masih ada harapan pada suami atau sebaliknya yang penting anda buat untuk diri anda dulu. Tak penting suami masih sayang anda atau suami masih dengan orang ketiga atau ada harapan tak suami dengan anda. 

Apa yang penting sekarang adalah ANDA! Sebab anda yang nak meneruskan kehidupan ni dengan anak-anak anda. Kalau anda tak bahagia, apatah lagi anak anda?

Ramai orang ingat..

“Oh, takpelah aku sakit”

“Biar aku tanggung semua ni”

“Aku tak bahagia takpe tapi anak-anak kena bahagia”

Tapi ramai wanita tak sedar yang bila anda tak rawat hati dan trauma anda. Bila anda tak reboot balik hati dan diri anda. Sebenarnya anda sedang menyakiti anak anda. Sebab apa?

Sebab penderitaan seorang anak adalah melihat air mata ibunya. Penderitaan seorang anak adalah ketika dia rasa tak mampu nak buat apa-apa. Untuk bahagiakan ibu dia. So, itulah sebenarnya penderitaan anak-anak.

Kehidupan kita hari ni adalah ditentukan oleh masa lepas kita, dan kehidupan kita di masa hadapan ditentukan oleh kehidupan kita hari ini. 

So bila wanita dah bercerai sebab orang ketiga atau konflik dengan suami akan jumpa dengan lelaki yang sama macam bekas suami. Lelaki yang tak hargai, yang menyakiti hati dia. Perasaan tu akan kekal sama je berulang-ulang.

Jadi tanya pada diri, adakah penceraian jalan terbaik? Masihkah ada peluang untuk membaiki? Katakan pada diri anda, “kalau bukan aku yang akan menyelamatkan rumahtangga aku, siapa lagi?”

Kalau anda NAK DIBANTU..

Izinkan kami bantu anda secara PERCUMA sahaja melalui kelas online.

Klik link di bawah kalau nak tahu next step apa patut anda buat

Share

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Related Post

Suami Curang, Kenapa Salahkan Isteri?

Jangan Serang Orang Ketiga Bila Suami Curang!

6 Perkara yang buat pasangan ‘KECIL HATI’

Kenapa Rumah Tangga Tak Bahagia?

Untukmu Yang Sedang Berusaha Mengikhlaskan Poligami”

LOGO EHATI-love

Copyright © 2020 eHati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1