Kenapa penting KEYAKINAN DIRI kalau nak bahagia?

Tiada keyakinan diri akan memberi kesan buruk pada pasangan sebab anda sebenarnya berada dalam keadaan tertutup. 

 

Bila anda tertutup dengan suami, suami akan rasa tak disayangi, suami akan rasa lonely. Tanpa sedar tindakan anda telah membuatkan suami keluar mencari seseorang yang boleh buat mereka rasa disayangi dan diperlukan.

 

Kurang keyakinan diri bukan hanya menutupi hati anda tapi juga menutupi tubuh anda. Jadi macam mana nak menang hati suami kalau kunci hati suami adalah pada tubuh anda?

 

Persoalannya sekarang,

Kenapa keyakinan diri sangat penting? Ya, memang penting untuk diri sendiri untuk anda meneruskan hidup. Bila takda keyakinan diri akan menyebabkan tak percaya diri. Bila tak percaya diri nak cakap Aku Boleh! pun tak mampu.

 

Tapi apa punca ketidakyakinan diri ni? 

 

Bila anda terlalu fokus pada kekurangan dan tak fokus pada kelebihan anda. Dah yakin diri baru boleh menang. Kalau tak yakin macam mana nak menang? Anda guna lah strategi hebat macam mana sekalipun tapi kalau tak yakin, anda akan kalah.

 

Suami akan semakin menjauh. Hubungan akan makin dingin. Lama-kelamaan anda tawar hati, dan suami cari orang ketiga. Anda mungkin tak sedar tapi ramai orang suka pilih untuk duduk di tempat mangsa..

 

“Tak apalah memang dah nasib aku macam ni”.. Terpulanglah pada anda jika anda nak teruskan mindset macam tu TAPI kena ingat Allah berfirman takda siapa boleh mengubah nasib sesuatu kaum kecuali dia sendiri yang ubah. 

 

Adakah anda tetap nak kehidupan yang sama, nasib yang sama atau takdir yang sama? Atau pernah terfikir ingin mengubah takdir anda? Semuanya bergantung kepada apa yang anda fikir.

 

Sebab tu bila anda diuji dengan masalah jangan sibuk nak ubah orang atau suami tapi fokus pada diri. Berhenti fokus pada suami. Bila anda fokus pada suami, suami akan merasa triggered seolah-olah anda jadi macam ni sebab mereka. 

 

Bila suami rasa dipersalahkan mereka akan marah dan peluang untuk anda kembali bercinta dengan suami tu memang tipis. Atau lebih dahsyat lagi kalau suami dah mula berjinak-jinak mencari kebahagian dengan orang ketiga.

 

Ingatlah! Setiap orang mempunyai keistimewaan masing-masing. Takda siapa yang lebih baik dari sesiapa. Seseorang tu boleh hilang keyakinan diri sebab sibuk nak jadi orang lain. Sedangkan setiap kita ni sebenarnya ada keunikkan masing-masing. Jadi KEYWORD untuk keluar dari rasa rendah diri ni adalah dengan mencari keunikkan diri kita.

 

Kesilapan ramai orang suka buat sehingga diri mereka hilang keyakinan diri adalah suka mempersoalkan sesuatu. Kenapa suami curang? Kenapa suami tak sayang aku? Kenapa suami sakiti aku? 

.

Sesungguhnya Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk anda dan bila masa yang terbaik untuk anda memilikinya. Sebab tu sentiasa bersangka baik dengan Allah. Perbanyakkan berdoa sebab semua atas izin Allah.

 

Jadikan ujian yang hadir ni sebagai peluang untuk anda perbaiki diri dan berubah menjadi yang lebih baik untuk suami. Gunakan peluang ni untuk lebih mengenali suami. So nak buat apa sekarang? Upgrade diri! Sebab tu pentingnya cari ilmu.

 

Jadi jangan terus biarkan jiwa dan energi anda kehabisan melayan perkara2 negatif. Hidup kita ni tak panjang jadi gunakanlah masa yang ada ni untuk terus kekal tenang dan positif. Pedulikan perkara2 yang memakan diri. 

 

Kalau anda NAK DIBANTU..

Izinkan kami bantu anda melalui kelas online.

 

Klik link di bawah kalau nak tahu next step apa patut anda buat

 

 

Share On Your Social Media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Related Post

Suami Curang, Kenapa Salahkan Isteri?

Jangan Serang Orang Ketiga Bila Suami Curang!

6 Perkara yang buat pasangan ‘KECIL HATI’

Kenapa Rumah Tangga Tak Bahagia?

Untukmu Yang Sedang Berusaha Mengikhlaskan Poligami”

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1