Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Persoalan yang selalu bermain di fikiran isteri-isteri yang sering dikhianati suami.
Kenapa suami berterusan tipu anda adalah sebab ada keperluan anda yang anda tak dapat dan ada keperluan suami yang suami tak dapat.
.
Keperluan apa?
.
Keperluan hati, mindset dan fizikal.
Jika tiga hal ni anda berjaya faham secara automatiknya anda akan menjadi orang yang berbeza. Anda bukan lagi orang yang sama.
Bila anda berubah, suami pun akan ikut berubah sama. Sebab apa?
.
Sebab dalam hubungan ni kalau ada ilmu semuanya akan jadi mudah.
“Kenapa seseorang itu terus berada dalam sesebuah hubungan?”
Kerana tanpa sedar anda dan pasangan sebenarnya saling memerlukan.
.
Persoalannya sekarang
Adakah anda tahu apa yang suami perlukan?
Kesilapan ramai wanita suka assume dan agak-agak.
“Eh! Aku dah banyak berkorban untuk suami aku”. Anda selalu rasa yang anda dah berikan yang terbaik dalam segala hal.
Sedangkan suami anda perlukan hal lain.
.
Dan anda kena ingat yang suami pun takda ilmu jadi mereka pun tak tahu nak cakap macam mana.
Sebab tu penting sangat untuk anda memahami suami anda seorang yang macam mana.
Kajian menunjukkan lelaki dan perempuan ni ada beberapa jenis. Kehendak lelaki dan perempuan tak sama. Keegoan hati yang berbeza. Kehendak biologi kepuasan pun lain-lain..
.
Bila anda dah ada ilmu tu baru anda tahu apa sebenarnya keperluan anda dan bagaimana anda nak sampaikan dengan cara yang menyebabkan suami anda seronok nak memenuhi keperluan anda.
Semudah tu je nak hadapi konflik dalam rumah tangga bila ada ilmu.
Anda betul-betul faham apa yang suami nak dan bukan sangka-sangka. Bukan ASSUME.
Anda yakin pada apa yang suami nak. Suami anda mengakui itu yang dia nak dan anda pun jelas dengan apa yang anda nak.
.
Jadi bila anda dapat apa yang anda nak, dan suami pun dapat apa yang dia nak dan anda dan suami jadikan ia suatu amalan harian ini yang nak tak nak hubungan tu akan jadi harmoni seperti yang anda impikan.
Sebab hubungan kita ni adalah saling memerlukan jadi ianya tak boleh sebelah pihak je yang merasakan bahagia, perlu kedua-duanya barulah takda ruang untuk orang ketiga masuk.
Kesilapan ramai orang tidak betul-betul faham dan menganggap kahwin hanya sekadar kahwin.
Orang lain kahwin anda pun nak kahwin. Tapi orang lain bahagia, anda tak bahagia.
.
Sebab apa?
.
Sebab anda tak tahu menguruskan perbezaan kehendak anda, anda tak tahu menyampaikan apa yang anda nak dan anda pun tak tahu apa yang suami anda nak.
Sedarilah betapa pentingnya untuk ada ilmu rumah tangga supaya anda lebih faham kenapa anda begini dan kenapa suami begini dan bagaimana nak hadapi konflik bersama.
Sebab apa guna berkahwin kalau tak bahagia. Betul tak?
Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved