Setiap wanita yang bergelar isteri pastinya akan kecewa bila mendapati suami curang atau melayan porno. Setuju?
Sedangkan perkahwinan bertujuan untuk menghalalkan hubungan tapi bila dah halal tak nak pula bersama. Kenapa?
Ramai isteri menderita makan hati sebab tak tahu punca kenapa suami tak nak sentuh mereka.
.
Pelbagai persoalan bermain di fikiran yang akhirnya menyebabkan mereka mula menyalahkan diri, suami dan orang ketiga.
Hanya sebab tak tahu ROOTCAUSE..
Antara masalah yang kami kerap terima adalah suami mengelak bila isteri ajak bersama, suami suka tidur lambat tonton video porno, suami kahwin lain, dan suami ada orang ketiga.
.
Semua kesalahan ni memang dilakukan oleh suami TAPI isteri harus sedar yang mereka ada kaitan dengan mengapa suami melakukan kesalahan tersebut.
.
Kesilapan ramai orang memandang remeh isu hubungan intim sedangkan hubungan intim lah punca kenapa suami curang dan layan porno.
Sebab itu penting sangat untuk anda ada ilmu hubungan intim. Barulah anda tahu kenapa anda macam ni dan kenapa suami macam tu.
Sebenarnya orgasme untuk wanita ni tidak boleh dipaksa, takdanya baring-baring terus boleh orgasme. Ianya proses yang memerlukan persediaan mental dan fizikal.
.
Kesilapan ramai isteri tak tahu yang orgasme mereka itulah yang dinanti-nantikan oleh seorang suami sebenarnya.
Meganeeds seorang lelaki adalah nak dihormati, dipandang tinggi, menjadi hero dan nak rasa hebat.
Tapi macam mana nak penuhi meganeeds lelaki kalau dia tak rasa diri dia hebat bila bersama anda?
.
Bila anda tak puas ketika berhubungan intim dengan suami. Suami dapat merasakannya, suami tahu dia tak mampu nak puaskan anda dan suami pun sebenarnya tak tahu apa yang anda mahukan untuk rasa puas.
Bila anda tak puas, anda cubalah berpura-pura macam mana sekalipun suami boleh rasa kalau anda hanya fake orgasme.
Suami dapat rasa yang dia tak berjaya. Dia gagal nak penuhi kehendak batin anda.
.
Suami tak tahu macam mana sehingga cuba buat macam-macam cara dan lama-kelamaan suami akan jadi low self-esteem, merasa diri tak bagus dan merasa diri loser.
Itu yang menyebabkan ramai suami lebih memilih untuk melayan nafsu dengan tonton pornografi sebab dia tahu setiap kali bersama dengan isteri, dia akan gagal.
Tapi mereka tak nak gagal dan dalam masa yang sama mereka perlu penuhi kehendak batin mereka.
.
Tu yang akhirnya mereka memilih untuk self-pleasure, dengan tonton pornografi sebab isteri tak boleh nak klimaks.
Dan ada juga lelaki yang rasa macam isteri mereka ni tak boleh nak dipuaskan. Akhirnya dia rasa “oh! Mungkin isteri aku yang bermasalah, dan wanita lain okay”
Itu yang mereka nak cuba dengan wanita lain untuk membuktikan yang mungkin mereka ni sebenarnya tidak lah loser sangat sehingga susah nak membuat isteri sendiri capai kepuasan ketika bersama.
.
Itu yang wujudnya orang ketiga dan poligami.
.
Sedarilah, hubungan intim bukan hanya sekadar persetubuhan semata tetapi ianya lebih dari tu. Hubungan intim adalah pengikat hubungan antara suami dan isteri. Dengan hubungan intim lah mampu menyemarakkan lagi perasaan sayang, cinta dan rindu antara pasangan.
Berhenti menyalahkan dan bertindaklah sekarang dengan membaiki diri dan hubungan intim. Belajar ilmu hubungan intim supaya dapat mengelakkan suami dari melayan porno dan curang.
Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved