KESYUKURAN INI MENDAMAIKAN HATI

Ramai yang selalu menyebut syukur, ramai yang rasa dirinya bersyukur namun tidak ramai yang benar-benar menghayati kesyukuran itu sepenuh hati. Buktinya ramai yang rasa mereka bersyukur namun jiwanya masih lagi berkecamuk, tidak tenang malah sering tercari-cari ‘sesuatu’ yang hilang dalam diri. Itulah yang aku alami dahulu atau mungkin tidak keterlaluan aku katakan sepanjang hidupku ini cara aku merasai dan menzahirkan syukur itu tidak cukup sempurna. Aku menyedari perkara ini saat Allah swt menghantar ujian kepadaku apabila rumahtangga yang aku bina bersama suamiku sejak 28 tahun yang lalu akhirnya tergugat dengan tindakan suami aku berkahwin lain. Sesungguhnya poligami ini memang mimpi ngeri buat semua wanita di muka bumi ini. Sakit diduakan itu sudah pasti membuatkan hati ini remuk redam, rasa seperti pengorbanan selama ini sia-sia semata-mata. Bagaimana dia sanggup menduakan aku sedangkan anak-anak sudah besar panjang malah sudah bercucu pun. Tidakkah ada rasa segan dihatinya apabila bertindak demikian.

Share On Your Social Media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Related Post

Suami Curang, Kenapa Salahkan Isteri?

Jangan Serang Orang Ketiga Bila Suami Curang!

6 Perkara yang buat pasangan ‘KECIL HATI’

Kenapa Rumah Tangga Tak Bahagia?

Untukmu Yang Sedang Berusaha Mengikhlaskan Poligami”

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1