KESYUKURAN INI MENDAMAIKAN HATI

Ramai yang selalu menyebut syukur, ramai yang rasa dirinya bersyukur namun tidak ramai yang benar-benar menghayati kesyukuran itu sepenuh hati. Buktinya ramai yang rasa mereka bersyukur namun jiwanya masih lagi berkecamuk, tidak tenang malah sering tercari-cari ‘sesuatu’ yang hilang dalam diri. Itulah yang aku alami dahulu atau mungkin tidak keterlaluan aku katakan sepanjang hidupku ini cara aku merasai dan menzahirkan syukur itu tidak cukup sempurna. 

Aku menyedari perkara ini saat Allah swt menghantar ujian kepadaku apabila rumahtangga yang aku bina bersama suamiku sejak 28 tahun yang lalu akhirnya tergugat dengan tindakan suami aku berkahwin lain. Sesungguhnya poligami ini memang mimpi ngeri buat semua wanita di muka bumi ini. Sakit diduakan itu sudah pasti membuatkan hati ini remuk redam, rasa seperti pengorbanan selama ini sia-sia semata-mata. 

Bagaimana dia sanggup menduakan aku sedangkan anak-anak sudah besar panjang malah sudah bercucu pun. Tidakkah ada rasa segan dihatinya apabila bertindak demikian.Sudahlah kahwin lain di sempadan Thailand menipu pula. Sewaktu dia hilang beberapa hari untuk pergi menikah langsung dia tidak pernah berterus terang. Aku hanya mengetahui kebenaran apabila aku mengasaknya dengan pelbagai persoalan sehingga dia akhirnya mengaku bahawa dia sudah menikah dengan seorang janda anak dua. 

 

Kekecewaan ketika itu memang tak dapat nak diluahkan, hanya air mata yang menemani diri saban hari. Senang cerita memang lost focus habis sampai anak-anak pun saya tak layan. Memang melayan hati yang lara. Kesakitan itu bukan sekadar sakit bermadu malah lebih dari itu apabila suami bersikap tidak adil. Biasanya dua malam di rumah aku tetapi empat lima malam lagi di rumah maduku. Terasa diri ini betul-betul terbuang. 

Pada ketika itulah Allah menemukan aku dengan video perkongsian Puan Diyana Tahir, Pakar Perhubungan dan Keintiman bersama Encik Rahim Syukor di laman facebook. Pada awalnya aku hanya mengikuti perkongsian percuma di Group Kembali Bercinta, namun tidak puas rasanya dengan ilmu yang ada, saban hari diri ini menunggu-nunggu ilmu-ilmu baru yang boleh membantu merawat hati ini.

Ya aku kini bukan lagi hendak berlawan atau merebut kasih suami lagi, aku sebaliknya hanya ingin mengubat hati agar ketenangan yang hilang dapat aku temui semula. Tanpa berfikir panjang aku mendaftar kelas Kembali Bahagia yang amat sesuai untuk wanita-wanita yang lost dan tak tahu bagaimana lagi caranya untuk keluar dari belenggu kelukaan hati ini. Harapan setinggi gunung aku sandarkan agar usaha aku ini membuahkan hasil. Maha suci Allah, Dia makbulkan doaku. 

 

Dalam  kelas kembali bahagia kami semua diajar terapi syukur. Merasai dan membadani rasa syukur terhadap diri, syukur terhadap pasangan dan syukur atas segala nikmat Allah dengan penuh rasa keberlimpahan. Terapi syukur ini sebenarnya sedikit berbeza dengan cara kesyukuran yang aku lakukan selama ini. Bukan apa sepanjang hidup ini lazimnya aku bersyukur apabila aku berjaya memperoleh sesuatu hajat yang aku inginkan. Bagaimanapun teknik terapi syukur ini lebih dari itu. 

Kami diajar untuk mensyukuri sekecil-kecil perkara dalam hidup ini dengan rasa penuh keberlimpahan. Kami syukuri diri sendiri, syukuri setiap satu anggota tubuh yang Allah berikan dan merasai sebesar-besar nikmat yang tidak pernah di ambil berat sebelum ini.

 

Syukur ya Allah aku menemui ilmu ini. Selepas kelas, aku amalkan dengan konsisten terapi syukur setiap hari. Pandangan aku terhadap nikmat Allah mula berubah, kini ketenangan yang hilang dahulu akibat kelukaan hati mula kembali semula. Aku kini melihat banyak perkara dari sudut yang positif. Tidak lagi tercari-cari atau menangih perkara yang aku tidak miliki. Kesyukuran ini membuatkan hatiku tenang dan rasa penuh terisi. Selain itu aku juga mengamalkan terapi maaf yang diajar di dalam kelas. 

 

Aku mulakan dengan menerima kesalahan diriku dan memaafkan segala kesalahanku sendiri. Kemudian aku maafkan pula semua orang yang pernah menyakitiku selama ini. Untuk suamiku aku akan hantar mesej kepadanya memohon maaf setiap hari. Tetapi biasalah ada kalanya dia sekadar baca dan langsung tidak membalas. Jika dahulu sudah pasti aku merajuk panjang dan buat silent treatment pada suami. Namun hari ini aku berlapang dada tidak lagi rasa sakit kerana yang aku inginkan adalah merawat hatiku sendiri bukan untuk menjadi peminta-minta perhatian pada orang lain.

Ketenangan yang aku peroleh kini membuatkan aku seolah-olah baru dilahirkan samula, tingkah laku aku memang ternyata berubah. Kesedihan dan kemurungan dahulu aku buang jauh-jauh. Kini aku Normala yang baru, Normala yang tenang dan bahagia. Perubahan ini juga semakin merapatkan hubungan antara aku dan anak-anak. Jika dahulu aku banyak tidak endahkan mereka kerana melayan hati yang lara, kini mereka aku layani dengan penuh kasih sayang.Apa yang menakjubkan adalah anak-anak juga semakin rapat dan semakin menyayangi aku. 

Dahulu lazimnya mereka sekadar bersalaman sahaja sebelum keluar rumah bekerja. Kini semua anak-anak pasti akan menyalamiku dan mencium aku sebelum pergi bekerja. Bukan itu sahaja malah sampai sahaja di tempat kerja pasti mereka akan mesej aku untuk memberitahu mereka selamat tiba siap dengan kata-kata “I love mak” lagi. Alhamdulillah aku bahagia ya Allah.

 

Kehidupan yang penuh kesyukuran dan kasih sayang ini menghindari aku dari perasaan-perasaan negatif seperti stress dan overthink seperti dahulu. Kini aku biarkan sahaja kehidupan ini berjalan seperti biasa. Sejauh soal suamiku pula, sejak aku mula tenang dan  ceria seperti dahulu, dia sudah lebih berlembut dengan aku. Kini giliran aku dengan madu sudah tidak jauh berbeza, sikap baik dirinya sebelum dia berkahwin dulu sudah diamalkannya kembali. 

Dia kembali rajin menemaniku kemana sahaja aku pergi, sentiasa ingat untuk membeli buah tangan seperti baju, tudung, kasut dan sebagainya. Adakalanya juga kami keluar bersarapan bersama dan berkongsi cerita seperti dahulu. Alhamdulillah syukur Ya Allah atas ilmu ini. Sesungguhnya nikmat syukur itu benar-benar mendamaikan hatiku.

Share on your social media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1