Bait-bait lagu Nabila Razali ini begitu dekat dengan hatiku, begitu mencerminkan keadaan perhubunganku bersama imamku Zharif (bukan nama sebenar) . Kami pasangan suami isteri yang sepadan dan serasi selama 24 tahun pernikahan kami. Dikurniakan anak-anak yang bijak dan menghormati orang tua. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar buat kami tiada sebarang sengketa yang boleh meretakkan hubungan rumahtangga kami bersama. Cuma kebahagiaan kami bergoncang kira-kira setahun yang lalu apabila suamiku Zharif kantoi punya hubungan sulit dengan seorang wanita muda yang sebaya usia anak sulungku. Hubungan mereka masih pada peringkat awal sekadar chatting dan sekali dua keluar makan bersama. Mungkin bagi orang lain masalah ini hanya masalah kecil yang mudah diatasi. Tapi tidak bagi aku, kecurangan suamiku ini membuat aku benar-benar hilang arah, terlalu kecewa dan trauma.
Kesakitan aku menerima kecurangan Zharif memang tampak jelas dimata kasar. Aku kerap menangis dan tidak mampu memberi fokus kepada pekerjaanku. Untuk pengetahuan semua aku berkerja sebagai seorang doktor dan pastinya menuntut fokus dan konsentrasi dalam menjalankan tugas harianku. Disebabkan jiwa yang berkecamuk aku mengambil cuti panjang sehingga kesemua cuti tahunan aku telah habis aku gunakan. Namun kemelut kelukaan hatiku tidak juga berakhir. Melayan jiwa yang luka anak-anak juga aku abaikan, memikirkannya kembali aku rasa begitu simpati dan kasihan dengan anak kecilku Aira yang baru berusia empat tahun ketika itu. Kesemuanya tidak aku endahkan lagi. Segalanya jadi tidak terurus makan minum aku juga entah kemana sehingga berat badanku turun mendadak dalam tempoh sebulan. Kemuncak segalanya aku minta Zharif menceraikan aku, namun sama sekali tidak diterima oleh dia.
Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved