Bait-bait lagu Nabila Razali ini begitu dekat dengan hatiku, begitu mencerminkan keadaan perhubunganku bersama imamku Zharif (bukan nama sebenar) . Kami pasangan suami isteri yang sepadan dan serasi selama 24 tahun pernikahan kami. Dikurniakan anak-anak yang bijak dan menghormati orang tua.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar buat kami tiada sebarang sengketa yang boleh meretakkan hubungan rumahtangga kami bersama.
Cuma kebahagiaan kami bergoncang kira-kira setahun yang lalu apabila suamiku Zharif kantoi punya hubungan sulit dengan seorang wanita muda yang sebaya usia anak sulungku. Hubungan mereka masih pada peringkat awal sekadar chatting dan sekali dua keluar makan bersama. Mungkin bagi orang lain masalah ini hanya masalah kecil yang mudah diatasi. Tapi tidak bagi aku, kecurangan suamiku ini membuat aku benar-benar hilang arah, terlalu kecewa dan trauma.
Kesakitan aku menerima kecurangan Zharif memang tampak jelas dimata kasar. Aku kerap menangis dan tidak mampu memberi fokus kepada pekerjaanku. Untuk pengetahuan semua aku berkerja sebagai seorang doktor dan pastinya menuntut fokus dan konsentrasi dalam menjalankan tugas harianku. Disebabkan jiwa yang berkecamuk aku mengambil cuti panjang sehingga kesemua cuti tahunan aku telah habis aku gunakan.
Namun kemelut kelukaan hatiku tidak juga berakhir. Melayan jiwa yang luka anak-anak juga aku abaikan, memikirkannya kembali aku rasa begitu simpati dan kasihan dengan anak kecilku Aira yang baru berusia empat tahun ketika itu. Kesemuanya tidak aku endahkan lagi. Segalanya jadi tidak terurus makan minum aku juga entah kemana sehingga berat badanku turun mendadak dalam tempoh sebulan. Kemuncak segalanya aku minta Zharif menceraikan aku, namun sama sekali tidak diterima oleh dia.
Zharif sudah banyak kali memohon maaf sehingga dia pernah sujud di kaki aku demi merayu aku memaafkannya. Namun hati ini telah terlalu terluka. Seolah-olah mustahil rasanya untuk aku memaafkan Zharif dan kesalahan ini sepenuhnya aku letakkan pada Zharif. Bagi aku Zharif punca segala-galanya dan aku adalah isteri yang teraniaya dalam situasi ini. Aku tahu ini jugalah perasaan dan tanggapan semua isteri apabila berdepan dengan kecurangan suami.
Sentiasa merasakan diri sendiri adalah mangsa yang teranaiya dan suami pula adalah pemangsa yang bersalah seratus peratus. Aku dan Zharif berusaha untuk mendapatkan bantuan kaunseling serta rawatan psiakatri, namun gagal untuk kami temukan sesiapa pun yang sesuai untuk membantu.Sehinggalah pada suatu hari aku terjumpa semula dengan buku Ajari Hatiku tulisan Diyana Tahir yang aku beli tidak lama dahulu.
Aku baca dan fahami ilmu serta tips yang dikongsi dalam buku itu. Selepas aku habis membacanya aku rasakan inilah ilmu yang aku perlukan dan dapat membantu aku mencari penyelesaian masalah rumahtangga aku. Aku ingin mencari buku-buku sebegini lagi, sama seperti Ajari Hatiku ini agar lebih banyak ilmu yang boleh aku pelajari.
Aku hubungi team Ehati dan kemudiannya atas nasihat dan bimbingan dari Puan Zaama Ehati, aku bersetuju menyertai kelas Kembali Bercinta yang dijalankan percuma secara dalam talian. Kelas kembali bercinta adalah titik permulaan kepada perubahan diri aku serta ‘ubat’ kepada hubungan rumahtangga aku dan Zharif. Di sinilah aku diajar mengenali diriku dengan lebih dekat. Di sinilah aku belajar untuk berhenti menjadi mangsa, sebaliknya menjadi pencipta.
Mungkin ramai yang tidak faham apa maksudnya “berhenti menjadi mangsa dan mula jadi pencipta”. Sejujurnya aku akui punca masalah rumahtangga aku bukanlah seratus peratus salah Zharif, sebaliknya aku juga punya salah aku sendiri. Kesedaran ini hadir selepas aku mengikuti modul ketiga berkaitan kemaafan dalam Kelas Kembali Bercinta.
Selepas mendengar perkongsian dari mentorku Puan Diyana aku sedar bahawa aku juga punya silap dalam hubungan ini. Jika Zharif mula mencari wanita lain pasti aku juga punya salah sehingga menyebabkan Zharif beralih arah. Lebih pahit untuk aku akui adalah akulah sebenarnya yang menghantar Zharif kepada wanita itu. Aku tahu sebagai manusia bukan mudah mengakui silap sendiri namun ada dua kesilapan besar yang aku lakukan sepanjang hubungan kami.
Yang pertama adalah aku sentiasa mendahulukan orang lain berbanding diri aku sendiri, aku lebih suka berbelanja untuk orang lain kerana aku ingin mereka sentiasa menyukaiku. Keduanya adalah aku adalah seorang wanita yang terlalu maskulin semua keputusan aku buat sendiri kerana aku rasa setiap yang aku pertimbangan dan keputusan yang aku ambil adalah yang terbaik.
Kelas Kembali Bahagia mengajar aku untuk menyedari bahawa sekiranya kita ingin disayangi kita sendiri perlu menyayangi diri kita dahulu lebih dari orang lain. “Self Love” ini adalah kunci kebahagiaan dan kegembiraan sebenar seorang wanita. Sikap aku yang terlalu maskulin juga sebenarnya melukakan Zharif tanpa sedar. Aku sering membantah atau memperbetulkan keputusan Zharif. Perkara ini nampak mudah namun
sebenarnya perbuatan aku membuat ego Zharif sebagai lelaki dan suami tercabar,dan tanpa sedar aku melukakan hatinya. Saat aku mula menyedari kesilapanku aku bukakan hatiku untuk memaafkan Zharif serta memaafkan diri aku sendiri. Aku juga rasa ingin menebus kesalahanku dengan meminta maaf dari Zharif. Hampir setiap hari aku memohon maaf dari Zharif walaupun Zharif sudah memaafkanku berkali-kali.
Kini aku tidak mahu lagi menjadi mangsa dalam hubungan ini, aku ingin menjadi pencipta kebahagiaan aku sendiri. Teknik yang paling berkesan dan aku amalkan sentiasa adalah teknik “Telling The Truth” –TTT dan juga Jampi hati suami. Ini amalan yang aku amalkan supaya aku lebih memahami suamiku dan diriku sendiri, sekiranya aku ingin tahu tentang sesuatu aku akan berterus terang dalam keadaan yang tenang dengan Zharif.
Supaya kami mendapat penyelesaian kepada perkara yang kami bincangkan. TTT ini boleh mengelak kita dari bersangka-sangka dan berfikiran negatif dengan pasangan.Teknik jampi hati suami pula aku lebih fokuskan kepada meminta maaf begitu juga Zharif. Dahulu dia sukar untuk menzahirkan penghargaan atau maafnya sekarang Zharif sentiasa melafazkan terima kasih dan im sorry. Jika berada di luar dn pulang lewat pasti Zharif menelefon dan memaklumkan aku terlebih dahulu agar aku tidak tertunggu-tunggu kepulangannya.
Alhamdulillah sangat banyak perubahan yang berlaku dalam rumahtangga kami sejak aku mengikuti kelas kembali bercinta. Anak-anak juga menyedari perubahanku dan menyatakan “mama dah baik sekarang” . Ilmu dalam kelas kembali bercinta ini benar-benar memberi sinar baru dalam rumahtangga kami.
Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved