MAAFKAN AKU SAYANG MELUKAKANMU DENGAN AMARAHKU

Terlebih dahulu terima kasih admin sudi menyiarkan perkongsian aku di sini.  Aku teringin berkongsi ‘heart to heart’ dengan wanita-wanita hebat diluar sana kesedaran yang paling hebat pada aku yang mengubah kehidupanku daripada perkahwinan tanpa kehangatan dan kemesraan kepada perkahwinan penuh cinta dan kebahagiaan . Nama aku Rashida (bukan nama sebenar) seorang guru Kafa di Gurun, Kedah. 

Kisah aku mungkin tak sama dengan kebanyakan dilema wanita berkahwin yang lain. Kebiasaannya rumahtangga bermasalah berpunca dari kecurangan pasangan dan sebagainya. Dengan ayat cliché “ LELAKI SEMUA SAMA!”. Lain kisahnya dengan aku, suamiku Razman (bukan nama sebenar) adalah seorang yang sangat penyabar dan penuh penerimaan. 

Sedangkan aku pula adalah naga berapi hanya tau MARAH,MARAH, MARAH. Panas baran dan ego aku yang melangit memang tak boleh dibawa berbincang, ada sahaja yang tidak kena. Bukan setakat itu, masalah kecil pun aku mengamuk bagaikan nak berperang. Muka aku setiap hari masam mencuka, membebel dan tunjuk perasaan memanjang. Razman mula sentiasa bertenang dan mengikut sahaja. Tidak banyak bantahan dari dia.

 

 

Senang cerita aku sentiasa “take for granted “ terhadap Razman dalam hubungan kami. Punca utamanya adalah sewaktu aku berkahwin dengan Razman 19 tahun lalu bukanlah kerana kami saling mencintai antara satu sama lain, sebaliknya hanya Razman yang mencintaiku. Bagi aku disebabkan Razman yang nak dekat aku sudah tentu dia boleh terima apa pun berkiatan aku, pandai-pandailah kan. 

Mungkin disebabkan hubungan perkahwinan tanpa cinta aku kepada dia membuatkan aku sentiasa dingin, aku tidak pernah ambil kisah dengan siapa dia berkawan apa yang dia buat. Hatta berkawan dengan perempuan sekalipun aku tak kisah. Nak dijadikan cerita pada suatu hari Razman menghadiri satu majlis reunion rakan-rakan sekolah menengahnya dahulu. Dia berjumpa dengan kawan-kawan lamanya di sana dan salah seorang darinya adalah seorang ibu tunggal.

Mungkin kerana hatinya ada kekosongan yang tidak pernah aku isi dengan kasih sayang dan layanan yang dia perlukan Razman mula berkongsi cerita dengan rakan perempuannya yang aku namakan sebagai Salina (bukan nama sebenar). Masing-masing bersembang berkongsi kisah hidup masing-masing, mungkin juga Razman bercerita tentang aku isterinya yang ribut 24 jam sehari.

 

 

Ketelusan Razman dengan aku juga bukan biasa-biasa ya, dia bercerita dengan aku berkaitan Salina yang ditemui di majlis reunion. Aku pula hanya mendengar acuh tidak acuh sahaja, lebih kepada tidak berminat mendengar dan terpaksa mendengar. Tiada sedikit pun rasa cemburu di hati kerana bagi aku kalau Razman memang mencintaiku sepenuh hati sudah pasti dia tidak akan buat perkara bukan-bukan.

Sedangkan aku sebenarnya tidak tahu sikap tidak ambil tahu aku menyebabkan Razman rasa tidak dihargai dan tidak disayangi. Episod perhubungan Razman dengan Salina diteruskan , sehingga tanpa sedar mereka jadi semakin rapat. Daripada kawan biasa terbit pula rasa suka dan cinta dihati mereka berdua tanpa aku sedari dan ambil peduli. 

Sehingga pada suatu hari Razman menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Salina. Jawapan aku mudah sahaja, aku setuju dia mahu berkahwin dengan Salina dengan syarat dia lepaskan aku, kerana aku tidak mahu hidup bermadu. Sudah tentulah Razman tidak mahu melepaskan aku. Apatah lagi sebagai lelaki dia berhak berkahwin lebih dari satu asalkan berkemampuan.

 

Permintaan Razman untuk berkahwin lagi satu memberikan tamparan yang hebat buat aku. Aku mula tertanya-tanya apa salahku sebelum ini dalam perkahwinan kami kerana sebelum ini Razman memang tidak pernah buat masalah. Hati ini terasa begitu sakit memikirkan bagaimana Razman boleh berhasrat berkahwin lagi sedangkan dia mencintaiku.

Fikiranku jadi tidak tenang dan berkecamuk. Kemarahan aku yang memang sentiasa memuncak , lebih mudah trigger sekarang. Pernah satu hari aku rasa hendak melanggar Razman dengan kereta. Sedangkan waktu itu Razman cuma membantu aku bagi instruction untuk parking kereta sahaja. Lepas tu baru aku tersedar tentang amarah aku yang melampaui batas sehingga tergamak aku terfikir untuk melanggar suami sendiri. 

Tidak termasuk lagi dengan perangai aku yang suka bermasam muka sepanjang hari dengan suami sendiri, keluar rumah pon dengan wajah masam mencuka. Pendek kata aku langsung tidak pernah menjaga hati dan perasaan Razman. Aku cuma fikirkan amarah dan ego aku sahaja. Bagaimanapun Razman memang lelaki kiriman tuhan buatku, seburuk mana perangai amarah aku dia tetap tenang menerima dan sabar.

 

 

Disebabkan hati yang semakin tidak tenang berkenaan isu Razman nak kahwin lain serta amarah aku yang semakin tidak terbendung menyebabkan aku berusaha mencari penyelesaian kepada masalah aku ini. Aku google sahaja di internet mencari maklumat berkenaan penyelesaian masalah yang aku hadapi. Menemukan aku dengan video-video perkongsian Puan Diayana Tahir, Pakar Perhubungan dan Keintiman.

Aku amat tertarik dengan ilmu dan cara penyampaian Puan Diyana lalu aku membuat keputusan mendaftar program yang dianjurkan Puan Diyana melalui syarikatnya Ehati International Malaysia Sdn Bhd. Dipendekkan cerita berapa program yang aku sertai pada awalnya memberikan perubahan baik. Malangnya semua perubahan itu tidak kekal. 

Pernah sekali aku dapati Razman masih berhubung dengan Salina membuatkan aku naik hantu sehingga aku mengamuk dan rasa nak bunuh Razman. Aku sendiri jadi bimbang dengan amarah aku yang semakin tidak dapat dikawal. Pantang ego dan amarah aku trigger habis aku lupakan segala ilmu yang aku pelajari. Akhirnya aku tetap menjadi naga berapi yang hanya tau MARAH, MARAH, MARAH sahaja. Sehingga akhirnya aku mendaftar ke program Kembali Bahagia. Program inilah yang menjadi ‘turning point’ kepada perkahwinan kami yang semakin berantakkan.

Program Kembali Bahagia membantu aku bertenang dengan amalan teknik terapi syukur dan terapi maaf. Kepala aku yang serabut dan berkecamuk kini berjaya menemui ketenangan. Selepas mengamalkan kedua-dua terapi itu secara konsisten dan berterusan aku jadi lebih rasional dalam berfikir dan bertindak. Contohnya sebelum program ini aku sentiasa mengamuk apabila Razman balik kerja dan tertidur di sofa. 

Sedangkan sepatutnya tidak perlu dijadikan isu pun, biasalah dia tertidur kerana penat bekerja seharian. Tapi aku pun tak tahu hantu apa yang merasuk fikiran aku ni yang membuatkan aku marah-marah, membebel dan membentak suamiku yang sedang tidur. Kini aku dah berubah, aku biarkan sahaja Razman tidur kerana aku faham dia penat. Aku tatap wajahnya dengan penuh belas kasih,  wajah suami yang sentiasa kuat bekerja mencukupkan keperluan kami sekeluarga.

Terapi syukur dan terapi maaf juga membantu aku untuk lebih berbelas kasih pada diriku sendiri. Membuatkan aku lebih menyayangi dan memberi perhatian yang tidak berbelah bahagi pada diriku sendiri. Aku selamatkan diriku, hatiku dan jiwaku dari rasa marah, ego dan terluka. Seterusnya aku izinkan diriku untuk merasai cintaku yang besar, rasa jiwa yang tenang dan rasa disayangi sepenuh hati serta cinta tanpa syarat oleh diriku sendiri.



Alhamdulillah amarahku beransur-ansur hilang, wajah masam mencuka dahulu kini aku hiasi dengan senyuman manis istemewa buat suamiku dan semua insan yang aku temui.Sewaktu program Kembali Bahagia aku juga mengenalpasti masalah lain yang kami hadapi adalah masalah komunikasi yang tidak jelas menyebabkan sering berlaku salah faham. Aku ajar Razman teknik Telling The Truth –TTT dan aku sentiasa jampi hatinya supaya dia bahagia dan rasa Hero dimataku. 

Puan Diyana kata psikologi lelaki adalah ingin menjadi hero dimata isterinya. Meskipun aku tidak biasa dan dengan ego aku yang tinggi melangit tu aku tetap cuba biasakan diri mengucapkan terima kasih pada perkara-perkara yang dilakukan oleh Razman. Sebelum ini aku fikir dia sendiri yang nak buat kenapa nak kena ucap terima kasih pula. Biarkan dia kejung tanpa sepatah kata pun hahaha. Kejamnya aku sebelum ini kan.

Ucapan terima kasih dan kata-kata pujian aku terhadap suamiku yang dicintai mebuatkan dia begitu bahagia sekali. Sehinggakan waktu TTT aku tanyakan apakah perkara yang dia mahu aku lakukan untuk membuatkan dia rasa bahagia. Jawapannya “ tak perlu buat apa dah abang bahagia sangat dah sekarang”. Wah mudahlah kerja aku kan dah berjaya bahagiakan suamiku dengan jampi-jampi ajaib tu.



Aku bagitahu juga kepada Razman bagaimana layanan yang aku inginkan daripadanya kerana aku tidak ingin lagi meroyan sepanjang hari, merajuk berpanjangan kerana Razman tidak memahami kehendakku. Sedangkan dia tak bersalah pun sebenarnya, macammana suami nak tahu kemahuan kita kalau kita tak maklumkan kepada dia. Suami bukan ada kebolehan baca minda. Rasa tenang sangat lepas bagitahu, Alhamdulillah.

Ok nak tahu apa aku dapat selepas perubahan yang aku lakukan. Razman memang suami terbaik, lelaki kiriman tuhan buat aku. Pada mulanya dia hadiahkan aku seutas rantai kaki baru. Hadiah kedua dia berikan aku sebentuk cincin baru dan ketiga dia belikan aku sinki baru. Banyangkan betapa bahagia hati ini dilayan dengan penuh kasih dan dimanjakan dengan hadiah-hadiah dari suami. Owh ya selepas belajar terapi maaf , aku meminta maaf dari Razman atas segala layanan buruk, amarah aku dan juga sikap acuh-tidak acuh aku kepadanya. 

Ya aku tahu aku salah dan aku ingin betulkannya tanpa aku menyalahkan orang lain. Kembali Bahagia mengajar aku cara untuk hidup bahagia dengan belajar mengubat diri, menyayangi diri tanpa perlu memikirkan untuk mengubah orang lain sama sekali. Hadiah lain yang lebih membahagiakan adalah hubungan antara kami suami isteri penuh dengan kasih sayang. Setiap hari aku temankan Razman ke pintu, bersalam dengannya sebelum dia pergi kerja. 

Dia pula pasti mencium pipi dan dahi aku sebelum memeluk lembut aku. Razman boleh keluar bekerja dengan hati yang tenang dan aku juga boleh keluar rumah dengan gembira dan redha dari suami. Soal marah, jujurnya aku masih lagi trigger kadang kala. Tapi aku sudah tahu cara mengatasinya, aku peluk lembut diriku sendiri, aku jampi diriku dengan kata-kata positif Alhamdulillah kemarahan itu reda dengan sendiri. Tak percaya? Cubalah!. Trust the process.

Share on your social media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1