Macam mana NAK BERHENTI fokus pada orang ketiga?

Takda isteri yang sanggup berkongsi suami dengan mana2 perempuan TAPI bila suami dah TERlanjur curang.. Apa nak buat?

Nangis? Mengamuk? Cerai? Kalau tu lah solusinnya, sampai bila2 pun masalah takkan settle! Yang akan terus berulang adalah drama semata..

Atau mungkin ada yang menyalahkan orang ketiga? Anda kena ingat tau tetamu takkan masuk kalau takda yang buka pintu.. Jadi anda ingat orang ketiga boleh senang2 bermadu kasih dengan suami anda kalau suami anda tak melayan sama?

Bila cakap pasal masalah rumah tangga ni, isu orang ketiga bukanlah sesuatu yang baru dan tidak asing lagi. Orang ketiga hadir sebab mereka boleh hidu peluang untuk mereka menumpang kasih dan peluang tu tercipta pun sebab pasangan suami isteri sendiri yang tidak menjaga hubungan tu sendiri. 

So, persoalannya sekarang..

Bila suami dah curang apa nak buat?

Ramai isteri stuck terlalu lama dalam kesakitan dicurangi suami sebab terlalu fokus pada kesalahan. Mereka tak sedar yang mereka telah membazirkan energi kepada hal2 yang dah berlaku yang hakikatnya tak mendatangkan hasil pun. Masalah masih tak settle, hati makin sakit lagi ada!

Realitinya dah berlaku. Suami anda dah pun lakukan kesalahan tu. Masa takkan boleh berundur TAPI anda masih boleh tentukan masa hadapan.

Apa yang anda nak? Apa yang anda harapkan?

Jika anda masih nak hubungan rumah tangga tu wujud dan anda nak kembali bercinta dengan suami, nak kembali mesra dan intim anda kena lakukan perubahan! Sebab apa yang anda harapkan tu takkan bergolek depan mata kalau anda hanya duduk2 menungkan nasib malang anda tu. 

Sekarang masanya anda cari tahu macam mana anda nak kuasai masa depan anda tu. Macam mana anda nak harapan anda yang sekarang ni menjadi kenyataan kelak? Sebenarnya kunci untuk memudahkan proses ni hanya perlu fokus pada 2 perkara ni je.

Pertama, fokus pada apa yang anda perlu STOP buat.

STOP buat perkara yang akan membuatkan suami semakin menjauh, mengelak dan melarikan diri dari anda. Contoh yang paling dekat dengan kita semua dan kesilapan ramai orang adalah cara komunikasi.

Mungkin anda tak sedar yang selama ni cara anda komunikasi perasaan sebenarnya lebih kepada attack suami anda yang membuatkan mereka merasa seperti dihukum.

Penting sangat untuk anda kenali 7 triggering point untuk mengelak dari suami semakin jauh dari anda. Memang pasangan dah curangi anda tapi dengan 7 triggering point ni anda boleh mengelak pasangan dari terus menjauhkan diri dari anda. Bila anda dah berjaya kuasai 7 triggering point kami yakin suami anda akan kembali fokus pada anda dan lupakan orang ketiga.

Kedua, sangat penting untuk anda tanyakan pada diri anda apa yang anda nak? Apa yang anda harapkan dari suami dan hubungan tu? Bila anda dah yakin dan pasti dengan apa yang anda nak barulah mudah untuk anda lakukan step seterusnya.

Sebab kenapa penting untuk anda tau apa yang anda nak adalah ramai orang bila terlampau sakit mereka lupa apa yang mereka nak. Mereka hanya terfokus pada masalah sebab terlalu sakit hati, ada yang sampai depress dan dah hilang rasa cinta tu.

Kalau anda sedang tersakiti sekarang ni dan tak tau anda nak apa sebenarnya.. Anda boleh mulakan dengan melihat apa yang menyakiti anda sekarang ni? Jadi anda nak apa? Mungkin anda nak rawat hati..

Sebab ramai orang yang tersakiti ni dia hanya fikir nak hilangkan rasa sakit je dulu, tak fikir pun nak bahagia atau hal lain. Atau ada yang terlalu lama stuck dengan trauma jadi hanya nakkan ketenangan je..  Jadi tentukan apa yang anda nak dan fokus pada hal itu.

Adakah anda dah ready nak kembali bercinta dengan suami?

Izinkan kami bantu anda secara PERCUMA sahaja melalui kelas online.

Share

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Related Post

Suami Curang, Kenapa Salahkan Isteri?

Jangan Serang Orang Ketiga Bila Suami Curang!

6 Perkara yang buat pasangan ‘KECIL HATI’

Kenapa Rumah Tangga Tak Bahagia?

Untukmu Yang Sedang Berusaha Mengikhlaskan Poligami”

LOGO EHATI-love

Copyright © 2020 eHati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1