Percaya atau tidak, impian setiap pasangan suami isteri mahu dikurniakan zuriat. Ada juga yang menganggap zuriat adalah pengikat hubungan suami isteri. Tapi bersedia atau tidak, kehadiran seorang bayi sebenarnya akan mengubah kehidupan dalam sekelip mata.
Perubahan yang dimaksudkan boleh jadi negatif dan sebaliknya. Perhatian yang diberikan kepada pasangan akan perlahan-lahan beralih kepada anak. Tanpa sedar sebenarnya ramai para suami merasa terasing tatkala isteri memberikan lebih perhatian pada anak-anak. Bila suami mula merasa terpinggir, akan timbul konflik dan lebih menyedihkan boleh mengakibatkan keretakan rumah tangga.
Pasangan sering mengalami konflik setelah hadirnya zuriat dalam keluarga adalah kerana terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan dan difikirkan sekaligus. Tiba-tiba anda akan kurang masa memikirkan keperluan suami dan sebaliknya juga buat suami.
Selain menyesuaikan diri dengan rutin bayi dan kurang tidur, perkara-perkara ini boleh menjadi sumber tekanan, kekecewaan dan konflik bagi anda dan suami. Anda mungkin akhirnya banyak bergaduh, mengelakkan perbincangan atau merasa tidak enak, marah dan emosi. Ini semua petanda bahawa hubungan anda berada dalam tekanan.
Persoalannya sekarang,
Bagaimana nak memastikan hubungan suami isteri kekal hangat dan bahagia meskipun anak sudah berderet-deret..
Ramai orang tak sedar betapa pentingnya untuk ada deep connection dengan pasangan anda. Deep connection yang bermaksud hubungan hati antara pasangan dan bukan hubungan fizikal semata. Impak dan keseronokan hubungan fizikal ni hanyalah sementara. Tapi, bila anda dan pasangan mempunyai hubungan hati yang sangat mendalam, ia akan menjadi suatu kekuatan, malah akan membangkitkan dan mengintimkan lagi hubungan fizikal.
Majoriti pasangan mengambil mudah dalam sesebuah perhubungan. Untuk kekal bahagia penting untuk suami dan isteri saling menghormati. Dan komunikasi dua hala juga harus dipraktikkan. Namun terdapat juga pasangan yang memilih untuk berdiam diri saat dilanda konflik kerana tidak ingin mengeruhkan lagi keadaan.
Ramai wanita sering dilihat mengeluarkan kata-kata yang negatif yang sebenarnya akan membuatkan suami rasa terhina. Belajar kawal emosi, jangan mulut badan binasa! Namun begitu, golongan suami juga perlu menjaga intonasi suara dan emosi supaya isteri rasa disayangi dan dihormati.
.
Cuba amalkan teknik berterus-terang kerana teknik ini mengajar anda untuk lebih mengenali pasangan. Elakkan dari hidup berteka-teki kerana ianya boleh mendatangkan kemudaratan pada hubungan.
Masa perkenalan yang lama bukanlah ukuran untuk anda benar-benar mengenali pasangan anda. Anda dan pasangan adalah berbeza. Masing-masing dibesarkan dari keluarga dan gaya hidup yang berbeza. Create anticipation atau sentiasa cipta sesuatu yang istimewa bersama suami supaya suami sentiasa rasa teruja walaupun hanya dengan perkara yang simple seperti kerap memuji suami dan ucapan terima kasih. Ramai terlepas pandang impak dari ucapan terima kasih. Ucapan terima kasih adalah amat berkuasa dan bermakna. Contoh ‘terima kasih abang tolong sayang basuh pinggan, sayang abang’ atau ‘terima kasih abang belanja sayang dan anak-anak makan’.
Sentiasa ucap terima kasih pada suami walau sekecil-kecil usaha atau pertolongan yang telah suami berikan. Tindakan itu terbukti very impactful dan powerful! Jangan ego! Hargai suami anda. Seorang suami akan rasa menjadi HERO dan menang bila anda hargai mereka.
Selalu minta bantuan suami secara baik dan lemah lembut supaya suami sentiasa rasa diperlukan. Jangan membelakangi suami dalam urusan penting seperti anak-anak, kewangan dan hal-hal penting dalam rumah tangga. Sebagai isteri, penting untuk buat suami rasa yang dia bertanggungjawab dan menjadi hero dalam keluarga. Elakkan berharap suami yang membalas cinta anda tapi anda yang harus mulakan terlebih dahulu kerana fitrah seorang lelaki adalah pemalu dan ego dalam menunjukkan perasaan.
Ramai wanita terlalu fokus pada kesalahan suami hingga terlupa untuk being present apabila bersama. Jadilah pendamping terbaik suami dikala suka dan duka. Cara paling power untuk jampi hati suami ialah dengan melihat mata suami apabila berbual.
Ramai orang gagal mengecapi kebahagiaan kerana tidak being present dalam perhubungan. Masih terperangkap dengan perasaan dendam, kemarahan, kekecewaan akibat peristiwa lalu yang menyebabkan anda tidak nampak apa nikmat yang telah anda kecapi.
Sebab itu penting untuk anda tanya pada diri anda “Adakah aku sudah being present dalam hidup? Adakah dengan ‘hidup’ pada masa lalu akan membuatkan hubungan ini makin baik?’. Beri peluang pada diri untuk merasa bahagia dengan berdamai dengan perasaan negatif.
Selain itu, hubungan intim juga menjadi faktor utama konflik tercetus selepas hadirnya zuriat. Ramai pasangan yang sudah lama berkahwin mempunyai masalah dalam hubungan intim walaupun sudah mempunyai anak. Tanpa sedar anda dan pasangan sebenarnya mengamalkan hubungan intim yang tidak sihat sehingga menyebabkan hubungan intim semakin hambar dan menjadi punca hubungan bersama suami semakin dingin dan hilang ’spark’.
Pernah terfikir tak kenapa hubungan intim ni awal2 je best? Lepas dah 2-3 tahun kahwin, spark tu dah hilang. Pelik kan mana pergi spark tu? Padahal perasaan sayang dan cinta masih ada..
Sebenarnya kami terima banyak sangat masalah berkaitan hubungan intim dan satu je kami nak tanya, anda dan pasangan amalkan hubungan intim sihat ke tak? Mesti terpinga2 kan sihat ke tak? Macam mana nak tau?
Bila anda dan suami mengamalkan hubungan intim tidak sihat tu yang lama2 spark tu hilang, masing-masing dah tak ghairah, susah nak ‘turn on’ dan badan pun hilang semangat..
Senang je nak hadirkan semula spark dalam hubungan intim ni dengan cara reboot semula hubungan intim anda dengan merobohkan tembok yang menghalang ke arah keintiman hubungan anda dan suami. Cari tahu apakah sexual desire anda dan suami anda tu..
Percayalah lepas anda dah reboot semula hubungan intim anda akan dapat menikmati keseronokan hubungan intim yang sebenar. Hubungan se*s bukan sekadar hubungan se*s, ianya datang dari hati dan setulusnya. Anda tak perlu terhegeh-hegeh minta, suami dah tau sendiri yang anda mahukannya..
Antara cara yang terbukti berkesan dalam meningkatkan hormon cinta atau mengekalkan hubungan yang lebih romantik adalah dengan berurut, memeluk dan bercumbu. Ia dapat menjadikan hubungan dengan pasangan semakin hangat walaupun perkahwinan sudah mencecah berbelas tahun.
Akhir sekali, kesilapan ramai wanita adalah terlalu mengharapkan suami yang membahagiakan mereka. Kalau takda suami, anda mati. Kalau berkongsi suami, anda mati. Anda terlalu bergantung pada suami dalam segala hal sebab tu bila suami takda anda terus jadi lemah, gagal dan tak terurus.
Ramai wanita selalu rasa tidak bahagia kerana merasakan suami tidak menyayangi dan menghargai mereka seperti yang diharapkan. Ubah sudut pandang anda, elakkan mengharap suami membahagiakan anda tapi jadilah pencipta kebahagiaan. Percayalah disaat anda menjadi pencipta kebahagiaan secara tak langsung orang lain akan merasakan kebahagiaan itu.
Kalau anda NAK DIBANTU..
Klik link di bawah kalau nak tahu next step apa patut anda buat
Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved