“MACAM MANA NAK MENANG DARI ORANG KETIGA?”

Manusia ni bila dilarang buat sesuatu makin dia nak buat. Setuju?

Contoh dari kecil lagi mak cakap jangan buat, lagi kita nak buat sebab masa tu tahap curiosity sangat tinggi, kita nak tahu lebih lagi dan kita nak tahu impak dari apa yang kita buat.

Sama juga macam sekarang, lagi anda larang suami untuk jumpa orang ketiga lagi mereka berdegil nak jumpa nak-nak bila tengah kemaruk cinta ni.

.

Anda halanglah macam mana sekalipun suami tu dari berjumpa orang ketiga tetap takkan merubah apa-apa..

Anda mengamuk dan meroyan pada suami. Anda pergi serang orang ketiga. Anda ugut dengan perkataan cerai. Semua hal ni bukan menyelesaikan masalah pun, balik-balik drama yang sama.. Takda kesudahan pun

Manusia ni bila dah suka, dah kemaruk dengan sesuatu tanpa ada rasa bersalah pun dengan apa yang di buat walaupun tahu impaknya, tapi sebab dah suka dah tak peduli pada apa-apa yang menghalang sekali pun.

.

Contoh suami anda curang, suami tahu yang curang itu salah dan dia tahu anda tahu kesalahannya tu tapi masih buat tak tahu.. Maksudnya apa?

Maksudnya dia tak rasa bersalah, tak rasa berdosa. Jadi kenapa anda nak susah-susahkan diri buat apa-apa?

Anda takkan boleh nak halang hal tu sebab semakin anda halang, semakin kuat dan padu magnet cinta mereka.

.

Menariknya lelaki dan wanita ni Allah jadikan bila dalam hubungan ada pihak yang lari dan ada pihak yang mengejar.

Dan dalam hal orang ketiga ni, anda yang mengejar suami dan suami pula melarikan diri daripada anda. Betul tak?

Semakin anda mengejar suami, semakin suami akan melarikan diri sebab dia sedang mengejar yang lain.

.

Jadi kalau anda berterusan buat sesuatu untuk pisahkan mereka walaupun terang-terangan anda takkan berjaya pun sebab MENGEJAR bukan cara yang betul untuk memisahkan mereka. 

Jadi tanyakan pada diri apa sebenarnya yang anda sedang buat ni?

Bila anda attack suami anda sebab nak pisahkan suami dari orang ketiga tanpa ada kebijaksanaan anda akan kalah. Kenapa? 

.

Sebab orang yang tenang je akan menang. Orang yang sedang sakit selalu terdorong dengan emosi. 

Sebab tu kena susun strategi dengan 3 fasa ini. 

Fasa pertama fokus pada PERSIAPAN diri anda dulu. Barulah masuk fasa kedua. Fasa kedua adalah MEMAHAMI, kenali siapa lawan anda. Anda cukup kenal tak siapa orang yang anda nak attack ni?

.

Ramai orang melulu attack pasangan, tu yang pasangan makin lari.

Sebab tu anda kena kenal betul-betul pasangan anda sebelum anda nak attack. 

Supaya anda tahu apa kehendak hati pasangan anda, apa yang suami nak, apa yang suami tak nak, apa sebenarnya magnet dalam diri yang boleh menyebabkan suami menarik dan bukan menolak anda..

.

Bila anda dah faham tentang konsep ni barulah masuk fasa ketiga, iaitu fasa ATTACK.

Tapi attack ni pun bukan bermaksud menyerang dan bukan juga fokus pada orang ketiga, burukkan orang ketiga, pergi jumpa orang ketiga tu, BUKAN..

Fasa ATTACK bermaksud persiapan diri anda dan persiapan untuk anda menjadi magnet menarik suami anda. Ini dipanggil kekuatan feminin yang anda telah bina..

 

Share On Your Social Media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Related Post

Suami Curang, Kenapa Salahkan Isteri?

Jangan Serang Orang Ketiga Bila Suami Curang!

6 Perkara yang buat pasangan ‘KECIL HATI’

Kenapa Rumah Tangga Tak Bahagia?

Untukmu Yang Sedang Berusaha Mengikhlaskan Poligami”

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1