MADU OH MADU…

Alam perkahwinan merupakan suatu dimensi kehidupan yang mengujakan buat pemuda pemudi.  Segalanya digambarkan cukup indah seperti drama-drama cinta di televisyen. Ketika membuat  keputusan untuk berkahwin aku Bunga (bukan nama sebenar) bersama suamiku Hashim( bukan  nama sebenar) juga begitu. Setiap persiapan secara mental dan fizikal kami sediakan sebaik  mungkin. Masing-masing berikrar untuk setia sehidup semati serta menerima kelebihan dan  kekurangan pasangan apa adanya. Syukur dengan rahmat Allah perkahwinan kami berjalan  lancar dan bahagia. Bagaimanapun aku dan Hashim terpaksa tinggal berjauhan kerana tuntutan  kerja. Hashim yang bekerja sebagai pemandu lori tinggal di Terengganu berhampiran tempat  kerjanya manakala aku dan anak-anak menetap di Kelantan. Hashim akan pulang ke pangkuan  kami setiap dua minggu sekali. Begitulah rutin hidup kami selama bertahun-tahun. 

Segalanya berjalan lancar kerana aku dan Hashim sama-sama memahami peranan masing masing dalam rumahtangga. Aku terbuka untuk tinggal berjauhan dalam Perhubungan Jarak Jauh  –PJJ selagimana Hashim mampu menunaikan tanggungjawab menafkahi kami sekeluarga.  Sepanjang PJJ ini sudah pastilah kepercayaan kami dalam perhubungan dipertaruhkan. Bukan  mudah untuk dilalui tetapi aku setiasa percaya Hashim akan setia bersamaku sehingga akhir  hayat kami. Namun benarlah kata orang setiap perkahwinan itu ada cabaran dan dugaan yang  perlu ditempuh setiap pasangan yang berkahwin. Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan PKP fasa  ketiga bulan April lalu benar-benar merentap bahagia dan percayaku pada Hashim. Ekoran PKP  terdetik di hati ini untuk menghubungi Hashim melalui panggilan video. Panggilanku dijawab oleh  Hashim, dari segi tindak – tanduknya sama seperti biasa tiada apa yang mencurigakan. Namun  aku perasan Hashim berada di rumah yang lain, bukan tempat tinggalnya yang selama ini menjadi  kediamannya. 

 

Share On Your Social Media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Related Post

Suami Curang, Kenapa Salahkan Isteri?

Jangan Serang Orang Ketiga Bila Suami Curang!

6 Perkara yang buat pasangan ‘KECIL HATI’

Kenapa Rumah Tangga Tak Bahagia?

Untukmu Yang Sedang Berusaha Mengikhlaskan Poligami”

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1