MADU OH MADU: DAHULU SETERU KINI BERSAHABAT

Wanita ni kalau sebut sahaja madu terus fikiran menerawang memikirkan segala perkara yang menyakitkan dan menakutkan. Pendek kata perkataan ‘madu’ ini macam sumpah sepanjang zaman pada kaum hawa. Mana tidaknya siapa pula di dalam dunia ini yang ingin hidup berkongsi kasih, berkongsi suami. Sudah terbayang-banyang rasa sakit dicurangi dan kasih si suami beralih arah. Tengok sahaja kisah-kisah viral suami-suami yang punya hubungan dengan perempuan lain di laman sosial. Yang curang si Hanafi dengan Raihana tetapi yang marah, mengecam dan menyerang bukan sahaja isteri Hanafi seorang sebaliknya semua ‘bala tentera persatuan isteri-isteri’ pakat menyerang secara berjemaah. Itulah gambaran dahsyatnya reaksi  isteri kepada kecurangan tindakan si suami yang menduakan cinta si isteri. Dahulu saya sekadar membaca sahaja kisah-kisah poligami pasangan berkahwin ini, selalunya saya tidak ambil serius. Membaca sekadar mengetahui perkembangan semasa dan update informasi sahaja. Sehinggalah isu poligami ini kena pada batang hidung saya sendiri. Sumpah demi Allah memang sakit, memang terluka, memang boleh buat kita hilang pertimbangan. Bayangkan saat saya dapat tahu berkaitan perkahwinan suami dengan madu, hati saya ini rasa bagai direntap dengan ganas. Kesakitan yang tidak dapat digambarkan, seolah-olah kehidupan bersama selama berpuluh tahun itu adalah dusta belaka.

Share On Your Social Media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Related Post

Suami Curang, Kenapa Salahkan Isteri?

Jangan Serang Orang Ketiga Bila Suami Curang!

6 Perkara yang buat pasangan ‘KECIL HATI’

Kenapa Rumah Tangga Tak Bahagia?

Untukmu Yang Sedang Berusaha Mengikhlaskan Poligami”

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1