MADU OH MADU: DAHULU SETERU KINI BERSAHABAT

Wanita ni kalau sebut sahaja madu terus fikiran menerawang memikirkan segala perkara yang menyakitkan dan menakutkan. Pendek kata perkataan ‘madu’ ini macam sumpah sepanjang zaman pada kaum hawa. Mana tidaknya siapa pula di dalam dunia ini yang ingin hidup berkongsi kasih, berkongsi suami. Sudah terbayang-banyang rasa sakit dicurangi dan kasih si suami beralih arah.

Tengok sahaja kisah-kisah viral suami-suami yang punya hubungan dengan perempuan lain di laman sosial. Yang curang si Hanafi dengan Raihana tetapi yang marah, mengecam dan menyerang bukan sahaja isteri Hanafi seorang sebaliknya semua ‘bala tentera persatuan isteri-isteri’ pakat menyerang secara berjemaah. Itulah gambaran dahsyatnya reaksi  isteri kepada kecurangan tindakan si suami yang menduakan cinta si isteri.

Dahulu saya sekadar membaca sahaja kisah-kisah poligami pasangan berkahwin ini, selalunya saya tidak ambil serius. Membaca sekadar mengetahui perkembangan semasa dan update informasi sahaja. Sehinggalah isu poligami ini kena pada batang hidung saya sendiri. Sumpah demi Allah memang sakit, memang terluka, memang boleh buat kita hilang pertimbangan. Bayangkan saat saya dapat tahu berkaitan perkahwinan suami dengan madu, hati saya ini rasa bagai direntap dengan ganas. Kesakitan yang tidak dapat digambarkan, seolah-olah kehidupan bersama selama berpuluh tahun itu adalah dusta belaka.

 

 

 

 

 

 

 

Ketika itu segala kesedihan bersarang di hati dan di minda. Jiwa jadi kacau, suasana kehidupan yang harmoni dahulu tinggal kenangan. Saya tidak lagi setenang dahulu air mata sahaja yang menemani diri saban waktu, keceriaan dan kehangatan kasih sayang terhadap anak-anak juga semakin dingin. Saya seolah-olah tenggelam dalam diri saya sendiri. Keadaan ini berlarutan agak lama sehingga terdetik persoalan di hati saya, “sampai bila aku ingin terus begini”. 

Kesedaran yang hadir dalam diri membuatkan saya berusaha mencari inisiatif untuk keluar dari belenggu kesedihan. Usaha saya itu menemukan saya dengan Ehati yang begitu banyak membantu perubahan hidup saya kini. Pada awalnya saya menonton video perkongsian Puan Diyana Tahir, Pakar Perhubungan dan Keintiman bertajuk “Tenang Kunci Menang”.

Topik yang amat menarik perhatian saya, saya ingin mengetahui cara yang boleh saya lakukan untuk kekal tenang walaupun dalam keadaan rumahtangga saya diduga dengan perkahwinan baru suami saya. Saya juga ingin menjadi wanita yang menang. Berjaya memenangi hati dan jiwa sendiri kemudian memenangi hati dan jiwa suami. Saya mendaftar ke kelas kembali bahagia yang yang dijalankan selama tiga hari secara dalam talian. Penyertaan saya ke Kelas Kembali Bahagia ini dengan harapan setinggi gunung untuk saya bahagia semula. 

 

 

 

 

 

Ketika itu saya rela menimba sebanyak mana ilmu yang boleh asalkan jiwa saya kembali tenang dan perkahwinan kami selama 29 tahun ini berjaya kami pelihara sehingga akhir hayat. Saya ingin kuatkan mental dan fizikal saya agar apa sahaja yang mendatang selepas ini akan dapat saya harungi dengan baik.Kelas Kembali Bahagia adalah kelas yang lain dari kelas-kelas rumahtangga dan ceramah-ceramah kekeluargaan yang saya selalu ikuti. Kelas Kembali Bahagia mengajar saya untuk kembali kepada diri.

Belajar untuk meletakkan diri sendiri sebagai keutamaan, dilayan dan dibelai penuh kasih sayang dan cinta yang tiada tolok bandingnya. Sesuatu yang pada awalnya saya anggap pelik, bagaimana seseorang manusia boleh boleh mencintai dirinya sendiri bukankah tindakan seperti itu dianggap pentingkan diri dan tidak baik untuk kita amalkan?. Rupa-rupanya tanggapan saya selama ini salah, rasa sayang dan cinta pada diri itu membawa jutaan kebaikan bukannya keburukan. 

Akibat terlalu memberi perhatian kepada orang lain termasuk suami dan anak-anak jiwaku lama-kelamaan semakin kosong. Menjadikan saya seorang si peminta-minta, merayu kasih dan sayang dari orang sekeliling. Apabila permintaan saya tidak dipenuhi atau tidak diendahkan saya jadi kecewa dan sedih. Lama kelamaan keadaan ini berlarutan membuatkan kebergantungan perasaan terhadap orang lain jadi begitu besar, sehingga hati ini mudah saja terluka dan kecewa dek kerana keinginan yang tidak dipenuhi. 

 

 

 

 

 

Selepas belajar dalam kelas Kembali Bahagia banyak kesedaran yang aku perolehi, kesedaran supaya aku merubah diri menjadi seorang wanita pencipta dan bukan peminta-minta. Saya sedari kesalahan-kesalahan yang saya lakukan selama ini. Kesalahan kerana saya terlalu lama meninggalkan diri sendiri dan memberi fokus kepada memenuhi kehidupan suami dan anak-anak. Saya sentiasa settle for less untuk diri sendiri. Menurut Puan Diyana ‘bagaimana mungkin orang lain tidak meninggalkan diri kita, sedangkan diri kita sendiri pun  meninggalkan diri kita”.

Kesedaran ini adalah satu rahmat yang besar kerana sekurang-kurangnya saya berjaya mengenalpasti kesilapan saya dan membolehkan saya untuk memperbaiki diri. Syukur pada Allah Puan Diyana bukan sahaja membimbing peserta kelas kembali bahagia untuk mendiagnosis masalah malah turut memberikan bimbingan untuk menyelesaikan permasalahan yang dilalui. Bagi diri saya sendiri saya fokuskan kepada tiga teknik penting iaitu self love, terapi maaf dan terapi syukur.

Kesemua teknik ini saya amalkan setiap hari secara konsisten bagi memastikan hasilnya dapat membantu saya memperbaiki kualiti diri saya sendiri serta mengembalikan kebahagiaan dalam keluarga kami.Saya lakukan beberapa perkara untuk self love seperti saya utamakan penjagaan diri, jadi saya pilih makanan seimbang yang terbaik setiap hari, selain itu saya manjakan diri dengan membeli hadiah-hadiah istimewa untuk diri saya sendiri.

 

 

 

 

 

Tidak kira samada saya beli baju, kasut, tudung dan sebagainya. Soal harga bukanlah isu utama yang penting memberi hadiah kepada diri sendiri membuatkan hati saya tenang dan gembira. Rasa diri berharga dan disayangi. Saya ubah hala tuju hidup saya yang sebelum ini tidak begitu jelas. Saya letakkan sepenuh pergantungan saya pada Allah dan bukan pada mana-mana makhluknya  kerana Allah yang maha mengetahui dan maha berkuasa dalam menentukan setiap sesuatu.

Selepas lima bulan  saya fokus pada proses penyembuhan jiwa dengan teknik-teknik yang saya pelajari dalam kelas kembali bercinta ini Alhamdulillah hati saya mula rasa tenang dan bahagia yang hilang dapat dirasai kembali.Saya sentiasa being present dengan diri saya.  Sekiranya suami tiada bersama saya dan kerumah madu saya akan ambil peluang untuk me time dengan diri sendiri atau anak-anak. 

Apabila suami tiada waktu itulah saya ambil masa untuk tidur dan berehat secukupnya. Kadangkala saya bawa anak-anak keluar makan di luar sambil, ambil masa untuk bonding dengan mereka. Anak-anak saya ada empat orang dan semuanya begitu menyayangi dan mengambil berat tentang saya. Sentiasa pastikan saya makan dan kalau saya tidak sihat merekalah yang paling risau. Sibuk cari kan ubat untuk saya makan supaya cepat sembuh. 

 

 

 

 

 

 

Saya betul-betul tak sangka selepas mengamalkan ilmu yang saya pelajari dalam kelas kembali bahagia ini buat saya betul betul berubah. Pada mulanya saya macam percaya tak percaya juga. Tapi saya tak fikir banyak, saya buat sahaja apa yang diajar oleh Puan Diyana. Bukan setakat saya berubah menjadi semakin tenang dan bahagia, hubungan antara saya dengan suami dan madu juga telah banyak berubah. 

Saya perhatikan suami saya tidak lagi stress dengan kerenah saya, dia juga kelihatan lebih tenang sekarang. Dan keduanya madu saya pula. Dahulu memang nak dengar nama pun saya dah meluat bukan main tetapi kini saya izinkan diri saya untuk memaafkan dia dan juga menerima dia dengan hati yang ikhlas ke dalam keluarga kami.

Dahulu memang kami tidak berhubung sekarang kami dan boleh bersembang di whats apps, dah boleh berkirim-kirim lauk pauk malah juadah raya pun kami dah bertukar-tukar sekarang. Syukur Alhamdulillah, berbalik semula kepada perkara yang saya katakan  tadi, saya letakkan 100 peratus kebergantungan pada Allah. Kalau sudah ditakdirkan suami saya punya dua isteri maka saya redha dengan hati yang terbuka menerima ketentuan Allah swt.

Share on your social media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1