Alam perkahwinan merupakan suatu dimensi kehidupan yang mengujakan buat pemuda pemudi. Segalanya digambarkan cukup indah seperti drama-drama cinta di televisyen. Ketika membuat keputusan untuk berkahwin aku Bunga (bukan nama sebenar) bersama suamiku Hashim( bukan nama sebenar) juga begitu.
Setiap persiapan secara mental dan fizikal kami sediakan sebaik mungkin. Masing-masing berikrar untuk setia sehidup semati serta menerima kelebihan dan kekurangan pasangan apa adanya. Syukur dengan rahmat Allah perkahwinan kami berjalan lancar dan bahagia.
Bagaimanapun aku dan Hashim terpaksa tinggal berjauhan kerana tuntutan kerja. Hashim yang bekerja sebagai pemandu lori tinggal di Terengganu berhampiran tempat kerjanya manakala aku dan anak-anak menetap di Kelantan. Hashim akan pulang ke pangkuan kami setiap dua minggu sekali. Begitulah rutin hidup kami selama bertahun-tahun.
Segalanya berjalan lancar kerana aku dan Hashim sama-sama memahami peranan masing masing dalam rumahtangga. Aku terbuka untuk tinggal berjauhan dalam Perhubungan Jarak Jauh –PJJ selagimana Hashim mampu menunaikan tanggungjawab menafkahi kami sekeluarga. Sepanjang PJJ ini sudah pastilah kepercayaan kami dalam perhubungan dipertaruhkan.
Bukan mudah untuk dilalui tetapi aku setiasa percaya Hashim akan setia bersamaku sehingga akhir hayat kami. Namun benarlah kata orang setiap perkahwinan itu ada cabaran dan dugaan yang perlu ditempuh setiap pasangan yang berkahwin. Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan PKP fasa ketiga bulan April lalu benar-benar merentap bahagia dan percayaku pada Hashim.
Ekoran PKP terdetik di hati ini untuk menghubungi Hashim melalui panggilan video. Panggilanku dijawab oleh Hashim, dari segi tindak – tanduknya sama seperti biasa tiada apa yang mencurigakan. Namun aku perasan Hashim berada di rumah yang lain, bukan tempat tinggalnya yang selama ini menjadi kediamannya.
Ketika itu terdetik di hatiku “ adakah suami aku kahwin lain”. Bagaimanapun rasa itu aku pendam sendiri, tanpa sebarang soalan terluah. Segalanya berlalu seperti biasa sahaja. Meski dalam hati ini bergelora hanya Allah yang tahu. Bermacam yang aku fikirkan, bermacam sangkaan bermain di fikiran.
Hujung minggu itu Hashim pulang kerumah, segalanya seperti biasa, selepas makan Hashim tidur dan berehat. Disebabkan rasa sangsi yang membuak-buak aku untuk pertama kalinya curi-curi membuka telefon pintar Hashim. Masih lagi tiada sebarang perkara luar biasa yang aku jumpa, semuanya biasa sahaja. Sehinggalah aku tergerak hati untuk membaca mesej ibunya di aplikasi whats apps.
Dalam mesej itu tertera “abang, kakak dah balik rumah? Baby ok?”dihantar oleh adik perempuan Hashim. Banyangkan ketika itu hatiku rasa begitu pedih bagai disiat-siat, seluruh badanku menggigil dan terasa tidak mampu berdiri lagi. Air mataku menitis bagaikan hujan yang turun mencurah-curah. Di dalam hatiku masih berharap semua yang aku temui ini tidak benar dan hanya igauan semata-mata.
Meskipun begitu aku masih berjaya mengawal tindakanku. Aku bertenang dan menunggu Hashim bangun dari tidur. Sebaik Hashim bangun aku bertanya “ Abang ada orang lain? Saya mimpi bukan-bukan pasal abang”. Hashim diam dan kemudian dengan tenang menjawab dengan sepatah perkataan “hermm” jawapan yang benar-benar menghancurkan hatiku.
Aku menangis semahunya kerana tidak dapat menahan rasa kecewa dan semua itu disaksikan anak-anak kami. Hashim mengaku masih menyayangiku. Namun semua kata-kata itu sudah tidak lagi bermakna pada aku. Apa makna sayang kalau Hashim sudah menduakan aku. Bukan sahaja telah berkahwin lain malah sudah punya anak bersama.
Perasaanku benar-benar berkecamuk ketika itu. Lebih memeritkan adalah Hashim terus berdiam diri selepas itu dan terus pulang ke Terengganu untuk bekerja keesokkan harinya. Hashim meninggalkan rumah seolah-olah tiada apa-apa berlaku. Keadaan berlalu tanpa sebarang khabar berita, meskipun hanya satu panggilan telefon. Aku benar-benar terluka, siang dan malam berendam air mata, rasa diri seperti tidak berguna dan tidak dihargai sama sekali.
Hashim terus berdiam diri. Membuat aku rasa terabai dan rasa tidak puas hati yang membuak buak. Lebih sulit ketika itu seluruh Malaysia masih dalam PKP. Aku dan anak-anak tidak dapat kemana-mana apatah lagi untuk ke Terengganu bertemu Hashim. Aku akhirnya memutuskan untuk sekali lagi membuat panggilan video dengan Hashim.Panggilan itu dijawab dan ketika itu Hashim bersama isteri barunya berada di klinik untuk pemeriksaan bayi baru mereka.
Itulah kali pertama aku melihat wajah maduku, seorang yang sedikit berisi berbanding aku. Sempat terlintas di fikiranku apakah punca wanita itu berjaya menambat hati suamiku, sedangkan dari segi penampilan aku lebih menarik dan cantik. Keadaan semakin lama semakin membuat aku tertekan, anak-anak juga terkena tempiasnya. Anak sulungku Afiq (bukan nama sebenar) seringkali memberontak dan menunjukkan kemarahan.
Afiq benar-benar marah pada ayahnya, sehingga dia sering menunjukkan reaksi marah setiap kali nama ayahnya disebut. Sebagai seorang ibu aku rasa begitu kecewa kerana tidak banyak yang aku lakukan untuk memujuk serta memulihkan kekecewaan anakku kerana aku juga tenggelam dalam kesedihan sendiri.
Ketika ini banyak masa aku habiskan dengan berdiam diri dan membelek media sosial melayan perasaan. Ketika itu aku terpandang iklan Kembali Bahagia di laman facebook. Video-video yang ditayangkan benar-benar menyentuh hati dan aku tahu inilah yang aku perlukan.Tanpa membuang masa aku terus mendaftar dan mengikuti kelas demi kelas yang diadakan di Group Kembali Bahagia.
Perkara utama yang aku syukuri adalah kelas kembali bahagia menemukan aku dengan ramai wanita lain yang turut mempunyai masalah perhubungan seperti aku. Keadaan ini membuka minda aku untuk lebih menerima keadaan diri aku dan belajar untuk menjadi lebih baik.Sebelum ini segala yang aku lakukan adalah untuk suamiku Hashim, dan apabila perkara yang aku lakukan tidak disedari dan dihargai aku sering kecewa.
Kekecewaan demi kekecewaan menyebabkan aku menjadi seorang wanita yang kurang keyakinan diri. Dalam kelas kembali bahagia aku sedar kesilapan aku selama ini. Sebagai seorang isteri dan ibu, anak-anak dan suami sentiasa menjadi keutamaan aku. Sehingga dalam kebanyakkan waktu aku terlupa untuk membahagiakan diriku sendiri.
Kelas Kembali Bahagia mengajar aku untuk menyayangi dan mencintai diriku sendiri sebelum aku memberi keutamaan kepada orang lain. Perlahan-lahan aku mula memberi tumpuan dan perhatian kepada diriku, sehingga aku menjadi seorang yang tenang dan gembira. Aku tidak lagi menangis mengenang nasib tanpa sebarang usaha memperbaiki diri.
Sepanjang mengikuti kelas kembali bahagia aku paling terkesan dengan modul yang mengajar berkaitan kemaafan. Dari situ aku belajar memaafkan diriku sendiri atas segala kesilapan yang telah aku lakukan selama ini. Aku juga belajar memaafkan orang yang menyakitiku.
Secara peribadi aku membenarkan diriku memaafkan isteri kedua Hashim kerana wujud antara kami suami isteri dan pernah membuatkan aku menderita.Pelbagai perubahan baik aku lakukan setiap hari. Bersama circle yang positif kami di dalam group kembali bahagia sentiasa menginspirasikan perubahan antara satu sama lain.
Aku kini lebih pandai membahagi masa untuk anak-anak dan diri sendiri. Kebiasaannya aku akan peruntukkan waktu untuk aku memanjakan diri di spa dan sebagainya. Ketenangan dan keceriaan aku juga mempengaruhi anak-anak. Anak-anak tidak lagi memberontak dan bersedih, kini mereka lebih mendengar kata dan tidak pernah sekalipun melakukan sesuatu yang boleh memudaratkan diri mereka.
Hubungan aku dengan Hashim juga semakin subur dengan kasih sayang. Jika dahulu Hashim selalu menjauh dan mendiamkan diri kini dia semakin menyayangiku, tutur katanya lebih lembut dan mendamaikan. Meski sudah punya dua isteri namun ketika pulang ke rumah aku Hashim masih meminta aku untuk memotong kukunya, trim rambut dan misai serta ingin aku mengurutnya.
Pernah terdetik di hati aku mempertikai tindakan Hashim, manakan tidak sudah punya isteri baru perkara remeh sebegitu masih mengharapkan aku. Rupanya selama ini aku silap begitulah bahasa cinta Hashim yang mahu dibelai dan bermanja denganku. Layanan yang membuat dia rasa dicintai dan disayangi. Bayangkan kalau aku tidak pernah bertemu ilmu eHati ini pasti selamanya aku anggap Hashim mengada-ngada dan ingin menyusahkan aku.
Syukur ya Allah dengan ilmu eHati ini aku mendapat semula ketenangan dan kedamaian hatiku, aku dapat semula kebahagiaan aku bersama Hashim. Maduku si Mastura (bukan nama sebenar) tampak kurang senang dengan kebahagiaan kami. Mastura sering menaikkan pelbagai status meroyan di whats apps dan dia juga sering menghubungi Hashim ketika Hashim pulang ke rumahku.
Jika dahulu aku kerap rasa tersinggung menyebabkan Hashim akan menjawab panggilan berjauhan denganku. Kini aku biasa sahaja tidak punya rasa tidak senang dengan panggilan atau ‘gangguan’ dari Mastura. Aku biarkan berlalu tanpa rasa berbekas dihati. Aku cuma ingin menikmati dan ‘being present’ moment-moment aku bersama suamiku.
Dengan ilmu eHati syukur aku tidak menjatuhkan maruah aku dengan bertindak menyerang orang ketiga.Ingin aku ingatkan disini kepada wanita yang membaca perkongsian ini,ilmu perhubungan dan keintiman yang betul akan membuka jalan bahagia buat rumahtangga kita. Jangan putus asa dan membiarkan diri tenggelam dalam kesedihan, kemarahan, kekecewaan dan pelbagai perkara negatif lagi. Cari ilmu dan badani ilmu untuk kita kembali bahagia bersama insan tercinta
Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved