MENANGGUNG DERITA SENDIRIAN 10 TAHUN KERANA PENGKHIANATAN KEKASIH DAN TEMAN BAIK

Hai semua izinkan aku berkongsi rasa dan cerita di ruangan ini. Profile aku sedikit berbeza dari teman-teman yang turut berkongsi cerita di sini, kerana masalah aku sama sekali bukan berkaitan hubungan perkahwinan. Terlebih dahulu aku perkenalkan nama aku Cik Agnes, ya cik aku masih bujang dan belum pernah berkahwin. Enjoy my life happily to the fullest now ☺. Berusia lewat 30-an dan bekerja sebagai seorang pegawai di salah sebuah sektor kerajaan di ibu negara. Kisah yang bakal aku kongsikan ini sudah berlaku agak lama dan aku baru sahaja mendapat semula jiwa dan ‘kehidupan’ aku pada 2019 yang lalu. Iya satu tempoh yang panjang yang begitu memenatkan dan menyakitkan. Jika anda pernah melalui sebarang tekanan emosi, berdepan kekecewaan yang menyakitkan tolong dapatkan bantuan dan cari penyelesaian segera. Amat zalim untuk diri kita sendiri membiarkan dan mengizinkan kehidupan kita menderita dan sakit untuk jangkamasa yang panjang. 

 

Kisahnya bermula begini, aku pernah menjalin hubungan cinta dengan seorang jejaka bernama Emran (bukan nama sebenar) sekitar tahun 2008 yang lalu. Hubungan kami baik dan normal sama seperti pasangan bercinta yang lain. Banyak meluangkan masa bersama berdua dan juga bersama rakan-rakan kami. Semuanya berjalan lancar sehingga pada tahun 2010 aku tiba-tiba terserempak dengan Emran  bersama Adlina ( bukan nama sebenar) yang merupakan kawan baik aku di sebuah restoran. Bayangkan perasaan aku ketika itu, jantung aku berdegup laju, terasa darah menyirap ke muka .

Share On Your Social Media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Related Post

Suami Curang, Kenapa Salahkan Isteri?

Jangan Serang Orang Ketiga Bila Suami Curang!

6 Perkara yang buat pasangan ‘KECIL HATI’

Kenapa Rumah Tangga Tak Bahagia?

Untukmu Yang Sedang Berusaha Mengikhlaskan Poligami”

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1