Menggapai semula nikmat perkahwinan setelah 29 tahun..
Aku Zurya (nama samaran), yang bekerja sebagai seorang jururawat dan perkahwinan aku dah mencecah 29 tahun. Tapi aku resah sebab ada masalah komunikasi dengan suami aku.Mana tidaknya, semua benda menjadi isu. Serba tidak kena. Semuanya tidak betu di pandangan matanya. Bila buat silap, suami aku tegur di depan orang ramai. Jatuh air muka aku terasa dah seolah-olah dah berumur ni pun aku tidak pandai melayan suami. Sedangkan dengan orang lain, baik pula suami aku layan. Kenapa dengan aku tak begitu? Lama kelamaan isu ini buat aku pendamkan rasa marah sampaikan aku rasa tak mahu tengok muka suami aku ini.
Biasanya bila terdapat perubahan pada sikap suami aku ni, aku mesti mengesyaki sama ada dia ada “affair” ke. Aku bersungguh-sungguh berdoa pada Allah minta ditunjukkan jika ada sesuatu yang tidak kena. Akhirnya terjumpa bukti perbualan mesej antara suami aku dengan perempuan lain.Walaupun, suami aku dengan perempuan tu tidak keluar malam bersama, hati aku tetap resah. Mana tidaknya, sikap marah suami aku ni menjadi-jadi, sehinggakan ada suatu hari dalam kereta, aku kena marah sampaikan nak dihalau keluar dari kereta.