Menggapai semula nikmat perkahwinan setelah 29 tahun..

“Sebenarnya saya dah lama sangat saya nak keluarkan diri saya dari kepompong. Saya rasa saya buat apa pun semua tak kena”.

 

Aku Zurya (nama samaran), yang bekerja sebagai seorang jururawat dan perkahwinan aku dah mencecah 29 tahun. Tapi aku resah sebab ada masalah komunikasi dengan suami aku.Mana tidaknya, semua benda menjadi isu. Serba tidak kena. Semuanya tidak betu di pandangan matanya. Bila buat silap, suami aku tegur di depan orang ramai. Jatuh air muka aku terasa dah seolah-olah dah berumur ni pun aku tidak pandai melayan suami. Sedangkan dengan orang lain, baik pula suami aku layan. Kenapa dengan aku tak begitu?  Lama kelamaan isu ini buat aku pendamkan rasa marah sampaikan aku rasa tak mahu tengok muka suami aku ini.

Biasanya bila terdapat perubahan pada sikap suami aku ni, aku mesti mengesyaki sama ada dia ada “affair” ke. Aku bersungguh-sungguh berdoa pada Allah minta ditunjukkan jika ada sesuatu yang tidak kena. Akhirnya terjumpa bukti perbualan mesej antara suami aku dengan perempuan lain.Walaupun, suami aku dengan perempuan tu tidak keluar malam bersama, hati aku tetap resah. Mana tidaknya, sikap marah suami aku ni menjadi-jadi, sehinggakan ada suatu hari dalam kereta, aku kena marah sampaikan nak dihalau keluar dari kereta.

Aku pun tidak faham apa sebenarnya yang menyebabkan perubahan sikap suami aku ini. Fikiran pun terganggu sebab komitmen kerja pun tinggi sebagai jururawat. Banyak masa ditempat kerja berbanding dirumah. Perubahan sikap suami aku juga menjadi tanda tanya anak-anak kami. Mereka hairan dan berasa pelik mengapa ayah mereka selalu tidak berada dirumah. Bila tanya sikit kena marah. Buat silap sikit, pun teruk dimarahi suami aku.

 

 

 

 

Semenjak itu, hati aku remuk dan  Tercari-cari apakah punca sebenarnya aku diperlakukan sebegini. Aku dah lakukan yang terbaik untuk suami aku dan anak-anak kami. Masa tu tak boleh nak fikir apa punca sebenarnya.Dalam kemelut rumah tangga aku ini, hubungan intim kami pun. Si suami pun bersikap nak tak nak pada aku.Dalam berikhtihar untuk menyelamatkan rumah tangga, aku sertai program Kembali Bahagia yang dibimbing oleh Pn. Diyana Tahir. Pada awalnya agak sukar untuk membuat latihan-latihan yang ada pada modul sebab aku ni jenis pemalu.

Suami aku pun mulanya berasa kekok dengan permintaan aku untuk melakukan latihan seperti yang dibimbing dalam program Kembali Bahagia.Lama kelamaan, bila dah mengamalkan modul-modul lain perhubungan kami bertambah baik. Ada satu ketika, kami menangis bersama kerana saling memaafkan dengan ikhlas. Saya terima dia seadanya. Yang dah lepas tu lepaslah.

Dalam proses belajar ni, aku masih lagi bertanya suami aku mengenai pihak ketiga itu. Dalam modul, sebenarnya tidak boleh bertanya mengenai pihak ketiga itu. Selepas tu aku, tidak tanya lagi dah. Si suami pun pujuk semula aku dengan mengajak aku berjalan-jalan.Sekarang ni, aku dapat tengokperubahan postif pada suami aku bila setiap bulan ada saja hadiah darinya. Kalau dulu hanya dapat kad, sekarang setiap bulan dapat hadiah. Dapat handbag. Dapat kasut. Bahagia sungguh sekarang.

 

 

 

Kalau dulu, bunga pun kena minta baru suaminya belikan. Siap tanya suka ke bunga? Sekarang suami aku yang mengajak ke kedai bunga.  Dulu bila bergambar mesti segan, tapi sekarang suami aku yang ajak bergambar dulu. Dia pun dah tidak lagi segan kalau nak letak gambar kami berdua di profilWhatsapp. Sekarang, suami aku dah mula bercakap dengan elok dah tidak marah-marah seperti dulu.

Kalau dulu dia tak reti nak cakap, menyebabkan aku tak tau apa yang dia nak, lalu dia pun marah-marah. Kalau minta air pun, dia kan cakap “tak reti ke nak bagi air. Tak nak pahala ke?”.  Sekarang ni, apa yang dia nak dia cakap. Nak kopi untuk cicah dengan roti, dia minta pada saya  dengan baik. Aku pun rasa seronoklah dah boleh faham apa dia cakap dan apa dia nak.

Aku baru tahu rupanya selama ini suami aku mungkin tidak suka gaya aku yang jarang senyum. Rupanya dia pantang tengok muka saya yang tak senyum tu. Biasalah kalau tengah susah hati mestilah tak senyum. Lepas tu tak tau nak cakap apa. Jadi bila duduk bersama tu yang jadi beku. Dengan orang lain saya bersikap lemah lembut pula tapi dengan suami tak boleh nak lembut.

 

 

 

 

Jadi lepas itu saya cuba bercakap dengan lembut dengan suami aku. Jadi aku pun meminta pertolongan dari suami aku. Selama ini aku terlalu bersikap berdikari, semua saya buat sendiri. Rupanya tak boleh terlampau berdikari. Sekarang dah pandai meminta pertolongan dari suami. Suami aku pun sudi menolong apabila aku meminta dengan lemah lembut. 

Hubungan intim kami pun semakin berkualiti. Kami berdua mengikut saja latihan dalam modul Kembali Bahagia. Sekarang barulah aku menikmati hubungan perkahwinan dengan suaminya. Kalau dulu, hanya orang lain saja puji suami aku tampan, tetapi bagi aku tidaklah sangat. Sekarang bila cinta dah berputik semula, barulah aku perasan betapa tampan suami aku ini. Wajah suami pun makin ceria dan berseri. Senyum pun nampak manis. Kalau dulu, senyum pun kelat, nampak betul macam terpaksa senyum.
Aku rasa siapa-siapa yang nak kahwin patut sertai program Kembali Bahagia. 

Rugi pada sesiapa yang tidak belajar ilmu ini dan eloklah belajar walaupun baru sahaja mendirikan rumah tangga. Barulah rumah tangga pun aman. Kalau tak ada ilmu ini susah. Perlu ilmulah untuk dalam berumah tangga ini. Nak bercium pun kene belajar. Nak hubungan intim pun lagilah kene belajar cara dan teknik barulah dapat rasai nikmat kepuasan tak terhingga. Barulah rumah tangga aman dan bahagia.Ilmu-ilmu macam ni sangat bagus dan tak ada pada orang lain. Aku pun sendiri dah cakap pada anak-anak yang aku akam bimbing betul-betul supaya kita ubah generasi kita kepada generasi yang penyayang.

 

 

Share on your social media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1