Rendah diri, hina, tak berharga, takut, sakit…
Inilah impak kelukaan pada wanita yang telah hadirnya orang ketiga bukan sekadar sakit hati yang biasa-biasa.
Tapi sejujurnya untuk wanita yang pernah melalui pengalaman ini mereka hilang.. Sehilang-hilangnya JATI DIRI.
Jati diri dalam diri RUNTUH. Kepercayaan pada diri MUSNAH. Rasa tak berguna sehingga menyebabkan kebanyakan wanita rasa tak berharga.
HINA SANGAT HINA..
“ murah sangat aku ni macam tak berguna satu sen pun, murah sangat aku ni tak dipandang langsung.. “
Ramai orang bila suami ada orang ketiga, nasihat ramai orang kepada wanita-wanita tersakiti ni adalah..
“ sabar, tabah, dah takdir “
Tapi nasihat sebegini sebenarnya umpama orang yang kemalangan, patah kaki , disuruh bersabar. Sedangkan orang yang patah kaki pun perlu dirawat dan berjumpa pakar. Inikan wanita-wanita yang dilanda kemalangan HATI.
Pecah remuk hati kerana diduakan, ditipu tak cukup dengan diabaikan selama ni dengan suami tak bertanggungjawab atau mungkin yang dah berkorban macam-macam untuk suami. Tapi sebaliknya suami balas dengan hadirkan orang ketiga dalam perkahwinan.
Sebab tu TAK CUKUP dengan hanya mengucapkan sabar. Sebab hal ini dah menyebabkan trauma. Kesakitan yang terlampau akan menciptakan trauma. Trauma yang membuatkan seseorang tu stuck tak tau nak buat apa.
Agaknya apa yang akan terjadi pada ISTERI selepas itu? Apa yang berubah? Tiba-tiba mereka jadi manusia yang lain. Kenapa?
Mungkin perubahan pada cara bekerja, cara melayani anak, cara meneruskan kehidupan dan paling ketara cara bangun pagi, dan lenakah tidur mereka? pastinya akan BERUBAH.
Kami terima banyak luahan isteri yang trauma dengan kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga sampai depresi, rasa nak mati, hilang selera makan, kerja tak boleh, hidup tak boleh, rasa diri seperti orang lain, hilang arah, kewarasan hilang sampai rasa nak BUNUH DIRI..
ANAK jadi mangsa. Sebelum ni layan anak dengan penuh kasih mesra tapi bila dihentam trauma terus tak pernah-pernah pukul anak, PUKUL. Tak pernah-pernah tengking anak, TENGKING. Atau sebelum ni hanya membebel tapi sekarang dah mula menyakiti anak. Jadi MONSTER.
Memang tak dinafikan sabar mampu memadamkan api kemarahan saat diuji. TAPI bagaimana wanita ini nak meneruskan kehidupan? Sedangkan wanita ini adalah ibu kepada anak-anak. Bayangkan seorang ibu yang TRAUMA, hilang JATI DIRI, tak HAPPY, BUNTU, MENANGIS hari-hari. Bayangkan anak-anak membesar dengan seorang ibu yang MENDERITA..
Bagaimana anak-anak yang masih kecil melihat ibu yang dulunya ceria, bahagia berubah dengan menangis, bengkak mata, kurus kering, tak terurus sebab sakit dicurangi suami. Bagaimana anak-anak nak membesar dengan normal tanpa disekat dengan trauma-trauma ni?
Bila dah melibatkan isu orang ketiga kelukaan yang sangat mendalam telah berlaku!
Persoalanya sekarang,
Sampai bila nak hidup derita? Kalau anda nak bahagia, ANDA yang kena jadi pencipta kebahagiaan!
Kalau anda sedang diuji dengan hadir orang ketiga dalam perkahwinan..
Izinkan kami bantu anda secara PERCUMA sahaja melalui kelas online.
Klik link di bawah kalau nak tahu next step apa patut anda buat
Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved