DIYANA TAHIR

Pengasas eHati

 

DIYANA TAHIR yang lebih dikenali sebagai Sahabat Hati, merupakan seorang murid kehidupan yang senang berbagi kasih sayang dan pengalaman jatuh bangun beliau dalam kehidupan. Beliau pernah mengalami sakit fizikal, mengambil ubat anti kemurungan, hilang pekerjaan, rumah dilelong dan kereta ditarik. Seringkali beliau mempersoalkan keadilan hidup, marah-marah dan merasakan tidak mampu bangkit dari lembah yang paling bawah dalam kehidupan beliau. Sehinggalah akhirnya beliau menemui jawapan setelah melalui pelbagai pancaroba.

Kini, beliau telah membantu lebih daripada 60,000 orang secara online dan offline dengan membimbing mereka yang bersedia untuk menemui kekuatan hati yang tidak terbatas dalam diri sebagai solusi kepada halangan dan masalah mereka. eHatiR diilhamkan daripada pengalaman serta pencarian beliau sendiri ketika melalui saat gelap bermula pada tahun 2006 hingga kini. Secara profesional, beliau merupakan pengasas Teknologi eHatiR dan beliau juga adalah eHati Coach, Master NS-NLP Coach, Grand Master Hipnoterapi dan Instruktur Hipnoterapi yang bertauliah. Selain itu, beliau merupakan seorang Certified Breathwork Facilitator, Certified BioDynamic and Somatic Theraphist serta Certified Encounter Theraphist. Disamping itu, beliau juga sering dijemput untuk berkongsi samada di televisyen, majalah dan suratkhabar.

RAHIM SHUKOR

Bersama Pengasas eHati

Saya masa mula-mula berkahwin dulu adalah saya tak ada ilmu yang betul dalam rumahtangga. Pada tahun ke-2 perkahwinan, saya dan isteri mula mengalami konflik besar yang mana pada masa tu saya dah mula tertarik dan berminat dengan perempuan lain dan berbalas message dengan perempuan lain. Hal ini telah menjadi penyebab saya dan isteri sering berbalah sehingga kami hampir berpisah.

Saya dan Diyana Tahir mengambil keputusan untuk keluar mencari ilmu yang sepatutnya kami ada dalam rumahtangga kami dan selepas saya amalkan ilmu ini ada satu perbezaan dan perubahan yang saya rasai sehingga berjaya membuat saya lebih terbuka dengan isteri. Secara ringkasnya, selepas mengamalkan ilmu ini membuatkan hadirnya deep connection antara saya dan isteri sekaligus meningkatkan hormon cinta saya pada isteri.

Saya berani katakan yang dulu saya dan isteri mengamalkan hubungan seksual yang tidak sihat sehingga saya sendiri pun ada masalah yang susah nak bertahan lama walaupun dah bermacam ubat kuat yang saya gunakan tapi masih tidak membawa apa-apa perubahan. Namun apabila saya belajar ilmu ini saya semakin yakin bahawa hubungan seksual yang kami amalkan dulu adalah penyebab kenapa saya dan isteri dah tak ada ‘spark’.”

Selepas apa yang beliau alami dan rasai, beliau rasakan ilmu yang dipelajarinya perlu diketahui dan dipelajari juga oleh lelaki terutamanya para suami yang juga ada masalah yang sama seperti beliau hadapi suatu ketika dulu.

VISI

Pada tahun 2030, eHati telah membantu memperkasa 5 juta orang wanita mendapat kebahagiaan diri dan berjaya melahirkan generasi baru yang lebih harmoni dan sejahtera.

MISI

Membantu wanita untuk kembali bahagia selepas menghadapi krisis dalam perkahwinan. Mengurangkan kadar perceraian dalam perkahwinan. Membimbing wanita temui keyakinan dalam diri mereka untuk mengenali potensi dan keunikan diri

eHati International Sdn Bhd

W603A, Metropolitan Square, Jalan PJU 8/1 Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor

Jika ada pertanyaan anda boleh berhubung dengan team eHati di telegram di bawah

Waktu Operasi :

Isnin – Jumaat : 8:0 0pagi – 6:00petang

Sabtu : 9:00 pagi – 2:00 petang

Anda mempunyai sebarang pertanyaan?
Kami bersedia untuk membantu anda untuk sebarang masalah.

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1