Anda dan pasangan sama-sama penuh sedar tentang perasaan masing-masing, tapi mengapa masih hadir rasa dan keinginan untuk membuatnya tetap setia? Kalau saling mencintai seharusnya anda dan pasangan komited dalam memastikan hubungan tetap bahagia dan tiada ruang untuk orang ketiga.
Mengapa kemanisan dan keseronokan hanya hadir pada permulaan hubungan sahaja? Dan mengapa wanita yang selalu terlihat memperjuangkan sebuah hubungan berbanding lelaki? Adakah hanya wanita yang beria? Dan lelaki hanya menganggap yang hubungan itu tak begitu penting?
Bukannya lelaki tidak beria cuma belum masa lagi untuk mereka betul-betul menunjukkan komitmen tu. Hakikatnya lelaki juga suka berkomitmen, tetapi mengapa mereka belum melakukannya?
Kesilapan ramai orang bila berada dalam sesebuah hubungan mereka meletakkan harapan yang tinggi bahawa pasangan mereka akan menjadi seperti apa yang mereka mahukan. Harap yang suami akan menunjukkan sikap, nilai, persepsi dan tingkah laku yang anda nak.
Namun, seseorang itu tidak akan mengubah sikap dan tingkah laku mereka melainkan mereka sendiri terdorong untuk melakukannya. Anda bukan tak boleh mengubah suami jadi seperti apa yang anda nak cuma bukan mudah untuk seseorang melakukan perubahan terutama jika tak rela.
Sebab tu sangat penting untuk anda mendidik diri anda mengenai perbezaan kehendak antara lelaki dan wanita, dan menerima hakikat bahawa perbezaan itu ada, nyata dan tidak akan berubah. Dengan cara ini anda dapat belajar menggunakan perbezaan sebagai cara untuk anda menyemarakkan lagi hubungan rumahtangga.
Bila dah faham dan terima hakikat yang wanita dan lelaki ni banyak perbezaan barulah senang untuk anda menyelami hati mereka. Baik lelaki mahupun perempuan bukanlah makhluk yang complex atau complicated cuma masing-masing takda ilmu sahaja. Dengan ilmu yang betul tak mustahil dari nak bercerai terus tak jadi bercerai.
Persoalannya sekarang,
Bagaimana untuk membuat suami jatuh cinta dengan anda sehingga dia tidak pernah melepaskan anda dan tidak juga melihat wanita lain?
Setiap orang mempunyai ekspektasi bila berada dalam sesebuah hubungan dan kebahagiaanlah yang selalu diharapkan bila sudah memilih pasangan. Memang pada awalnya perasaan sayang, cinta dan rindu masih membuak-buak tapi jika perasaan ini tidak dijaga dengan betul ianya akan pudar dan menghilang.
Selalunya yang membuatkan lelaki tak setia ni adalah sebab hubungan yang sedia ada tidak lagi memberikan kebahagiaan seperti pada awalnya. Terdapat ruang di antara anda dan suami. Bila ruang telah terhasil jadi terciptalah peluang. Peluang untuk orang ketiga masuk.
Dan kesilapan ramai wanita yang mereka tak sedar mereka buat adalah menjadi mangsa kepada kesilapan suami. Anda memilih menjadi mangsa dengan terus menyalahkan. Menyalahkan diri, suami dan orang ketiga. Anda gagal urus emosi yang telah menolak orang-orang penting di sekeliling anda.
Tak salah untuk anda membadani perasaan sakit, sedih dan kecewa tapi bila terlalu lama dan tidak berpada anda sebenarnya telah push away suami anda yang sedang sakit. Hanya orang yang sakit akan menyakiti orang lain. Bila suami anda menyakiti anda dengan membawa orang ketiga dalam rumah tangga anda sebenarnya itu adalah signal untuk memberitahu anda yang suami sedang sakit. Ada keperluan dan kehendaknya yang tak terpenuhi.
Anggaplah pasangan anda sedang memerlukan bantuan anda. Kalau anda memilih menjadi mangsa, anda akan menderita. Bila anda menderita nanti impaknya pada anak-anak. Anggaplah pasangan anda sebenarnya tak tahu. Suami tak tahu kenapa diri dia macam tu. Dia tak tahu kenapa dia menggatal. Dia tak tahu macam mana nak handle perasaan dan nafsu dia. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia sakiti anda. Orang yang sedar diri, yang boleh kuasai diri dia takkan buat hal yang akan merosakkan keluarga dia. Sebab tu sangat penting sebagai suami isteri saling menjadi pembantu.
Menjadi pembantu bermaksud menjadi sahabat di saat suami sedang keliru. Dalam kekeliruan identiti hidup dia. Ini adalah the moment of crisis suami kita. Jadi sebagai isteri tugas anda adalah membantu suami. Inilah peluang untuk isteri menjadi kekasih sejati kepada suami. Takda orang atau manusia yang nak menghancurkan rumah tangga dia.
Sebab tu penting untuk ada komunikasi yang jelas dengan pasangan. Penting sangat untuk anda dan pasangan amalkan teknik ‘telling the truth’. Dengan TTT anda dan pasangan akan lebih mudah meluahkan perasaan dan lebih terbuka untuk berkongsi masalah.
Bila masing2 dah mula bersikap terbuka baru anda akan faham apa sebenarnya seni untuk menyayangi pasangan ni. Apa bahasa dan cara pasangan anda nak disayangi. Setiap orang mempunyai cara yang berbeza untuk rasa disayangi. Kalau buat macam ni baru rasa disayangi, kalau buat macam ni tak rasa disayangi.
So, tugas anda adalah untuk cari tau apakah ia.. Bila anda dan pasangan dah kuasai seni bahasa cinta masing2 baru anda dapat rasa keintiman hubungan yang sebenar lebih dari masa awal2 bercinta dulu.
Anda dan pasangan bukan hanya sekadar menjadi suami isteri tetapi seperti sahabat sejati yang saling melengkapi dan memerlukan. Walau apa pun masalah atau konflik yang melanda rumah tangga puncanya adalah kerana tak kenal. Anda tak kenal diri dan tak kenal pasangan anda.
Sebab tu dalam statistik yang merekodkan kes perceraian punca utama perceraian tercetus adalah kerana ketidaksefahaman. Ketidaksefahaman ni jadi sebab anda tak faham. Tapi macam mana nak faham kalau tak kenal. Setuju?
Percayalah bila anda dah tau bahasa cinta pasangan anda keajaiban akan berlaku. Anda bukan hanya dapat memenangi hati pasangan tapi dapat kembali bercinta! Haa.. macam mana nak kembali bercinta kalau tak kenal. Kan ada pepatah ‘tak kenal, maka tak cinta’. So perlu kenal dulu then barulah bercinta.
Semua orang mengharapkan pasangan yang setia termasuk anda. Lakukan perkara ini dulu kalau nak pasangan setia dengan anda. Anda tak perlu bersusah payah nak kembalikan suami ke pangkuan anda, suami yang akan mengejar anda kelak sebab penangan hormon cinta tu.
Copyright © 2020 eHati International Sdn Bhd – All rights reserved