PERKAHWINAN 2.0 : SIAPA SANGKA POLIGAMI JADI ASBAB HUBUNGAN DINGIN KEMBALI HANGAT

Menjadi wanita ini memang banyak cabaran namun disebalik kelembutan wajah dan perilaku, Allah kurniakan setiap wanita hati yang cekal dan sabar tiada tandingnya. Di sebalik senyuman tersimpan 1001 luka yang dalam. Bagaimanapun jika namanya wanita untuk menyerah kalah dalam mempertahankan hubungan cinta dan rumahtangga ibarat jauh panggang dari api.

Selagi ada daya dan usaha pasti ada sahaja cara untuk menyelamatkan mahligai yang terbina. Apatah lagi hubungan perkahwinan kini sudah mececah usia 29 tahun, penuh pahit manis bersama. Adakah kerana ujian yang dihantar Allah untuk menguji sabar dan redha seorang hamba harus di lihat sebagai pemusnah jodoh yang sekian lama terpahat?. 

Aku faham menjadi seorang wanita dan isteri, kisah poligami pasti menjadi kisah paling ngeri dan ditakuti semua isteri. Siapalah yang gembira berbagi dan berkongsi kasih bersama wanita lain sedangkan selama ini segala jasa bakti dan setia hanya untuk si suami seorang. Hati aku juga begitu, memang terasa peritnya. Kelukaan yang dalam itu bukan hanya dirasakan di hati bahkan tubuh badan juga seolah tunjuk protes. 




Dalam tempoh 3 bulan sahaja selepas mengetahui hasrat suami tercinta ingin berkahwin lain berat badan aku turun sebanyak 15kg. Makanan yang dahulu menjadi kegemaranku tidak lagi berjaya membuka selera, segalanya kurasakan tawar dan pahit. Tidak mampu ketelan lagi, sudahnya aku tolak pinggan ketepi dan kembali melayan hati yang lara. Sesekali air mata mengalir jua tanpa henti, pedih , memang teramat pedih.

Bagaimanapun, demi kasihkan suami dan anak-anak aku akhirnya memberi izin dan meredhakan permintaan suamiku. Aku anggap ini adalah takdir yang terbaik Allah berikan buat aku. Ya sebagai manusia kita juga merancang untuk kebaikan, namun rancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita insyaallah. Hubungan kami suami isteri selama ini memang tidak ada sebarang masalah serius, sekadar salah faham kecil sekali sekala. Itu sudah tentu termasuk dalam asam garam rumahtangga, sesiapa sahaja pasti melaluinya.

Orang kata dari situlah kita belajar erti sefahaman, toleransi  dan saling melengkapi dalam hubungan. Cuma jauh di sudut hati aku sedari sebanarnya semakin lama kami berkahwin hubungan kami semakin hambar. Komunikasi hanya ada apabila perlu sahaja. Masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing. Pulang dari kerja pula sibuk mengurus anak-anak dan segala urusan di rumah sehingga selesai semuanya, badan pun dah jadi penat tidak berdaya lagi. 




Perkara yang difikirkan hanyalah merehatkan diri dan bersedia untuk kerja dengan baik esok hari. Itulah kitaran hidup kami selama bertahun-tahun. Dingin dan terus dingin, tanpa disedari hati rasa semakin jauh dan sepi. Sebelum timbul isu poligami ini sebenarnya aku pernah tersedar sendiri berkaitan hubungan kami yang dingin seolah-olah aku dan suamiku “taking for granted” antara satu sama lain. Namun kesedaran itu aku biarkan berlalu begitu sahaja tanpa sebarang usaha untuk memperbaiki keadaan mahupun menambahbaik diri sendiri. Di situ silap kami.

Hajat suami untuk berpoligami memang satu wake up call buat aku untuk mencari penyelesaian kepada kedinginan ini. Apatah lagi suami sudah punya pilihan lain , adakah nanti aku hanya akan dibiarkan sendiri. Ibarat barang antik, cantik dan berharga namun hanya dibelek sekali-sekala. Aku cukup takut memikirkan perkara itu, walau hubungan kami tidak semesra dahulu namun aku tidak mampu memikirkan kehidupan aku tanpa suamiku Ahmed (bukan nama sebenar). 

Ahmed dan anak-anakku adalah duniaku, tanpa mereka hidupku ini tiada maknanya lagi. Ya Allah aku bermohon Kau tunjukkanlah aku jalan terbaik untuk aku pulihkan segalanya Ya Allah. Aku mahu keluarga aku ini bahagia hingga akhir hayat. Aku tidak mahu berpisah dengan suamiku, aku tidak mahu anak-anak terpisah dengan ayah mereka. Memang Abang Mat tak pernah menyuarakan hasrat untuk meninggalkan aku, tapi aku takut. Aku terlalu takut sehingga pelbagai perkara buruk mula bersarang dalam segenap fikiranku. Aku masih ingat kata-kata Abang Mat “ Fatimah tetap isteri abang, cinta dan kasih abang takkan pernah berubah walau abang berkahwin lain”.




Kata-kata itu sepatutnya enak di dengar, namun sedikitku tidak melegakan kegundahan di hati ini. Ketika aku terus bermuram melayan kesedihan dan luka yang tiada harapan sembuh ini aku terjumpa dengan video Ehati di laman facebook. Aku tertarik untuk menonton. Inilah ilmu yang aku cari selama ini, Allah makbulkan doa aku dengan cara menemukan  aku dengan ilmu Ehati. Aku membuka diriku untuk belajar, aku mendaftar ke kelas Kembali Bahagia. Demi bahagiaku aku izinkan diriku untuk menerima ilmu, belajar dan mengubah diri aku menjadi seorang wanita dan isteri dambaan suamiku

Terus terang aku katakan, ilmu ini adalah perkara yang aku perlukan. Selama ini aku tidak pernah tahu seorang wanita boleh menyayangi dan mencintai dirinya sendiri melebihi segalanya dan sesiapa sahaja. Pemahaman aku selama ini kita perlu sentiasa mengutamakan suami, anak-anak dan ibu bapa, barulah kita digelar wanita yang baik. Bagi aku, orang yang terlalu fokus pada dirinya itu adalah orang yang pentingkan dirin sendiri. 

Rupa-rupanya perhatian dan fokus hidup yang berpaksikan orang lain dalam hidup kita akan buat hati dan diri aku ‘drain’. Kasih sayang dan cinta dalam diri aku semakin hari semakin kurang dan akhirnya menjadi defisit. Defisit kasih sayang ini menjadikan aku orang yang dingin, tiada kemesraan melainkan sekadar seorang wanita yang kosong dan kepenatan. 



Aku sudah tidak punya kasih sayang untuk diberikan kepada sesiapa pun. Malah untuk bahagia pula aku beranggapan suamiku, anak-anakku perlu memberikan aku kasih sayang, perlu berikan aku perhatian untuk aku rasa bahagia. Tanpa sedar aku jadi si peminta-minta daripada semua orang yang aku sayang. Lebih malang apabila kasih sayang yang ada tidak pernah ‘di isi semula’ kerana mereka juga penat mereka juga ‘drain’ dengan kasih sayang sama seperti aku.

Akhirnya jadilah kami keluarga yang dingin dan membosankan. Hidup dengan kitaran yang sama setiap hari tanpa kehangatan. Kelas Kembali Bahagia memberi kesedaran betapa selama ini aku tidak bahagia dan rasa kosong kerana aku mengabaikan diriku sendiri, tanpa perhatian,kasih sayang dan cinta. Allahuakhbar ampuni aku atas pengabaian ini ya Allah.

Bermula dengan ilmu Ehati aku mula mengubah diriku, aku beri perhatian pada diriku sendiri. Tubuh badanku yang susut mendadak kerana makan hati berulam jantung sebelum itu, aku jadikan batu loncatan untuk kelihatan langsing dan lebih menarik. Aku ambil masa berehat, tidur dengan cukup agar emosiku rasa tenang dan tidak lagi mudah marah marah. Tubuh yang selama ini penat menguruskan kerja di pejabat dan kerja-kerja rumah aku manjakan di spa agar aku punya semangat baru untuk kembali ceria. 



Aku kini mencintai dan menyayangi diriku dengan sepenuh hati dan lebih dari siapa pun, kerana aku terima amanah Allah untuk menjaga nyawaku dan tubuh badan anugerah Allah ini sebaiknya. Aku bahagiakan diriku supaya ‘bekas’ kasih sayang dan cinta dalam diriku sentiasa penuh. Dengan cara itu aku mampu menyanyangi dan mencintai suami dan anak-anakku dengan rasa penuh keberlimpahan. Komunikasi aku dan suamiku yang dingin sebelum ini aku aku hangatkan kembali dengan jampi-jampi yang aku pelajari. 

Aku mulakan dengan perkara paling mudah dengan mengucapkan terima kasih kepada sekecil-kecil perkara yang suamiku lakukan. Aku sentiasa ucapkan  kata-kata pujian pada dirinya, aku sentiasa meminta dia mebantu aku menguruskan urusan rumahtangga. Aku mahu suamiku tahu betapa bermakna dirinya dalam hidupku. Ahmed adalah heroku walau tanpa kostum superman atau ironman. Puan Diyana Tahir, mentorku di Ehati mengingatkan bahawa suami secara psikologinya ingin menjadi hero pada isterinya. 

Perkara yang aku tidak pernah tahu selama ini. Secara tidak sedar aku juga melukakannya kerana memperlakukan dia seolah-olah langsung tidak penting. Atas nama berdikari dan dengan alasan tidak mahu jadi lembik dan menyusahkan, aku uruskan semua soal kerja di rumah tanpa bantuan Abang Mat sebelum ini. Kini tidak lagi, aku rajin meminta dia membantuku melakukan hampir setiap perkara, aku mahu dia tahu dirinya amat penting untukku.




Perubahan yang aku lakukan terhadap diriku ini turut memberikan kesan yang baik pada Abang Mat. Hubungan kami yang dingin dulu kini menjadi semakin hangat, lebih hangat daripada sewaktu kami baru berkahwin dahulu. Aku manjakan Abang Mat dengan urutan-urutan yang aku pelajari setiap hari. Walaupun tidak sehebat tukang urut di spa namun Abang Mat begitu sukakannya. Rupanya bahasa cinta suamiku ini adalah sentuhan. 

Selama ini aku sentiasa kepenatan sehingga tidak ada mood lagi hendak melayan dia bermanja. Aku biarkan dia tidur dengan kesunyian dengan alasan letih. Lebih melucukan walau sudah berpuluh tahun kahwin kami berdua sangat pemalu. Buka baju dihadapan satu sama lain pun kami malu . Selepas punya ilmu kami lebih terbuka untuk berkongsi rasa dan rahsia. Sehinggakan Abang Mat seolah-olah tak mahu lagi berenggang dengan aku. Apabila dia berada di rumah madu, dia masih call aku menyatakan kerinduannya padaku.

Dahulu bertahun-tahun tidak pernah sekalipun Abang Mat bawa aku meronda naik superbikenya, kini dia dah pandai ajak aku berjalan. Ada sahaja lokasi kami bersantai bersama, dating di Port Dickson lah, meronda ke Genting Highland dan macam-macam lagi. Paling aku teruja dan hargai adalah selama kami kahwin Abang Mat tak pernah bagi aku bunga, namun semenjak dia kahwin satu lagi dua tahun lalu, setiap kami hari lahirku dan hari ulangtahun perkahwinan kami pasti dia hadiahkan sejambak bunga. Itulah detik manis dan amat bahagia aku rasakan. Siapa sangka kerana poligami ini hubungan kami berubah menjadi lebih bahagia, kerana itu aku anggap ujian poligami yang Allah berikan pada aku ini sebenarnya satu hikmah untuk membawa hubungan perkahwinan kami ke ‘next level’, ALHAMDULILLAH.

Share on your social media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1