Menjadi wanita ini memang banyak cabaran namun disebalik kelembutan wajah dan perilaku, Allah kurniakan setiap wanita hati yang cekal dan sabar tiada tandingnya. Di sebalik senyuman tersimpan 1001 luka yang dalam. Bagaimanapun jika namanya wanita untuk menyerah kalah dalam mempertahankan hubungan cinta dan rumahtangga ibarat jauh panggang dari api. Selagi ada daya dan usaha pasti ada sahaja cara untuk menyelamatkan mahligai yang terbina. Apatah lagi hubungan perkahwinan kini sudah mececah usia 29 tahun, penuh pahit manis bersama. Adakah kerana ujian yang dihantar Allah untuk menguji sabar dan redha seorang hamba harus di lihat sebagai pemusnah jodoh yang sekian lama terpahat?. Aku faham menjadi seorang wanita dan isteri, kisah poligami pasti menjadi kisah paling ngeri dan ditakuti semua isteri. Siapalah yang gembira berbagi dan berkongsi kasih bersama wanita lain sedangkan selama ini segala jasa bakti dan setia hanya untuk si suami seorang. Hati aku juga begitu, memang terasa peritnya. Kelukaan yang dalam itu bukan hanya dirasakan di hati bahkan tubuh badan juga seolah tunjuk protes. Dalam tempoh 3 bulan sahaja selepas mengetahui hasrat suami tercinta ingin berkahwin lain berat badan aku turun sebanyak 15kg. Makanan yang dahulu menjadi kegemaranku tidak lagi berjaya membuka selera, segalanya kurasakan tawar dan pahit. Tidak mampu ketelan lagi, sudahnya aku tolak pinggan ketepi dan kembali melayan hati yang lara. Sesekali air mata mengalir jua tanpa henti, pedih , memang teramat pedih.
Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved